60.Ikan Haruan Mengajak Gadis Berkahwin

2.1K 34 2
                                    

Selepas menimba lubuk di hujung sawah ludin dobok terus mandi ke sungai.Kalau mandi di telaga tidak puas,disebabkan seluruh badannya habis dipalit lumpur.Sebab itu dia ke sungai supaya boleh berendam macam kerbau berkubang.Lagipun lumpur yang banyak melekat boleh di sental dengan sabut kering sampai kulitnya berbekas merah.Air sungai mengalir tidak macam air di telaga yang terpaksa dicedok dengan timba.Kadang kala sampai terbongkok-bongkok menghulur tali timba.
Anaknya akop yang baru berumur sepuluh tahun pun ikut sama mandi ke sungai.Budak itu juga lebih suka berendam macam kerbau berkubang.Sebab itu dia ikut ayahnya mandi ke sungai.Kalau mandi di telaga memang tidak puas sebab terpaksa mencedok air.
Bagaimanapun isteri ludin dobok balik terus ke rumah.Dia tidak perlu berendam macam kerbau berkubang.Di telaga pun memadai kalau sekadar mahu sental lumpur terpalit di betis.Lagi pun dia terpaksa menyiang ikan-ikan yang dapat ditimba di lubuk.Suaminya ludin dobok cukup gemar makan pindang ikan kalau musin turun ke sawah.
Musim ke sawah lah mereka dapat makan pindang ikan.Mana sawah yang berlopak dalam memang tidak boleh ditanam padi.Disitulah selalunya dijadikan lubuk menampung ikan-ikan yang berkeliaran di tengah sawah.Bila tiba waktu mahu mengubah anak padi,dia anak beranak akan menimba lubuk terlebih dahulu.
Tengoklah bila lubuk kering ditimba,ikan sepat akan berlompat ke tengah ke tepi.Ikan haruan akan menggelupur memukul-mukul ekor di tengah lumpur.Ikan semilang,ikan puyu,ikan betuk juga akan menggelupur tidak ketahuan.
Ketika ini akob akan terjerit-jerit keriangan menangkap ikan sepat,haruan,puyu,betuk menggelupur di tengah lubuk.Tetapi ayahnya tidak akan membenarkan dia menangkap ikan semilang.Sengat semilang itu merbahaya kalau singgah menujah tapak tangan.Sebab itu ludin dobok tidak benarkan akob menangkap ikan semilang tercangut-cangut.
Sepat sepat sebesar dua jari inilah sedap dipindang.Anak-anak semilang,anak-anak haruan,anak-anak puyu juga boleh dipindang sekali.Inilah yang menyelerakan ludin dobok,apa lagi kalau mengadap nasi tengah hangat.
"Midah.."isteri ludin dobok,hawa memanggil anak dara suntinya sedang masak didapur."tengah hari ni kita masak pindang.Ayah kau gemar pindang"katanya sambil meletakkan tong yang berisi ikan di atas pelantar rumah.
Midah menjengah ke pelantar.Dia tersenyum memerhati tong di atas pelantar penuh dengan ikan.Sekalipun tidak ada ikan yang sebesar betis atau lengan,tetapi sudah memadai untuk menggembirakan midah.
Jarang mereka melihat ikan besar-besar seperti ditangkap nelayan di laut.Ikan di sawah kecil-kecil belaka.Tetapi ikan-ikan kecik di sawah inilah yang lebih mengecurkan liur.Kalau mahu melihat ikan sebesar betis pun,tatkala ayahnya menjala di lombong.Sekali sekala dapatlah ikan haruan sebesar betis.
"Biar aku siang ikan tu mak.."midah menawarkan diri.Kasihan juga dia melihat emaknya keletihan baru balik dari sawah,kemudian terpaksa pula menyiang ikan.Apalah salahnya dia membantu emaknya.
"Eloklah tu.."sahut hawa perlahan."Bolehlah emak terus mandi saja di telaga.Kau siang yang mana nak dipindang,cukuplah"kata hawa mecapai kain basahan,mandi terampai dihujung halaman.
