Memang bayang jelmaan tidak boleh dipercayai sangat sekali pun lembaga berjubah kuning itu mengakui dirinya moyang labang.Manalah saya tahu sama ada benar moyang labang atau pun bukan disebabkan kejadian berkenaan sudah bertahun-tahun berlalu.
Sebab itu tok aji mengingatkan perkara moyang labang mencampakkan lelaki kurus ke dalam gaung dalam hanya sekadar panduan semata-mata.
Apa lagi ucu sidin memang diberitahu oleh arwah ayahnya pawang lamid mengenai moyang labang tidak pernah pun meminta anak cucunya berjamu ancak pada batu bertimpuh diseberang sawah.Mereka sekadar diberitahu bahawa moyang labang hilang disisi batu tersebut tatkala bersandar untuk berehat makan tengah hari semasa berkebun disitu.
Tetapi uda liyah bersuami tujuh sekali gus setelah beberapa lama menjadi janda tidak siapa pun tahu sama ada masa kejadian itu sama dengan moyang labang.Mereka sekadar mendengar cerita mulut turun temurun sahaja mengenai moyang labang menjadi pawang besar.Tidak siapa pun tahu sama ada uda liyah pernah terserempak moyang labang sewaktu pawang besar itu meneroka kampung berkenaan.
Baik ucu sidin mahu pun utih deraoh atah hasan debeng juga hanya diberitahu oleh pawang lamid pasal janda bersuami tujuh itu amalkan pelesit semata-mata mahu menjaga kecantikan.Sebaik sahaja menemui kerusang emas kesan terbakar itu uda liyah sentiasa kelihatan jelita.Tetapi dia akan mengalami kudis tokak seluruh badan sekiranya tidak disapukan dengan darah suami sendiri.
Kalau kerusang itu kesan terbakar,sudah tentu berlaku selepas moyang labang .Semasa moyang labang melihat kerusang emas melekap pada rumpun pokok senduduk dia tidak mahu menyentuhnya langsung.Hinggalah isteri tok mankaya terserempak kerusang emas itu terselit di celah dinding rumah,menyebabkan seluruh badannya dihinggapi kudis tokak.
Lantas kerusang emas itu dibakar dengan puntung kayu pembakarnya dicampakkan ke sungai,biar kudis tokak isteri tok man kaya sembuh semula.Hanya selepas kerusang emas itu terbakar baru uda liyah menemuinya selepas dia menjadi janda ditinggalkan suaminya pateh kibin.
"Perkara yang di luar pengetahuan kita,biarkan jadi urusan allah"tutur tok aji ingatkan setelah diberitahu oleh malim tekih mengenai kakak iparnya ulung siah beransur sembuh.
Usin pakau juga sudah boleh menggalas tajak ke sawah mencebak rumput setinggi berdiri.
Memang maasar juga mengakui dia terserempak ular tedung selar berkepala dua ditengah belukar.Beberapa kali maasar meludah ke tanah ingatkan ular berkenaan supaya berundur,tetapi ular berkepala dua itu tetap mencodak kepala asal sahaja dia melangkah mara kehadapan.
Tidak pernah maasar terserempak ular berkepala dua,sekali pun seisi kampung tahu kemahiran maasar jinakkan ular liar tengah belukar.Beberapa kali penduduk kampung mengalami kejadian ternakan mereka dicakup ular sawa,memang maasar diharapkan mencekak leher ular berkenaan.Cubalah ular sawa merempuh masuk ke dalam kandang kambing,nescaya akan diheret keluar oleh maasar macam menarik batang pisang tergolek.
Tatkala kambing hasan debeng dibelit ular sawa dalam kandang sewaktu tengah malam,tidak bertangguh dia beritahu maasar.Cepat-cepat pula maasar meranduk kegelapan malam menyerbu masuk ke dalam kandang.Dia tidak benarkan hasan debeng menyuluh dengan api andang,disebabkan penglihatan maasar lebih terang sekiranya di tengah gelap.
