85.Dikelilingi Lembaga Hitam

1.6K 29 1
                                    

Sehingga jam dua belas malam pun orang masih ramai menunggu giliran dirumah haji tusip.Bukan orang melayu sahaja,malah orang cina dan india pun datang ke situ.Mereka sanggup datang dari kedah,johor,selangor atau serata negeri perak ke pekan terong,kemudian menyusur jalan ke bukit gantang mencari rumah haji tusip.
  Sengaja bahadur mengajak saya ke rumah haji tusip pada malam selasa kerana haji tusip hanya menetapkan malam selasa sahaja bagi mengubati penyakit yang dianiaya dengan ilmu hitam.
Sebelum itu,bahdur sudah mengalami kejadian aneh pada dirinya dan keluarganya.Setiap malam dia akan diserang demam tidak menentu.Puas dia mendapatkan rawatan di klinik,tetapi doktor tidak dapat mengesan penyakitnya.Kesan darah tinggi atau gout tidak ada.Malah tubuh badannya tetap sihat.
Isterinya,masriyah,juga diganggu sakit kaki berdenyut-denyut hingga tidak boleh berjejak.Setelah dirawat diklinik,doktor sahkan masriyah tidak diganggu apa-apa penyakit.Kebetulan bahadur diberitahu oleh lahamin,kawan pejabatnya,mengenai haji tusip di pekan terong itu.
"Cuba dulu bahadur,manalah tau kalau rasi pulak"ujar lahamin secara menasihatkan kawannya.
"Kau percaya aku dianiaya orang?"soal bahadur,tidak yakin dengan cakap lahamin itu."Aku bukan ada musuh,masakan orang nak aniaya aku"jelasnya,masih merasakan penyakitnya perlu dirawat dihospital juga.
Lahamin tidaklah mendesak sangat.Dia sekadar memberikan pandangan.Kalau bahadur yakin penyakitnya tidak ada kene mengene dengan dianiaya orang,dia pun tidak peduli.Biarlah bahadur dengan keyakinannya.
  Tetapi masriyah mendesak suaminya,bahadur.Kalau suaminya tidak yakin dengan pengubatan demikian,dia sendiri sanggup ke pekan terong.Masriyah tidak tahan lagi menanggung kebimbangan hampir setahun.
"Kalau abang tak mau pergi,biar saya saja pergi.."gerutu masriyah,geram dengan sikap suaminya,Kalau mahu dikatakan tidak yakin dengan pengubatan tradisional,dia pula yang bertanyakan pada lahamin mengenai bomoh.
"Kita cuba dulu ubat klinik"jelas bahadur,berdalih.
"Berapa lama?"soal masriyah,merungut marah.
Tertunduk bahadur.Dia sendiri tidak dapat menduga,berapa lama mereka perlu bersabar.Dia sendiri merasa penyakit demam malamnya semakin galak.Kadangkala hingga ke subuh dia merasa tubuhnya seram-seram sejuk tidak menentu.
"Kalau abang tak mau berubat ke perak,biar saya saja ke sana"masriyah membuat keputusan muktamad.
Mahu tidak mahu,bahadur mengalah juga.Biarlah dicuba berubat dengan haji tusip di pekan terong itu.Setidak-tidaknya menemui haji tusip itu sebagai satu ikhtiar juga.
  Lahamin menunjukkan jalan kepadanya membelok ke jalan bukit gantang,setelah melepasi pekan terong.
Memang ramai orang menunggu giliran apabila bahadur mula-mula sampai di rumah haji tusip.Hinggakan untuk meletakkan kereta pun berasak-asak disepanjang lorong masuk ke rumahnya.
Ketika sampai,bahadur dapat nombor 41.Jenuh juga mahu menunggu giliran.Puaslah dia berlegar-legar di halaman rumah haji tusip sementara menunggu giliran.Sementara masriyah pula duduk di bangku panjang di kaki lima rumah,memerhati ke pintu bilik tempat haji tusip mengubati pesakitnya.
"Sakit apa?"masriyah bertanya pada seorang perempuan separuh umur.
"Mak aji pun tak tau"jelas perempuan itu memperkenalkan dirinya dengan panggilan mak aji sahaja.
  "Mak aji ni berniaga.Kadangkala susah nak berniaga kalau dah kene sakit"ujarnya dalam keadaan rusuh.
"Mak aji dari mana?"soal masriyah,ramah.