Hawa tahu anak gadis suntinya yang berumur tiga belas tahun itu memang sudah boleh diharap.Sejat tamat sekolah darjah lima,dia tidak meneruskan pelajaran.Hawa mahu anak nya itu biarlah buat kerja-kerja di rumah.Midah mesti dia asuh memasak,menganyam tikar dan menjahit baju.Lagipun midah bukan lah pandai sangat di sekolah.Setiap kali periksa penggal persekolahan tidak pernah dapat nombor yang lebih rendah dari dua puluh.
Apalah guna disekolahkan lagi kalau otaknya lembab.Ludin dobok juga setuju supaya midah diberhentikan saja setakat darjah lima.
Akop pun bukan lah pandai sangat.Tetapi anak lelaki elok juga disekolahkan sampai darjah enam.Kalau otaknya baik boleh juga sampai ke sekolah menengah.Namun ludin dobok mahukan hawa tidak mengharapkan akop akan belajar sampai ke peringkat lebih tinggi.
"Ikan yang hidup tak payah siang ye mak..."laung midah memerhati emaknya melenggang menuju ke telaga.
  "Iyalah,cukuplah mana yang nak dipindang saja"ulangi hawa tidak menoleh ke arah anaknya.
"Ikan puyu aku nak bela.."teriak midah.Tetapi emaknya sudah tidak mendengar lagi teriakan dia.Emaknya sudah sampai ke telaga di pinggir sawah yang dikepung dengan daun kelapa kering.
Memang midah berhajat mahu membela ikan puyu di dalam botol.Sudah lama dia mahu berbuat demikian tetapi sukar mendapatkan anak puyu sebesar ibu jari.Kalau adiknya akop memancing di lubuk pun dapat ikan puyu besar sedikit.Dia tidak suka ikan puyu yang sudah besar sampai sebesar 3 jari.Lagi pun ikan puyu yang terkene pancing tidak boleh bertahan lama.Mudah saja ikan tersebut terkapung mati.
Ikan puyu yang ditangkap dengan tangguk di lubuk memang boleh dibela.Tidak ada kesan mata pancing di bibirnya.Dia akan jaga baik-baik didalam botol.Airnya akan diganti setiap hari biar ikan puyu itu boleh hidup lama.
  Pernah midah menangis bila ikan-kan puyu yang dibelanya di dalam botol mati.Kata ayahnya, ikan-ikan tersebut mati kerana airnya tidak berganti.
Midah memerhatikan ikan-ikan yang menggelepar di dalam timba.Banyak yang masih hidup disebabkan ada air sedikit di dalamnya.Tidak banyak ikan semilang disitu.Dia tahu emaknya tidak benarkan dia menyiang ikan semilang.Tetapi midah tidak takut mahu menangkap ikan semilang.Dia tahu bagaimana mahu memegang kepalanya supaya sengat pada ridik ikan tersebut tidak menujah ke tapak tangan.
Cuma emaknya saja bimbang akan kebolehan dia.Padahal emaknya sendiri sering melihat dia menangkap anak semilang di tengah lopak sawah.Belum pernah semilang dapat menyengat tapak tangannya.Kalau mahu menyiang ikan semilang mesti ketuk terlebih dahulu kepala ikan itu biar sampai lembik tidak bernyawa.Masakan dia tidak tahu menghadapi masalah demikian kalau sudah menjadi anak petani di kampung.
  Bagaimanapun emaknya tetap tidak yakin akan kebolehan dia.Emaknya tetap melarang supaya ikan-ikan semilang tidak disiang.Perkara menyiang ikan semilang akan diserahkan kepada emaknya sendiri.
Dia menyalin kain di dalam timba ke dalam besen besar.Kemudian dia memilih ikan-ikan sebesar ibu jari yang hendak dimasak pindang,diasingkan ke bekas yang lain.Bila sudah diasingkan barulah mudah baginya untuk menyiang.