Setelah ular sawa sebesar batang pinang itu diheret keluar dari kandang,baru dia benarkan api suluh dipasang.Bila-bila ular sawa yang sudah dicekak lehernya oleh maasar tidak akan melawan apa-apa.Sudah menjadi pantang larang maasar,dia tidak akan bunuh ular yang ditangkapnya.Biarlah hasan debeng sendiri putuskan sama ada mahu membunuhnya atau pun tidak.
"Aku takkan bunuh saudara aku sendiri"keluh nya menahan rasa terharu sebaik sahaja diberitahu ular sawa yang ditangkapnya dibunuh tidak bertangguh oleh hasan debeng.
Marah benar hasan debeng apabila kambing dara nya tengah berisi badan dibelit ular berkenaan yang merempuh masuk ke kandang.Belum sempat ular sawa itu mahu menelan kambing tersebut sewaktu maasar cekak lehernya.Sebaik sahaja ular berkenaan ditangkap,lantas sahaja hasan debeng tusuk kepala ular tersebut dengan besi perejang beberapa kali sampai ular berkenaan membalik-balikkan badan.
"Tak apalah hasan debeng bunuh,ular tu dah buat salah"tutur maasar semakin sebak dadanya apabila kenang ular sawa yang ditangkapnya dibunuh juga tidak bertahan.Kalau hasan debeng mahu lepaskan bila-bila dia akan heret ke tengah hutan belukar jauh dari kampuyng mereka.
"Kenapa tak bunuh sendiri ular tu?"sengaja malim tekih tanyakan birasnya pasal pantang larang tidak boleh bunuh ular.
"Dah aku cakap,macam bunuh saudara aku"jelas maasar seolah-olah geli geleman apabila disebut mahu membunuh ular.Lain lah kalau mencekak leher ular liar tengah belukar,bila-bila dia sanggup lakukan.
"Ah,ular tu jenis binatang"sahut malim tekih bagaikan mengejeknya apabila mengaku ular laksana saudara sendiri.
"his,kamu mana tahu"gerutu maasar tersinggung dengan sikap malim tekih sengaja mahu perkecilkan dirinya demikian.
Malim tekih tahu mengenai dirinya dilahirkan kembar ular.Biarlah bidin som rahsiakan dari sesiapa pun tatkala bidankan ibunya bersalin,tetapi maasar tahu juga mengenai kembarnya.Sewaktu bidan som bersihkan uri tembuni memang dia melihat anak ular sebesar bilah mancis terkiut-kiut.
Disebabkan bimbang mereka yang menghadap kak isun akan menuduh dia berdusta lantas bidan som hanyut kan anak ular berkenaan semasa membasuh uri tembuni ke sungai.Ketika ini bayi yang baru dilahirkan menangis legat tidak peduli apa-apa.Terpaksa pula dipanggil pawang lamid jampi serapah biar tangisan bayi berkenaan dapat diredakan.
Tetapi setelah semakin dijampi serapah,bertambah legat bayi berkenaan menangis.Kak isun juga terasa perutnya merengat-rengat sakit apabila bayi baru dilahirkan itu menangis tidak boleh dipujuk.Sebab itu pawang lamid terpaksa juga membakar kemenyan mahu menguji puaka jembalang mana berani mencabar dirinya berpawang.
Marah benar dia sekiranya puaka jembalang sengaja mahu menguji dirinya kalau jampi serapah sudah tidak boleh sembuhkan penyakit.Bila-bila dia akanbakar kemenyan biar puaka jembalang menjelma didepannya.Mudah sahaja dicekak leher apabila puaka jembalang menjelma di depan mata.
Sebaik sahaja kemenyan dibakar terus pawang lamid menyeru : Hai,saudaraku yang berlapan,sembilan bersama aku,pawang yang sembilan beradik,menjelma kamu lindung aku siang hari ini,menjelama kamu lindung aku malam hari ini,hu...Apabila dia menghembukan ke udara,pawang lamid seolah-olah melihat uri tembuni dicuci tengah air menyebabkan anak ular sebesar bilah mancis hanyut terapung-apung.