"Dari taipung"katanya,mengeluh pendek."Anak ni dari mana pula?"dia pula bertanya.
"Dari kuala lumpur.."beritahu masriyah,perlahan.
"Hai..,jauhnya.Anak ni sakit apa?"dia mengangkat kepala memerhati haji tusip melenggok-lenggok merenung geluk air.
"Susah nak cakap"ujar masriyah,menghele nafas.
"Nak kata tak sakit,memang sakit.Nak kata sakit pula,macam tak sakit"tersengih-sengih dia menatap mak aji disebelahnya.
Apabila giliran mak aji dipanggil masuk,masriyah juga bangun menjengah di muka pintu.Haji tusip duduk di satu penjuru dengan pembantunya tidak jauh darinya.Sementara seorang pembantu perempuan yang duduk dihadapannya akan membungkus barang-barang bekalan ubatnya seperti limau,kemenyan atau beras kunyit.
  Dua tiga orang pesakit dipanggil masuk ke situ.Haji tusip mengambil masa hingga lima belas minit untuk melayani setiap orang pesakitnya.
Ketika mak aji keluar,masriyah melihat dia mengeleng-ngeleng kepala.Beberapa kali dia beristighfar sambil mengurut-ngurut dada.Tidak sampai hati pula masriyah mahu bertanya.
Cepat-cepat pula mak aji meninggalkan rumah haji tusip selepas mendapat rawatan.Orang ramai yang menunggu giliran juga semakin beransur kurang.Masing-masing terus meninggalkan rumah setelah dirawat oleh haji tusip.
Semasa masriyah dan suaminya bahadur dipanggil masuk,jam sudah hampir sebelas tengah malam.Haji tusip menggenggam erat hulu kerisnya dengan menikam hujung keris itu ke dalam geluk air.
"Hah..,ada tiga barang awak ni.."beritahu haji tusip,tidak perlu mendengar penjelasan bahadur."Di tanam satu didepan rumah,satu di pejabat dan satu lagi mengikut kemana awak pergi"katanya sambil mengetuk-ngetuk ke bibir geluk.
"Macam mana nak tanam dipejabat?"bahadur cuba mempertikaikan penjelasan haji tusip.
"Kenapa?"haji tusip mengangkat muka,menatap muka bahadur.
  "Pejabat tu bangunan tinggi,tak ada tempat untuk menanam apa-apa"beritahunya semacam meragui mengenai ada barang ditanam orang di pejabatnya.
"Benda tu ditanam dikubut.Hanya dimakrifatkan sahaja tanam di pejabat awak"ujar haji tusip,tersengih-sengih.
Kemudian,dia meletakkan hujung keris itu ke tapak tangan bahadur.Dia hanya menyeru seketika dengan doa yang kurang jelas didengar.Apabila haji tusip menghembus ke hulu keris,tiba-tiba tiga bungkusan kain putih sebesar dua jari jatuh di tapak tangan bahadur.
  Kain putih pembungkus itu sudah hampir reput.Apabila haji tusip membelek-belek bungkusan berkenaan,bahadur dapat melihat duri ikan pari yang dililit rambut terletak disitu.Haji tusip sekadar menguis-nguis bungkusan tersebut dengan hujung kerisnya.
Merek dibekalkan haji tusip dengan tiga biji limau untuk mandi berlangir,dan beras kunyit yang sudah didoakan dengan ayatul kursi sebanyak tiga ratus tiga belas kali.Beras kunyit itu digaul dengan garam kasar sebelum ditaburkan di sekeliling rumah.
Selepas menemui haji tusip ini,bahadur tidak lagi diganggu demam malam.Tumit masriyah yang sakit sengal-sengal juga tidak terasa lagi.
Selepas itu,disebabkan bahadur mahu menemui haji tusip,teringin juga saya untuk ke pekan terong itu.Memang saya tidak mempunyai kenalan disana,tetapi dalam perjalanan itu,saya bercadang singgah dulu dirumah uda jali di kota setia.
Bagaimanapun,saya tidak pernah kerumah uda jali.Ketika sampai di lekir,lantas saya mengajak bahadur singgah dirumah haji sepawi.
"Haji tusip tu guru saya"beritahu haji sepawi apabila saya terangkan tujuan mahu ke pekan terong."buat apa ustaz nak ke sana?"dia semacam hairan kerana saya mahu menemui haji tusip.