Ketika dia mengasingkan ikan-ikan berkenaan,midah ternampak seekor haruan sebesar lengan,sisiknya kemerah-merahan.Tidak sama dengan sisik ikan haruan sawah yang hitam berkilat.Dia cuba menangkap ikan tersebut di dalam besen,tetapi sukar sangat.Setiap kali tangannya dapat menggenggam ikan itu menggelepar.Akhirnya terlepas kerana terlalu licin.
Puas dia mahu menangkap ikan itu hinggakan kerjanya untuk menyiangkan terbengkalai.Kerana asyik dengan ikan haruan bersisik kemerah-merahan di dalam besen,midah tertawa tersengih-sengih.Dia tidak perdulikan lagi janjinya dengan emaknya mahu menyiang ikan mahu dimasak pindang.
Hinggalah hawa balik dari mandi di telaga,didapatinya anak nya tersengih-sengih di pelantar dapur.Midah langsung tidak menyiang ikan seperti yang dijanjikan.Heran juga hawa dengan kelakuan anaknya itu.
  "Midah apa kau buat tu?"hawa menegur dari pengampaian kain di hujung halaman.Dia berkemban saja sambil menyidaikan kain basahan yang sudah dibasuh.
  Tetapi midah tidak menyahut.Dia tersengih-sengih juga bermain dengan ikan haruan itu didalam besen.Tangannya bermain-main di dalam besen mahu menangkap.Namun terlalu sukar baginya mahu menangkap ikan tersebut.Bagaimanapun ikan itu tidak pula melompat tinggi melepasi permukaan besen.
"Dah siapkah kau menyiang ikan?"tanya hawa lagi.
Midah tidak menyahut.Dia tersengih-sengih tidak menghiraukan langsung emaknya.Dia asyik mahu menangkap haruan sebesar lengan yang ada di dalam besen.
  "cepatlah sian ikan tu,nanti ayah kau balik nak makan dia"gesa hawa masih keheranan dengan kelakuan anaknya tersengih-sengih di atas pelantar.
Setelah selesai mengampai kain,hawa terus naik ikut tangga pelantar di dapur.Terpegun sebentar dia melihat midah asyik bermain dengan ikan haruan di dalam besen.Cepat-cepat hawa menangkap ikan tersebut.Dia mengamati-amati sisik ikan haruan yang kemerah-merahan itu tidak ada apa-apa perbezaan denga haruan yang lain.
  Tiba-tiba dia terkejut bila mendapati mata haruan itu berkedip-kedip seperti mata manusia.Dia melemparkan semula ikan tersebut ke dalam besen.Dalam keadaan tergopoh gapah ini lah ludin dobok balik dari sungai.
Termengah-mengah hawa dalam ketakutan memberitahu segalanya kepada ludin dobok.Bagi ludin dobok memang sudah menduga sejak dari sungai lagi.Ketika dia sedang menyental betis dengan sabut kering dia mendengar debur air seolah-olah ada bapak haruan melompat.
Biasanya kalau deburan demikian kuat sudah tentu bapak haruan atau bapak sebarau melompat menerkam anak ikan.Ketika inilah akop duduk di atas pasir menyental lumpur di kakinya dengan pasir sungai.Dia tidak pedulu sangat bunyi deburan tersebut.
Ludin dobok memang terkenal sebagai penangkap ikan.Kadangkala tidak memerlukan jala,jeramak,tangguk atau tiruk,dia menangkap ikan di sungai.Jari-jarinya akan meraba-raba di bawah akar teberau yang menjuntai tepi tebing.Atau ke bawah akar pokok kelepung di tubir tebing.Atau di sawah akar aur memaut tebing.Di situ ikan menyusup mencari tempat selamat.
Kadang kala di tengah air di bawah kapar bertimbun pun ikan gemar bermain.Tahu saja ludin dobok memerangkap ikan-ikan supaya terasak ke tepi.Tangan nya akan cepat menangkap kepala ikan supaya tidak mudah terlepas.