"Apa benda yang bidan som jumpa dalam uri tembuni budak?"segera pawang lamid menuduh,sekali pun dia sekadar melihat imbas bayangan sahaja.
Serba salah bidan som mahu menerangkan mengenai anak ular yang keluar bersama uri tembuni tatkala dia bidankan kak isun.Setelah didesak pawang lamid terpaksa juga dia beritahu mengenai anak ular sebesar bilah mancis yang terkuit-kuit dicelah uri tembuni.Tersenyum pawang lamid apabila terkaan yang dilihat dalam imbas bayang-bayang memang tepat.
"Tak apalah,perkara yang diluar pengetahuan kita"tutur pawang lamid masih mendongak ke udara bagaikan merenung jelmaan lembaga berjubah kuning terapung-apung diudara.
"Kalau boleh anak cucu nak minta moyang labang jaga pelihara anak yang hanyut itu"ujar dia selanjutnya seolah-olah bertutur dengan orang yang tidak kelihatan oleh mereka yang sama terconggok di tengah rumah.
Tetapi mereka dapat mengagak tentu pawang lamid bercakap dengan moyang labang yang menjelma didepannya.Sekali pun mereka tidak melihat jelmaan moyang labang itu,tetapi mereka tahu lembaga berkenaan memakai jugah kuning.Seringkali pawang lamid mengakui pasal jelmaan moyang labang yang berpakaian serba kuning itu akan tercegat di depannya asal sahaja kemenyan dibakar.
Selepas dibakar kemenyan barulah maasar yang masih bayi boleh nyenyak tidur.Bagaimana pun kak isun cam sangat setelah usia maasar tujuh bulan apabila beberapa hari demam,tidak perlu beritahu pawang lamid.Asal sahaja menangis di dalam buaian,nescaya bayi itu terdiam apabila seekor anak ular sebesar jari kelengkeng berbelit pada tali buai.
Sebab itu pawang lamid ingatkan pesankan supaya tidak ganggu anak ular berkenaan tatkala menjelma pada tali buaian maasar.Memang pawang lamid mengakui ular berkenaan kembar maasar sendiri.Apabila maasar menjadi menantunya berkahwin dengan ulung siah pun,pawang lamid tahu mengenai kembar ular itu.
Beberapa kali ulung siah terserempak ular sawa berlingkar di bawah gobok kain baju,dia tidak peduli apa-apa.Kadangkala ulung siah beranikan hati sengaja menampar kepala ular berkenaan.Asal sahaja ditampar ulung siah ular sawa itu lantas sahaja matikan diri.Tetapi ketika ini maasar akan menjengah masuk merungut-rungut de depan isterinya dengan mengusap-ngusap pipi bagaikan ditampar kuat.
"Aku geram tengok awak berlingkar bawah gobok"lantas ulung siah mengusik terus mengerling ke bawah gobok.Tetapi dia tidak melihat apa-apa lagi di situ sekali pun sebelumnya memang jelas ular sawa sebesar betis berlingkar.
"Awak ingat aku ni ular nak berlingkar?"tersengih-sengih maasar diusik oleh isterunya demikian.
"Pesankan pada kembar awak tu,jangan takut-takut kan aku selalu"ujar ulung siah apabila tergamam setiap kali terserempak ular sawa berkenaan berlingkar di dalam rumah.
Rahsia mengenai maasar kembar ular itu memang disimpan baik-baik oleh ulung siah.Sekali pun jiran-jiran dapat mengagak ulung siah terserempak kembar ular tersebut,tetapi dia tetap berdalih.Ulung siah tidak akan beritahu sesiapa pun mengenai dia terserempak ular sawa berlingkar dalam bilik tidurnya.
Setiap kali dia beratip selepas ayahnya berjamu ancak,memang ulung siah melenggok-lenggok badan ikut bayang ular yang meliuk-liuk kepada di depannya.Dia seolah-olah nampak kembar ular suaminya meliuk-liuk di depannya bagaikan mengajak dia ikut sama beratip.