"Ustaz ni sakit,nak berubat.."lantas bahadur menyahut.
"Eh..tak kan ustaz pun nak berubat"haji sepawi tidak percaya langsung kalau dikatakan syaa mahu berubat.
Saya tidak menyahut.Hanya tersengih-sengih sahaja mengerling haji sepawi.
"Ustaz boleh ubat sendiri,tak kan nak jumpa haji tusip tu"kata haji sepawi,masih kelihatan hairan.
Terkejut juga bahadur.Dia sendiri semacam tidak percaya dengan penjelasan haji sepawi.Sepanjang yang bahadur kenal saya,dia hanya mengetahui saya jarang ada dirumah.Isteri saya juga hanya sekadar memberitahu saya mengikut kawan-kawan mengadakan usrah.
  "Ustaz nbi bomoh jugakkah?"bahadur berasa hairan.
"Awak tak tau..?"soal haji sepawi,tersengih-sengih.
"Lama juga saya berkawan dengan dia"beritahu bahadur mengerling saya."Tapi,tak tahu pula saya ustaz ni bomoh.."katanya,menggeleng-ngeleng lemah.
"Memang ustaz ni bomoh"haji sepawi mencebik bibir sambil mencapai rokoknya di dalam saku.Lantas dia menghisap rokok.Kemudiannya,kotak rokok itu dihulur ke hadapan kami.Disebabkan saya dan bahadur memang tidak merokok,tidak lah kami ikut sama menghisapnya.
"Tapi,ustaz ni memang boleh mengubati orang"jelas haji sepawi selepas menghembus asap rokoknya.
Terdiam bahadur.Antara percaya dengan tidak sahaja dia dengan penjelasan haji sepawi.Tidak pernah pula dilihatnya saya mengubati orang,sama ada mereka datang ke rumah atau menjemput sendiri,tetapi dia percaya haji sepawi tidak berbohong.Apalagi dia mendapati saya sekadar tersengih-sengih sahaja.Tidak menafikan,tidak pula mengiakan.
"Saya gunakan jin islam"ujar haji sepawi,perlahan.
Apabila dia mengakui menggunakan jin islam,bahadur sendiri serba salah.Tentulah haji tusip juga menggunakan jin islam,disebabkan haji sepawi mengaku dia gurunya.
"Pak aji menyeru jin islam tu datang membantu?"soal bahadur,menegakkan sandar belakangnya.
"Tidak menyeru,tapi berdoa memohon pertolongan allah"beritahu haji sepawi,tersenyum."Awak mahu ke bersahabat dengan jin islam?"dia semacam mahu menduga hati bahadur.
"Entahlah.."keluh bahadur,perlahan.
Tetapi bahadur memang tidak yakin.Berubat ke pekan terong pun disebabkan isterinya mendesak sangat.Dia pun masih tidak percaya dengan tiga bungkusan barang yang jatuh ke tangannya semasa didoakan oleh haji tusip itu dulu.
Cuma apabila demam malamnya hilang,bahadur percaya itu disebabkan dia mengamal memakan ubat-ubat yang dibekalkan oleh doktor.Tidak ada kene mengena dengan bungkusan barang yang ditemui oleh haji tusip itu.
Dalam masa kami duduk di rumah haji sepawi itu,empat kereta sudah membelok masuk ke tengah halaman.Sekalipun haji sepawi menetapkan menerima pesakit hingga jam enam petang sahaja,tetapi masih ramai juga tertumpu ke situ.
Tidak sempat lagi mahu berbual panjang.Disebabkan kami mahu segera ke rumah haji tusip,tidaklah haji sepawi menahan sangat.Tetapi sepanjang perjalanan ke rumah haji tusip itu,bahadur masih mendesak sama ada saya seorang bomoh seperti yang dikatakan oleh haji sepawi.
  "Ustaz percayakah dengan bomoh?"ujar bahadur ketika kereta membelok keluar dari simpang ke jalan besar menuju lekir.
"Tak bergerak sesuatu,kalau tidak dengan izin allah"barulah saya mahu bersuara setelah berkali-kali dia mendesak."Doktor dan ubat-ubat moden juga tak mampu menyembuhkan penyakit kecuali dengan izin allah.."beritahu saya selanjutnya.
"Kalau begitu,tak perlulah kita jumpa doktor?"bahadur masih mahu berhujah.