Keahlian ludin dobok menangkap ikan itu memang diketahui oleh penduduk-penduduk kampung.Malah kalau mereka sama-sama mencari ikan sungai di lombong,tiada siapa pun mahu mengekori ludin dobok.Siapa yang mengekori ludin dobok nescaya tidak akan mendapat seekor pun ikan.Semua nya ikan masuk keruntung ludin dobok.
Apabila mendengar bunyi deburan bapak haruan menangkap anak ikan ini,Ludin dobok mula gecur liur.Dia mesti menangkap bapak haruan tengah galak menangkap anak ikan.Alangkah enaknya kalau dapat ditangkap.Digulai masak lemak kuning cili api.Dia akan berebut-rebut dengan akop mahukan daging pipi bapak haruan yang rasanya seakan-akan daging ayam.Inilah menyebabkan dia tidak terus mandi.
Cepat-cepat dia menuju ke arah deburan kuat berdekatan rumput benta menyerungkup tebing. Seperti biasa dia meraba-raba ke tebing.Mencari ke pangkal akar rumput benta kalau bapak haruan menyusup di situ.Ketika tangan nya meraba-raba dia merasa belakang bapak haruan,tetapi cepat-cepat bapak haruan melompat ke atas.
Nampak oleh ludin dobok kilauan sisik ikan tersebut semasa dia menghambur melepasi permukaan air.Ludin berdiri mengagak-agak arah yang dituju oleh bapak haruan.Kemudian dia meraba lagi ke hilir sedikit.Memang kebiasaan ikan akan lari menyusup ke hilir sungai.
Apabila sampai ke arah pokok medang,Ludin dobok mula mengagak bapak haruan bersembunyu di situ.Dia pun meraba-raba di situ sampai tangannya masuk ke tebing yang berteluk di bawah pohon medang.Ketika ini dia dapatmengesan bapak haruan terselit di celah akar.Cepat-cepat dia mengasak supaya membolehkan tangannya memegang arah kepala.
Tidak heranlah bagaimana ludin dobok boleh memerangkap bapak haruan tersebut.Selama ini keahliannya menangkap ikan di sungai sudah diketahui.Dia tahu bagaimana mahu memperdayakan ikan-ikan supaya terasak ke tebing.Ikan yang masuk perangkapnya tidak akan dapat melepaskan diri bila tangannya sudah memegang kepala sambil dua jari nya mencangkuk insang.
  Bapak haruan tidak dapat melepaskan diri.Tangan keras ludin dobok lebih pintar darinya.Semasa ludin dapat mengangkat bapak haruan itu ke atas,akop terlalu gembira.Bukan mudah mahu mendapat bapak haruan sebesar betis budak.Jarang mereka boleh temui kalau sekadar memancing di sungai atau di lubuk.
"Hei...besarnya haruan..."akop melompat keriangan apabila ayahnya membawa ikan ke tebing.
Ludin dobok tersenyum mendengar pujian anaknya.Tetapi belum sempat dia melemparkan bapak haruan itu ke atas pasir supaya dipungut oleh akop,didapatinya mata bapak haruan itu berkedip.Memamglah diketahui nya,ikan biasa matanya tidak berkedip.
Dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kene.Ludin dobok memerhati mata ikan haruan itu tepat-tepat.Memang matanya berkedip seperti manusia.
"Kau nak cari geruh aku ke?"kata ludin dobok marah.
Ikan haruan mengotek-ngotek ekor mahu lepas.Tetapi ludin dobok tidak akan melepaskan selagi tidak ada jaminan dirinya selamat.
"Kalau kau sengaja nak cari geruh aku,apa jadi pun aku akan bunuh kau"dia mengertap bibir smabil ibu jadi dan telunjuk nya menyengkang insang ikan tersebut.
Pada kerdipan mata ikan itulah ludin dobok nampak seorang anak muda teruna duduk.Anak muda itu tersenyum mengerling ludin dobok.Ketika ini dia dapat merasakan bahawa ancaman sudah mula menganggu dia.Mahu tidak mahu ludin dobok terpaksa juga mengahadapinya.Matahari tegak di kepala.