Ketika ini ulung siah sekadar lakukan apa sahaja yang dibuat oleh kembar suaminya,sekali pun jiran-jiran mendesak minta ubatkan penyakit.Biarlah mereka menuduh jelmaan moyang labang masuk dalam dirinya,namun ulung siah tidak akan beritahu apa-apa mengenai bayang ular yang meliuk-liuk kepala di depannya hingga dia sama beratip.
Sebab itu seisi kampung tahu pasal maasar tidak bimbang apa-apa kalau terserempak ular di mana-mana.Tatkala dia dihantar kerja ukur tanah di hutan grik di sepadan negeri perak,mereka yang sama-sama bekerja terserampak ular tedung selar hampir dua puluh kaki panjang.Kepala ular berkenaan bebalung laksana ayam jantan tengah galak,hingga kedengaran berkokok beberapa kali.
Tetapi maasar tidak benarkan sesiapa pun ganggu ular berkenaan yang terkial-kial mengheret badan akibat sudah terlalu tua.Bukan setakat ular tedung selar yang sudah uzur itu sahaja mereka terserempak,malah ular sawa tidak larat mengheret badan juga mereka nampak dengan sebahagian badannya terendam didalam lubuk paya.
Tatkala ular sawa itu mengangkat kepala sisik dibahagian mukanya juga sudah kendur seolah-olah janggut berjurai.Memang mereka sangkakan ular sawa besar itu sudah berjanggut akibat sisik dibawah bibirnya kendur memanjang.Memang maasar tidak benarkan kawan-kawanya ganggu ular tersebut yang menunggu mangsa melintas disebabkan tidak larat lagi mengheret bdannya yang terlalu panjang.
Perkara ular melinta bila-bila pun maasar tidak bimbang.Sesiapa sahaja dipatuk ular bisa hingga terkejang tidak sedar apa-apa,sudah tentu akan diserunya semua ular mara ke hadapannya.Maasar akan perintahkan ular yang mematuk mangsa hisap semula bisa yang menjalar di dalam tubuh.
Sebaik sahaja bisa disedut nescaya ular berkenaan akan menggelepar apabila badannya bertukar kebiru-biuan dengan sisik seakan-akan luruh.Belum sempat ular tersebut menyusup ke tengah belukar lantas sahaja membalik-balikkan badan di tengah halaman terus terkejang mati.
"Maasar memang lahir kembar ular"beritahu pawang lamid apabila kenang menantunya yang menangis legat sewaktu bayi akibat kembar ularnya di celah uri tembuni dihanyutkan ke sungai oleh bidan som.
"Takkan kerana itu pula usin menerima padah"sahut malim tekih memandang bapa mentuanya yang masih murung dengan kejadian yang menimpa anak dan cucunya sekali gus.
"Perkara ini diluar pengetahuan kita,jangan diungkit sangat"segera tok aji ingatkan malim tekih supaya tidak berterusan mendesak.
"Memang malim tekih pun banyak pengalaman"lantas maasar mencebik bibir mengakui birasnya itu memang berpengalaman sebelum jejak kaki ke semenanjung.
"Eloklah malim tekih ikut sama membantu"tuturnya macam harapkan lelaki itu membantu pulihkan keadaan isteri dan anaknya.
Tersipu-sipu malim tekih apabila diungkit maasar pasal dia berdepan dengan siluman sewaktu di lubuk sakaping.Sebaik sahaja diberitahu oleh tok aji kejadian malim tekih terserempak mayat pak sabata bertukar menjelma menjadi babi,memang dia tidak berdalih apa-apa.Dia juga tidak bertanya apa-apa dari mana tok aji boleh mengetahui kejadian tersebut hingga dia seringkali terigau-igau asal sahaja kenang siluman yang diseru pak sabata.