"Perlu juga kerana ia sebagai satu ikhtiar.."saya menjelaskan.
  "Kalau kita jumpa doktor,macam mana nak tau penyakitnya?"dia terus menyoal saya.
Saya menghela nafas.Malas sangat mahu melayani dia.Memang bahadur tidak yakin dengan pengubatan yang dijalankan oleh haji tusip itu.Tidak tahu pula saya kenapa dia bersetuju sahaja apabila dipelawa menemui haji tusip di pekan terong dahulu.
Sebelum itu dia sendiri mengakui doktor yang merawatnya tidak dapat mengesan penyakit yang dideritainya.Tanda-tanda sakit buah pinggang juga sering demam pada tengah malam,tetapi doktor sudah sahkan dia tidak menghidap sakit buah pinggang.
Sampai dirumah haji tusip sudah agak lewat juga,tetapi masih ramai orang disitu.
Sebenar nya bukan saya yang mahu berubat.Bahadur sendiri mahu mencuba mendapatkan peluang perniagaan yang sudah beberapa kali tergendala.Sekalipun tidak mengharapkan apa-apa daripada haji tusip,tetapi dia sengaja mahu menghuji orang tua itu.Kebetulan pula saya bersetuju mahu ikut sama.
  Sewaktu saya duduk di bangku kayu dikaki lima bangunan rumah haji tusip,bahadur tidak duduk diam.Dia berlegar-legar di tengah halaman sementara menunggu giliran.Kemudian,berbual-bual dengan beberapa orang yang berceratuk disitu sama-sama menunggu giliran juga.
Terkuap-kuap saya menahan mengantuk disebabkan waktu itu sudah hampir dua belas malam.Terasa juga angin sejuk bertiup perlahan.Ketika menguatkan zikir di dalam hati,saya ternampak haji tusip tidak berseorangan bersila di depan geluk airnya.
Dikiri kanannya,berdiri dua lembaga hitam berkepala botak.Sementara geluk air dipangku oleh satu lagi lembaga yang sama dengan dua lembanga yang berdiri di kiri kanannya.
"Tuan haji,saya malu.."bisik lembaga hitam yang bersila memangku geluk air.Sekali-sekala dia melingkar mata mengerling ke arah saya."Ada orang nampak kita"jelasnya seolah-olah cuba menyembunyikan dirinya di sebalik geluk air itu.
"Biarkan.."jerkah haji tusip mengertap bibir.
"Tentunya dia bukan musuh kita"ujarnya mengingatkan rakannya itu.
Kemudian dia memberi isyarat kepada salah seorang lembaga hitam yang berdiri disisinya menghampiri saya.Serba salah juga lembaga berkenaan mahu mendekati pangking kayu tempat saya duduk.Disebabkan haji tusip berkeras menyuruh datang,dia teragak-agak juga menghampiri saya.
Mukanya tidak kelihatan sangat,disebabkan keadaannya bagaikan asap hitam tercegat tidak jauh dari saya.Lembaga itu terketar-ketar memberi salam.Lantas saya menyahutnya perlahan.
"Apa tujuan awak kemari?"soalnya tidak bertangguh.
"Menghantar bahadur nak berubat"jelas saya menuding ke arah bahadur yang berbual dengan beberapa orang pelanggan di tengah halaman.
"Kami tau ustaz nampak kami semua"beritahunya.,perlahan,tetapi masih tercegat jauh sedikit dari saya.
"Ustaz datang bukan nak menguji kami?"soalnya dalam keadaan serba salah.
"Tidak.."saya menggeleng kepala."Saya cuma nak kenal-kenal dengan haji tusip.Bukankah dia guru haji sepawi di lekir?"ujar saya,berlembut.
"Ustaz kenal dengan haji sepawi?"lembaga itu seolah-olah tidak percaya dengan penjelasan saya.
Belum sempat saya menyahut,haji tusip mengamit lembaga itu balik berdiri disisinya.Apabila lembaga itu mengagguk dan melangkah balik ke arahnya,haji tusip mengangkat tangan ke arah saya.Dia lantas memberi salam dengan senyum gembira.
Hairan juga orang yang sama-sama duduk di kaki lima itu melihat haji tusip melambai ke arah saya,sedangkan mereka melihat saya sekadar menunduk dengan mata terpejam.Salah seorang yang duduk berhampiran saya lantas mengerak-gerakkan saya.Dia menyangka saya tertidur di situ.