Tidak ada gunanya dikesalkan lagi.Kalau dia tidak terburu-buru menangkap ikan tersebut tatkala,tentu malapetaka demikian tidak menganggu.Sudah dipantangkan oleh orang tua-tua supaya tidak terburu-buru melakukan apa saja perkerjaan tatkala matahari tengah tegak di kepala.
Bila sudah geruh didepan mata dia sudah tidak dapat mengelak lagi.Sama ada mara atau berundur geruh teta ada.Dia mesti menghadapinya dengan tabah.Kalau dia berkeras mahu melawan bimbang juga dia tidak dapat tanduk telinga dipulas.Mana tahu kalau akop pula menjadi mangsa.
"Sekarang awak nak baik atau nak jahat?"soal udin dobok.
  "Terpulang pada awak.."sahut anak muda yang terpancar dari mata ikan berkenaan.
"Aku tak kira,kalau awak nak baik,aku terima dengan baik,kalau awak nak jahat,apa boleh buat aku terima jahat juga"ujar ludin dobok macam menyimpan dendam.
"Semuanya di tangan awak.."anak muda itu menyindir."awak yang memulakan,bukan kita.Awak yang menganggu kita tengah mandi"jelasnya bagaikan tersinggung dengan perbuatan ludin dobok yang pantang saja mendengar ikan haruan melompat menangkap anak ikan.
  "Kenapa awak mandi di sini?"jerkah ludin dobok
"mana lagi kita nak mandi.Sini kolam kita,disini lah kita mandi"balas anak muda itu mendongkol.
"Kalau kita nak berkira boleh.Tapi jangan ganggu keluarga aku"sahut ludin dobok meminta pertimbangan.
"Aku lepaskan kau,tapi lain kali saja kita berjumpa"katanya mencelah.
  "Kita tidak peduli"anak muda itu berkeras tidak mahu berdamai."Kita boleh maafkan awak,tapi awak kenelah terima pinangan kita"jelasnya perlahan.
"Pinangan apa pula?"terkejut juga ludin dobok mendengar lamaran tersebut.
"Kita nak midah.Kita nak kawin dengan midah"katanya.
"Pinangan apa pula?"terkejut juga ludin dobok mendengar lamaran tersebut.
"Kita nak midah.Kita nak kawin dengan midah"katanya.
"Mana boleh.."ludin dobok membantah."Kamu mahkluk halus,kami makhluk kasar"tegasnya masih berkeras.
"Terpulanglah pada awak.."anak muda itu ketawa kecil macam menyindir.
Ludin dobok menjadi serba salah.Kalau dia berkeras tidak mahu melepaskan beerti dia terpaksa menentang.Kalau dilepaskan pula mesti menerima syarat peminangan.Midah mesti diserahkan kepada bunian yang menjelma dalam tubuh ikan haruan berkenaan.
  Memang dia boleh membunuh ikan haruan berkenaan.Mungkin yang mati ialah ikan haruan tersebut.Bunian yang menjelma dalam tubuh ikan itu tidak akan terjejas.Dia lah yang akan membalas dendam kalau kemahuannya tidak dituruti.
Mahu tidak mahu dia mesti lepaskan juga haruan tersebut.Perkara syaratnya mahu meminang midah boleh diperhitungkan kemudian.Dia bukannya seperti menentang manusia biasa.Kelebihan ilmu bunian hanya boleh ditentang dengan kelebihan ilmu juga.
"Kalau nak meminang pun berilah tangguh.."ludin dobok mengalah.
Belum sempat ludin dobok mendengar jawapan anak muda tersebut,haruan di tangan nya melompat keras terjun ke air semula.Terkebil-kebil mata ludin dobok mengenangkan peristiwa yang berlaku tiba-tiba itu.
"Mengapa ayah lepaskan ikan tu...?"laung akop yang memerhatikan ayahnya sejak tadi tertegak di tengah air sambil merungut-rungut bercakap dengan ikan haruan tersebut.