Perkara di lubuk sakapang tidak sama dengan di kampung berkenaan.Manalah dia tahu apabila maasar terserempak ular tedung selar dua kepala menghambatnya ditengah belukar.Puas maasar cuba tenangkan perasaannya supaya tidak terburu-buru bertindak,namun ular tedung selar berkepala dua tetap mencodak dihadapannya.
"Kalau kamu syaitan pergi,kalau ular tunggu"tutur maasar perlahan ingakan ular berkenaan supaya segera berundur.
Tetapi ular itu tetap mencodak kepala tidak mahu undur.Sebab itu maasar ambil keputusan membunuh sahaja ular tedung selar berkepala dua itu.Sebaik sahaja ular tersebut ditetak dengan parang,tiba-tiba sahaja bertukar menjadi lelaki kurus berkepala dua.
"Maasar,kenapa kamu bunuh anak aku?"gerutu lelaki kurus berkepala dua menuding darah ular yang berbekas di tanah.
"Aku tak bunuh anak kamu,tapi aku bunuh ular"sahut maasar menggertap bibir disebabkan marah sangat diuji demikian.
"Kamu bunuh saudara kamu sendiri?"ejek lelaki kurus berkepala dua itu terus mengejeknya.
"Aku tak bersaudara dengan ular"bentak maasar semakin berang apabila diejek demikian.
Ketika ini dia melihat kembar ularnya berlingkar di depannya dengan berlumuran darah.Tidak tertangguh dia memeluk kembar ularnya yang menggelepar akibat kepalanya berbekas ditetak dengan mata parang.Terketar-ketar dia bagaikan berbisik pada maasar pasal tidak dapat lagi membantunya.
Maasar dapat memahami kembar ularnya bukan ular tedung selar berkepala dua yang ditetaknya dengan parang.Tidak perlu dia menetak mata parang kalau takat berhadapan dengan ular bisa.Bila-bila masa maasar boleh cekak lehernya sampai tidak boleh bergerak mahu melawan sebaik sahaja tangannya mencekak kuat.
Tetapi dia tetak ular berkepala dua itu setelah menyedari didepannya bukan lagi ular yang menjalar.Tentu syaitan yang menjelma laksana ular mahu mencari geruh diriny.Sebab itu kembar ularnya bertahan dari gangguan berkenaan menyebabkan ia sendiri mengalami kejadian seolah-olah kepalanya ditetak dengan parang.
Menitik air mata maasar apabila kenang kembar ularnya menggelepar seolah-olah kepala disinggahi mata parangnya sendiri.Lantas sahaja lelaki kurus berkepala dua itu terkekeh-kekeh ketawakan dia apabila kemabar ularnya terkaku tidak bergerak.Tidak bertangguh maasar cacakkan mata parangnya ke tanah menyebabkan lelaki kurus berkepala dua itu rebah tertiarap.
Sewaktu maasar bersiap-siap mahu tanamkan kembar ularnya yang mati terkejang,dia sekadar melihat darah sahaja bersimbahan pada daun-daun kering.Kembar ularnya hilang entah kemana.Ketika ini lelaki kurus berkepala dua itu terkial-kial menahan sesak nafas dalam keadaan tertiarap laksana ular mencodak kepala.
"Aku mahu galang ganti,maasar"gerutu lelaki kurus berkepala dua terkial-kial tidak dapat bingkas bangun.
"Kalau kau berani nak cari geruh aku,cubalah"bentak maasar mencemik muka lantas mencapai parang yang tercacak ditanah.
Tatkala dia balik ke rumah ulung siah beritahu mengenai anak mereka usin pakau menghidap demam panas seluruh badan.Beberapa hari usin pakau menderita demam panas itulah dia tidak boleh bernafas sekiranya berbaring terlentang.Terpaksa ditiarapkan dia laksana ular menjalar biarmudah bernafas lega.
Memang jelmaan kembar ular yang beratip di depan ulung siah tidak menjelma semasa dia beratip berterusan sebaik sahaja pawang lamid berjamu ancak.Hairan juga ucu sidin yang memantu kakaknya apabila ulung siah tidak sama beratip seperti sebelumnya.Sekali sekala ucu sidin nampak seolah-olah kepala ulung siah kembar dua tatkala beratip demikian.