"Saudara,tuan haji panggil"seorang lelaki separuh umur disebelah saya menepuk kepala lutut.
Terkejut saya mengangkat muka.Apabila syaa berpaling ke arahnya,dia tersengih-sengih menuturkan,
"Tuan haji tusip memanggil saudara"katanya.
"Tak,dia tak panggil saya"ujar saya,mengangguk-angguk lemah.
"Memang dia melambai tangan pada encik sebentar ni tadi"mak cik dihadapan lelaki berkenaan pula menyahut.
Ketika ini haji tusip kembali menghadap geluk airnya.Dia tidak menghiraukan sesiapa.Setelah terganggu beberapa detik,saya kembali menunduk.Hati saya terasa sebak apabila menguatkan zikir didalam kalbu,seolah-olah seluruh tubuh lebur didalam debu halus.
  Hanya saya melihat haji tusip duduk dikelilingi lembaga-lembaga hitam seperti asap.Apabila dia membacakan doa haikal,lembaga-lemgaba tersebut menunduk gementar.
Haji tusip kemudiannya menyebut : Walau anna quranna suiyirat bihil jabalu auqutti'at bihil ardh aukullima bihil mauti ballillahil 'amru jami'an,ya syaffi ya kaffi ya muaffi".Apabila dia mengusap-ngusap hulu kerisnya,lembaga-lembaga hitam yang mengelilinginya tunduk menunggu perintah.
Sekaligus dia menudingkan hujung mata keris kepada lembaga seperti asap disebelah kirinya.
"Sekarang cuba lihat dirumah orang ini"katanya dengan memberitahu alamat rumah tersebut.
Lembaga itu mengagguk.Kemudian,dia menghilang laksana asap ditiup angin kencang.Tidak bertangguh pula saya mengekori lembaga berkenaan,hingga hampir saya terhumban jauh dihembus angin kencang yang membawa lembaga hitam itu.Semakin terasa diri saya terhumban,semakin kuat saya menetapkan zikir.Saat ini terasa angin kencang membendung diri saya,seolah-olah bayi yang berada didalam rahim ibu.
Ketika ini saya tidak perlu lagi melawan angin kencang itu.Kemana sahaja lembaga hitam itu membolos,kelongsong angin yang membaluti diri saya mengikutnya.Hinggalah sampai ke sebuah rumah limas tersergam dengan pagar kukuh.
Lantas lembaga hitam itu mengamit saya ke halaman rumah yang banyak bunga-bunga orkid bergantungan.
"Kami jin islam,ustaz"beritahu lembaga itu,berbisik.
Saya mengangguk.Kalau dia tidak menerangkan pun,memang saya sudah mengagaknya.Haji sepawi dilekir juga sudah menjelaskan segalanya.
"Sudah lama kami berkerjasama dengan haji tusip"ujarnya,semacam curiga saya akan memusuhinya.
Saya memerhatikan dia membongkok menyelongkar dibawah pasu-pasu bunga di hujung halaman rumah.Dia semacam mencari sesuatu di sekitar kawasan tersebut.
Kemudian,dia membacakan : Qul uhhiya ilaiya innahus tama'a nafarum minal jinni faqalu inna sami'na quranna 'ajaban'.Sebelum dia sempat menghabiskannya saya lantas menyambung : Yahdi illa rusydi fa amanna bihi,walannusyrika birabbina ahadan,wa innahu ta'ala jaddu rabbana mattahaza sahibatau wala waladan,wa innahu kana ya kulu safi huna 'alaihi syatatan".
Tiba-tiba lembaga hitam itu menangis teresak-esak sambil menekup mukanya.Lantas saya menghampirinya dengan menepuk bahunya beberapa kali.Lembaga itu berpaling ke arah saya,hingga terbau wap nafasnya yang hamis.
  "Saya tahu ustaz juga saudara kami"keluhnya,menahan kehibaan."Tapi,dunia kita berlainan"katanya kembali membongkok mencari sesuatu di bawah pasu-pasu bunga.
Saya dapat mengagak rumah tersebut jauh di kuala kangsar.Tentu rumah wanita separuh umur yang duduk berlunjur di depan haji tusip.Didalam geluk air didepannya memang berbayang rumah tersebut.Haji tusip mengocak-ngocak dengan hujung keris air di dalam geluk berkenaan.