  "Kenapa ayah Lepaskan?"ulangi akop mendapatkan ayahnya.
  Ludin dobok berpaling ke arah akop.Dia seolah-olah bangun dari tidur yang diuliti mimpi.Beberapa kali dia bersistighfar mengenangkan peristiwa yang dialaminya baru sebentar tadi.
"Mengapa ayah lepaskan?"tanya akop lagi.
"Tak apalah.."sahutnya perlahan."Kita dah banyak dapat ikan menimba di lubuk tadi"dia cuba menyembunyikan kejadian tersebut dari anaknya.
"Tapi haruan tadi besar.Sedap masak dengan daun kunyit campur tempoyak"kata akop kesal dengan langkah ayahnya melepaskan ikan haruan yang sudah ditangkap di tangan.
"Cukuplah.."ludin dobok serba salah dengan pertanyaan anaknya."Cukuplah tu,lain kali kita tangkap lagi"ujarnya menyuruh akop cepat-cepat mandi.Akop tidak mengerti apa-apa.Dia tidak banyak soal jawab lagi,terus mandi menyelam ke dalam sungai sambil berkocak kuat.
Ludin dobok juga tergesa-gesa mandi.Biarlah semua peristiwa yang dialaminya sebentar tadi disembunyikan saja.Dia tidak akan memberitahu hawa mengenainya.Ludin dobok tidak mahu hawa resah gelisah bila diterangkannya kejadia tersebut.
Tetapi dia juga tidak dapat menyembunyikan bila melihat keadaan midah tersengih-sengih bermain dengan ikan haruan di dalam timba.Ludin dobok cepat-cepat menangkap haruan bersisik kemerah-merahan di dalam timba.Mahu saja dia membunuh ikan haruan berkenaan,biar hatinya puas.
Bila kenangkan peristiwa di sungai,ludin dobok tidak jadi membunuhnya.Perkara geruh demikian tidak boleh diselesaikan dengan cara membunuh,kerana nyawa akan dibalas dengan nyawa juga.Dia mesti mencari jalan supaya semuanya dapat diselamatkan.Mahu tidak mahu dia terpaksa juga melepaskan ikan tersebut balik ke lubuh di hujung sawah.Dia tahu haruan tersebut tidak boleh diganggu lagi.
Dengan tidak bertangguh ludin dobok berkejar ke hujung sawah melepaskan semula haruan berkenaan di dalam lubuk.Setidak-tidaknya buat sementara waktu dia masih boleh berikhtiar mahu selamatkan midah yang sudah masuk dalam perangkap bunian.Memang ludin dobok sudah menduga bahawa midah tersampuk bunian yang menjelma di dalam tubuh haruan tadi.
"kenapa awak lepaskan haruan tu?"tanya hawa kehairanan melihat kelakuan suaminya.
"Sudahlah,diam..."gerutu ludin dobok."Bawa saja midah ni ke tempat tidur,aku nak ke rumah pak tua mahat"jelasnya dalam keadaan gopoh gapah.
Hawa tidak menyahut.Dia patuh perintah suaminya.Dia tahu perangai ludin dobok,kalau katanya dibantah sampai berpanjanglah mukanya masam.Ada saja yang dibuat tidak kene kepadanya.
Lagipun sudah tentulah ada petua-petua tertentu pada ludin dobok menyebabkan dia bertindak demikian.Setidak-tidaknya lama juga dia berguru pada pak tua mahat.Sebab itulah hawa tidak membantah sangat.
  "Mari akop.."hawa memanggil akop yang masih tercegat di halaman.
"Mari bawa kakak kau ke dalam.Cepat..."katanya mulai merasa cemas.
Akop juga tidak menyahut.Dia cepat-cepat naik ke pelantar untuk membantu emaknya.Sejal balik dari sungai lagi akop sudah melihat perubahan kakaknya.Tetapi dia tidak tahu apakah yang berlaku.Bagaimana pun dia dapat mengagak kakaknya tersengih-sengih mestilah dalam keadaan tidak siuman.