Sebab itu tok aji dapat mengagak yang beratip bersama ulung siah bukan moyang labang apabila pawang lamid berjamu ancak di batu bertimpuh.Tok aji tidak peduli jelmaan siapa pun yang menganggu,kalau cuba merasuk sudah tentu akan ditentang habis-habisan.
Apabila menjengah usin pakau dirumah pawang lamid,lantas sahaja dia memberi isyarat supaya saya mula bacakan tiga kali al-fatihah.Setelah disuruhnya saya berzikir jauh disanubari,tok aji menghembus dahi saya sekali dengan membacakan doa : Allahu yatawaffal anfusahina tiha wallatilamtamut fi-manmiha fayumsikul lati qodo alaihalmau-ta wayursilul ukhro ila-ajalim musammam,inna fi-zalika la-ayatin liqaumiy yatafakkarun.
Sebaik saja tok aji menolah badan saya jatuh berguling,memang saya lihat lelaki kurus berkepala dua tertiarap tidak boleh bingkas bangun.Ketika ini perempuan rambut mengerbang berlegar-legar di atas usungan yang diusung beberapa lelaki tidak berkepala.
Marah sangat perempuan rambut mengerbang itu apabila ular berkepala dua ditetak dengan parang oleh maasar.Merungut-rungut dia disebabkan maasar mahu tunjuk berani tatkala memangkas kepala ular yang mencodak kepala.Lantas sahaja saya terdengar suara tok aji inggatkan perempuan itu supaya berundur.
"Maasar tak bunuh saudara mara kamu,dia hanya bunuh ular"tok aji mengejeknya dengan menghembus tiga kali setelah dibacakan surah al-ikhlas.
Sekali gus api menyambar tubuh perempuan rambut mengerbang itu menyebabkan rambutnya juga hangus terbakar.Ketika ini tok aji ingatkan mengenai syaitan yang menjelma menjadi ular boleh dibunuh sekiranya di luar rumah.Siapa pun jangan cuba mahu tunjuk gagah kalau syaitan tidak mahu tunjukkan rupa sendiri tatkala berhadapan dengannya.
Terkial-kial perempuan rambut mengerbang itu bertahan apabila api terus menyambar seluruh tubuhnya.Tidak bertangguh pula lelaki-lelaki tidak berkepala yang mengusung nya terus membuang usungan.Mereka bercempera lari menyelamatkan diri apabila tok aji menyuruh saya azan tujuh kali.
Kemudian tok aji menyuruh saya bacakan 21 kali : Salamun 'ala sulaiman fil'alamin.Setelah dihembus ke arah perempuan berambut mengerbang itu,bayang jelmaan perempuan berkenaan cair laksana lilin dipanggang api.Sekali gus jeritan nyaring perempuan itu bergema ke udara menahan kesakitan yang amat sangat.
Sebab itu tok aji ingatkan bayang jelmaan perempuan rambut mengerbang itu juga sekadar panduan sahaja.Perkara usin pakau sembuh selepas menghidap penyakit ganjil hingga mencodak kelapa,tidak ada kene mengene dengan bayang jelmaan yang saya lihat ketika tergolek dilantai seoklah-olah tengah tidur nyenyak.
Beberapa bulan selepas usin pakau sembuh daripada penyakit ganjilnya,ayahnya maasar meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas akibat benguk membengkak dileher.Puas juga dia ubati penyakit benguk berkenaan tetapi bengkaknya tidak juga seruh.
"Tiap-tiap yang bernyawa mesti akan mati"bisik maasar pada isterinya ulung siah dalam keadaan penyakitnya bertambah tenat.
YOU ARE READING
Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)
Horrorkisah penceritaan tentang keseraman melampaui batas.. dan dipetik dari novel seram nukilan tok awang ngah.. semoga anda semua terhibur dan enjoy.. Nantikan siri bercakap dengan jin Misteri jam 12 Jangan tutop lampooo