"Cari sampai dapat"kedengaran suara haji tusip keras kembali sambil mengetuk-ngetuk jari telunjuk ke bibir geluk.
  Memang mereka yang duduk berceratuk dibilih haji tusip itu menyangka dia bercakap sendirian,tetapi melalui geluk air itu haji tusip dapat membayangkan setiap gerak langkah lembaga hitam yang diperintahnya.Jin-jin islam yang menjelma sebagai lembaga hitam berbayang-bayang seperti asap itu,hanya dapat dilihat oleh haji tusip sahaja.
Kalau orang-orang yang datang meminta ubat itu melihatnya,tentu mereka terkejut besar.Mungkin mereka bertambah sakit sekiranya ternampak lembaga hitam tersebut.Mukanya hodoh dengan kulit muka bagaikan plastik mengerekot terbakar.Matanya pula terjojol keluar,dengan gigi menyeringai.Siapa sahaja akan terperanjat sekiranya melihat wajah sebenar lembaga hitam jelmaan jin islam itu.
"Sukar"gerutu lembaga hitam disisi saya mengeleng-ngeleng kepala.
"Kalau ustaz ada disini,susah saya nak buat kerja.."beritahunya secara ikhlas seolah-olah tidak senang dengan kehadiran saya disitu.
"Awak nak cari apa?"sengaja saya berpura-pura bertanya.
  "Ada barang ditanam orang dikawasan ini"ujarnya,mengeluh berat."Orang sengaja nak aniaya mak aji tu"dia menuding ke satu arah yang menyebabkan angin berpusar disitu.
Dari pusaran angin itu jelas kelihatan mak aji duduk berlunjur kaki dihadapan haji tusip.Sudah lama juga mak aji itu menanggung sakit di sudut hati bagaikan dihiris dengan sembilu tajam.Sudah puas dia berubat dihospital,tetapi penyakitnya tidak dapat dikesan.
Melang menimpa mak aji.Perniagaan kedai runcitnya semakin merosot.Rezekinya seolah-olah tertutup,hinggakan pelanggan yang tidak pernah berhutang pun,kerap kali berhutang.Segala sumber rezekinya menjadi kabur tidak menentu.Dimana silapnya mak aji itu pun tidak tahu.
Setelah puas berubat itulah,jirannya memberitahu mengenai haji tusip dipekan terong ini.
Semacam tidak percaya sahaja mak aji berkenaan apabila diberitahu ada orang menganiaya dirinya,tetapi haji tusip tidak memberitahu sesiapa pun nama orang.Dia sekadar mengingatkan sekiranya sakit cukuplah dengan berubat.Perkara membalas dendam bukan menjadi amalannya.
"Bolehkah ustaz tinggalkan tempat ni?"serba salah lembaga hitam itu mendekati saya."Susah saya nak buat kerja,sampai tak jumpa barang tu"ujarnya mengerling saya.
  Saya tidak menyahut.Lantas saya membacakan surah dhuha,dan mengulagi ayat : Wa wajadaka dha lan fahada,sepuluh kali.Kemudian,ternampak asap hitam pekat berpusar dari bawah pasu bunga ros di penjuru halaman.
  "Cuba gali disitu"saya menudingkan jari kearah asap berpusar hitam itu.
  Tersenyum lembaga disisi saya.Segera dia menyeluk tanah tempat asap hitam pekat berpusar itu,seolah-olah menyeluk kan tangan ke dalam air.Apabila dia mengangkat tangannya,lantas ditunjukkan kepada saya bungkusan kecil sebesar dua jari.Dua batang jarum tercacak menusuk bungkusan kain putih berkenaan.
"Cebisan kain kafan mayat ni,ustaz"lembaga itu memberitahu.Dia kemudian hilang bersama pusaran angin.Tidak sempat saya mengekori dia apabila bahadur tiba-tiba menepuk bahu saya.
"Hah,tengok tu.."haji tusip bersuara keras menyebabkan saya berpaling ke arahnya.
Menggeleng lemah mak aji melihat bungkusan kecil ditapak tangannya yang melorot dari hulu keris yang dipegang oleh haji tusip.Memang bungkusan itulah yang saya lihat diseluk oleh lembaga hitam dibawah pasu bunga dihalaman rumah mak aji.
Selepas mak aji keluar dari bilik berkenaan,bahadur pula masuk dengan menunjukkan nombor gilirannya.Dia meminta izin daripada haji tusip untuk mengajak saya masuk bersamanya.