Ketika pak tua mahat sampai,jiran-jiran sudah ramai berkumpul.Mereka diberitahu oleh akop tentang midah tiba-tiba tidak sedarkan diri.Ikan-ikan yang diperolehi ketika menimba air di lubuk pun tiada siapa yang menyiang.Hanya di bubuh dalam pasu besar ditutup dengan dulang,kemudian dihimpit dengan sengkalan.Hawa sendiri sudah tidak peduli lagi dengan ikan-ikan tersebut.
Jiran-jiran juga merasa hairan dengan kejadian yang menimpa ludin dobok.Kalau disebabkan ikan-ikan dilubuk,mereka juga sering menimba ikan yang terdapat di sawah meraka.Setakat ini tidak ada pun sebarang kejadian demikian yang berlaku.
Tetapi inilah keadaan sebenarnya.Mahu tidak mahu mereka terpaksa menghadapi hakikat tersebut.
Sewaktu pak tua mahat masuk ke bilik,dia dapati midah masih tersengih-sengih.Sekali-sekali dia ketawa mengilai kesukaan.Tetapi tidak sepatah pun dia bercakap.
  "Buat apa kau datang sini?"soal pak tua mahat keras.
"Datang kemana pula?ini rumah aku"sahut midah tersengih-sengih.Itulah pertama kali dia mahu bercakap sejak dilihat oleh jiran-jiran.
"Mana rumah kau?"jerkah pak tua mahat.
"Eh,bodoh orang tua ni.Tak tau ke ni rumah aku"jelas midah macam mengejek.
"Baiklah.."pak tua mahat mengangguk kepala."Aku beri tempoh lima minit supaya kau pergi dari sini"ujarnya memberi amaran.
"Nak pergi kemana?"sahut midah tersengih-sengih.
"Siapa yang bercakap ni midah atau setan?"pak tua mahat mengeraskan suara.
Midah tidak menyahut lagi.Tetapi dia tersengih-sengih juga.Dia mengilai ketawa.
"Aku beri tempoh lima minit"tegas pak tua mahat.
Midah terus tersengih-sengih.Dia tidak peduli sama ada pak tua mahat memberi amaran atau tidak.Ketawanya kadangkala nyaring,kadangkala tersengih-sengih saja.Selepas lima minit pak tua mahat bangun memanggil ludin dobok mengikutnya.Dia tidak bercakap sepatah apa pun.
Tidak lama selepas pak tua mahat pergi,kelihatan midah menjerit-jerit minta tolong.Dia cuba bangun untuk meluru keluar.Beberapa orang jiran lelaki memegangkannya.Meronta-ronta midah mahu lepaskan diri.Empat lima orang lelaki yang memengangnya hampir-hampir terpelanting ditolak midah.
Kira-kira satu jam dia meronta-ronta akhirnya dia kelihatan lemah.Kemudian tertidur akibat keletihan.Lebih kurang setengah jam dia tetidur barulah dia bangun,tetapi dalam keadaan heran melihatkan orang ramai di rumahnya.Ketika inilah pak tua mahat balik semuala ke situ.
"Alhamdulillah.."ucapnya sebaik melihat midah pulih seperti sedia kala.
Sebenarnya pak tua mahat sudah tahu keadaan midah,sebaik saja dia masuk ke bilik.Dia sudah melihat gangguan yang dihadapi midah.Tetapi yang dihadapi nya di dalam bilik itu semata-mata jasad midah,sebab itulah dia mengajak ludin dobok menunjukkan lubuk yang di timba nya.
Sampai di tepi lubuk pak tua mahat menghentakkan kakinya tiga kali.Di depannya tidak ada lagi lubuk.Ludin dobok juga melihat lubuk yang ditimba sudah tidak ada.Mereka berdua sampai ke sebuah bangunan yang indah.Tetapi ludin dobok tidak merasa hairan dengan keadaan sedemikian,kerana dia memang memahami kehebatan pak tua mahat.