Baru sahaja saya berdiri di pintu bilik,haji tusip lantas memberi salam.Ketika saya menyahutnya,haji tusip lantas bangun menyambut saya.Dia terus menjabat tangan saya sambil membongkok sedikit.Bahadur menjadi hairan,seolah-olah haji tusip sudah kenal lama dengan saya.
"Alhamdulillah,ustaz sudi datang tengok kami berubat"katanya,terus duduk semula menghadap geluk airnya."Saya tengok ustaz sama membantu tadi"katanya berterus terang hinggakan bahadur mencuit kepala lutut saya.
  "Saya pun dah lama dengar pasal tuan haji ni"ujar saya,tersenyum memerhatikan dia.Pembantu-pembantunya juga hairan apabila haji tusip melayani saya demikian.
"Ini haji wahab"dia memperkenalkan pembantunya kepada saya.
Haji wahab bersalaman sambil tangan kirinya mengenggam limau yang sudah didoakan.Segenggam beras kunyit yang dihulurkan oleh hajah yam kepadanya dibungkusnya dengan kertas.Beras kunyit itu sudah didoakan dengan ayatul kursi sebanyak seratus sebelas kali,untuk digaul dengan garam kasar kemudian di serakkan disekeliling rumah.
"Saya dulu lama sakit lumpuh"beritahu haji wahab apabila saya mendekati dia."Sesudah berubat dengan tuan haji ni,penyakit saya sembuh.Saya pula ikut belajar dengan dia"katanya tersengih-sengih sambil mengenggam erat limau ditangannya.
Selepas mendoakan limau tersebut,haji wahab memberikan kepada seorang pesakit yang bersama menunggu dengan mak aji.Dia juga memberikan beras kunyit yang siap dibungkus dengan kertas.
"Hah,awak ni apa hal pulak?"haji tusip merapatkan silanya.
  "Saya ni orang berniaga"ujar bahadur,perlahan.
"Kalau boleh saya nak dapatkan tender baru"katanya berterus-terang.
  Tergelak besar haji tusip mendengar penjelasan bahadur.Kemudian dia mengerling ke arah saya."Saya bukannya pegawai yang mengeluarkan tender"tegas haji tusip semacam menyindir.
"Bukanlah begitu"cepat-cepat bahadur mencelah.
"Kalau boleh,saya nak minta tuan haji doakan supaya tender tu jatuh ke tangan saya"dia menerangkan.
"Ustaz ni kan ada.."jelasnya,memandang saya.
Tersengih-sengih bahadur.Dia tidak menduga mengapa haji tusip memberitahu demikian.Sepanjang dia mengenali saya,bahadur tidak mengetahui apa-apa pun mengenai diri saya.Dia merasakan haji tusip sekadar berjenaka.
  Dalam masa saya asyik mendengar haji tusip berbual dengan bahadur itu,tiba-tiba bahu saya dipegang orang.Kemudian,saya mendengar suara halus memberi salam.Saya mengangguk dan menyahut salamnya.
"Dia orang dah nak balik tu,ustaz"ujar haji tusip melirik senyum.
  "Siapa yang nak balik?"soal bahadur,terkejut dengan penjelasan haji tusip.
"Ustaz saja yang tahu"kata haji tusip tersengih-sengih.
Ketika ini saya rasa tangan saya digenggam erat.Terpakasalah saya membalas genggaman erat ini.Kemudian,saya rasa leher saya dipeluk dan mendengar bisikan selamat tinggal.
Dalam perjalanan balik pada jam dua pagi itu,bahadur asyik bertanya mengenai siapa yang bercakap dengan saya semasa dibilik haji tusip tadi.Sukar saya mahu menerangkan kepadanya.Nanti dia akan menuduh saya tahayul pula.
Kereta yang dipandu bahadur meluncur laju menuju beruas.Selepas meninggalkan pekan terong,kami melalui jalan berbelok-belok sepanjang dua kilometer.Ketika sampai disatu selekoh,tayar kereta bahadur pancit menyebabkan ia terbabas ditepi jalan.
Berdebar juga hati sekalipun kereta itu tidak merempuh pagar ditepi jalan.Bagaimanapun tergesel juga sedikit bumper hadapan kereta,tetapi tidak lah berkesan apa-apa.Sewaktu bahadur keluar dari kereta,dia terkejut apabila dihadapan kereta seekor ular tedung selar melenggok-lenggok menegakkan kepala.