Pak tua mahat terus masuk ke dalam rumah besar itu dengan tanpa meminta izin.Ludin dobok juga mengikut kemana saja pak tua mahat pergi.Ketika mereka sampai ke tengah kawasan bangunan,seorang lelaki tua berjubah kuning menunggunya.Di tangannya terpegang tongkat dari kayu bengkang bengkok.
"Apa hajat awak semua?"tanya lelaki tua berjubah kuning.
  "Hajat besar.."sahut pak tua mahat keras."Sama ada cara baik atau cara jahat aku nak bawa anak ludin ni"katanya bercekak pinggang.Mata pak tua mahat dilihat oleh ludin dobok bersinar memancarkan api.
"Kami tak paham maksud awak..."orang tua itu menjelaskan.
  "Aku tak peduli awak paham atau tak paham,kalau tempat ni tak mahu dibakar,sekarang serahkan midah"dia terus mengancam orang tua berjubah kuning.
"Jangan begitu kawan"orang tua berkenaan memujuk."Cakaplah apa yang sebenarnya berlaku"dia macam meminta penjelasan dari pak tua mahat.
"Aku tak mahu cakap apa.Aku mahu anak ludin dobok,itu saja"pak tua mahat tetap berkeras."Aku beri tempoh satu minit..."katanya bagai mencabar.
Tiba-tiba ludin mendapati orang tua berjubah kuning itu bertukar menjadi anak muda teruna yang ditemuinya di sungai.Cepat-cepat dia memegang tangan pak tua mahat sambil berbisik mengenai anak muda berkenaan.Anak muda itu tersengih-sengih melihat pak tua mahat.
Cukup saja tempoh yang diberi pak tua mahat menghembus kepada segenap penjuru bangunan.Tiba-tiba semua nya musnah terbakar.Api marah menyala.Anak muda itu juga menghembus ke udara lalu turun hujan menyimbah api yang marak menyala.
Anak muda itu tertawa memerhatikan pak tua mahat,tetapi pak tua mahat tetap tenang.Hujan yang turun tiba-tiba bertukar menjadi minyak menyebabkan api semakin marak menyala.Ketika ini anak muda tadi berlari-lari mencari tempat berlindung.
Ketika inilah ludin dobok mendengar pak tua mahat membaca "Sum mum buk mum um mum fahum layarjiun.."sekali gus petir berdentum lalu menyambar ke arah anak muda tadi.
"Aku dah cakap sama ada cara baik atau cara jahat"rungut pak tua mahat.
Anak muda terjerit-jerit minta tolong.Dia merayu-rayu supaya pak tua mahat tidak menyerangnya lagi.Dia berjanji akan memulangkan midah.Tetapi pak tua mahat tidak peduli.Dia terus membaca ayat-ayat tertentu lalu dihembuskan ke arah anak muda itu.
"Cukup,aku tak ganggu lagi"rayunya berulang kali.
"Sudah terlambat..."sahut pak tua mahat."Kalau kau berani ganggu anak buah aku lagi,ke lubang cacing kau pergi aku tetap ikut"tegasnya dengan suara yang keras.
Ketika inilah ludin dobok nampak midah berlari-lari mendapatkan dia.Midah memeluknya erat-erat dalam keadaan ketakutan.Kemudia mereka bertiga keluar dari kawasan bangunan itu.Apabila sampai semua tepi lubuk,ludin dobok mendapati cuma dia dan pak tua mahat saja disitu tercegat.
"Sekarang kita balik.."pak tua mahat mengajaknya.
Peristiwa dia mengikut pak tua mahat menyelamatkan anaknya midah ini tetap menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh ludin dobok.Tetapi dia tidak dapat menceritakan kepada orang lain,yang tidak mengalaminya.Apa lagi setelah pak tua mahat meninggal dunia,tidak ada siapa pun yang mungkin percaya dengan ceritanya.Bagaimana pun saya tetap yakin dengan kebenaran cerita ludin dobok yang diceritakan nya kembali kepada saya ini.

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now