Cepat-cepat dia masuk semula ke dalam kereta.Mukanya pucat ketakutan.Tergamam dia tidak dapat bercakap sepatah pun.
"Kenapa,bahadur?"soal saya memanjangkan leher memerhatikan ke hadapan kereta.Dia tetap membisu.
Dari kilauan cahaya lampu kereta,saya melihat seekor ular tedung selar dengan perutnya berbintik-bintik mengembangkan leher.Warna kulitnya yang kemerah-merahan itu jelas pada silauan cahaya lampu berkenaan.
Setelah jelas melihat ular tedung selar itu,saya segera membuka pintu kereta.Lantas saya berdiri ditepi jalan membacakan ayat lima puluh satu surah at-taubat,ayat seratus tujuh surah yunus,ayat enam surah hud,ayat lima puluh enam surah al-ankabut,ayat dua surah fathir dan ayat tiga puluh lapan surah al-zumar.
Tiba-tiba sahaja ular berkenaan menyembur ke arah saya.Mujurlah sempat juga saya melompat ke belakang,mengelakkan daripada terkene semburannya.
Terasa juga seram sejuk apabila berhadapan dengan bencana demikian.Mengapa pula perjalanan kami diganggu?.Saya sudah dapat menduga akan gangguan demikian.Dihadapan kereta itu bukanlah lagi seekor ular tedung selar yang garang,tetapi jelmaan yang belum dapat saya jangkakan.
Bagaimanapun bernasib baik juga saya,kerana ular berkenaan tidak menerkam.Ia sekadar tertegak dihadapan kereta dengan leher terkembang.Kebetulan tidak ada sebuah pun kereta melintas ketika ini.Kalau ada kereta melintas,memang saya akan tahan juga.Tentu boleh sama-sama berikhtiar menghalau ular berkenaan supaya ia lari kedalam belukar di tepi jalan.
Disebabkan ular itu tidak juga berganjak,saya meludahnya tiga kali.Kemudian,saya menuturkan perlahan : Kalau ular kau pergi,kalau syaitan kau tunggu di situ.Serentak dengan itu saya menghentakkan tumit ke tanah dan membacakan : Kaf ha ya a'in sad,ha mim a'in sim kaf,diikuti dengan A'uzubillahhi minassyaitanirrajim,tiga kali dan subhanallahi wal hamdulillahhi wala ilahaillah allahu akhbar,tiga kali.
Apabila saya membacakan ayatul kursi sebelas kali,sekaligus ular tedung selar itu menggelupur tidak ketahuan.Dia menghempas-hempas badan di tengah jalan.Ketika ini sebuah lori meluncur dari arah belakang.Terlalu laju lori itu melintas,sehingga saya tidak nampak pemandunya.Lori berkenaan merempuh ke arah ular yang menhempas-hempas badan ditengah jalan aspal itu.
Sebaik sahaja lori itu menghilang disebalik selekoh,saya tidak nampak lagi ular berkenaan.Sama ada digilis atau tidak oleh lori itu,saya tidak tahu.Kalau digilis,tentu ada bangkai ular berkenaan.Kalau lari ke seberang jalan tidak mungkin,kerana tebing disitu tinggi.
  Lori itu pula hanya menghilang apabila melepasi selekoh.Tidak kelihatan pun silau lampunya disebalik selekoh yang berbelok-belok itu.Biasanya boleh nampak sama ada kereta yang datang dari arah hadapan ataupun memotong dari belakang apabila melalui selekoh berbelok-belok itu.
"Bahadur,bolehlah ganti tayar.."saya memanggil bahadur yang terduduk terkebil-kebil mata.
"Ular tadi kemana?"barulah bahadur menegakkan badan pada kusyen,tetapi masih tidak berani keluar dari kereta.
  "Tak tau,agaknya dah dilanggar lori"ujar saya terus kehadapan kereta.Memang tidak kelihatan pun bangkai ular ditengah jalan aspal.
"Mana ada lori lalu?"semakin kehairanan bahadur apabila saya memberitahu ada lori melintas.Dia sendiri tidak melihat apa pun kenderaan melintas disitu.
"Emm,mungkin kita da dikelirukan oleh syaitan"beritahu saya lantas beristighfar beberapa kali.
Teragak-agak juga bahadur mahu keluar dari kereta sambil mencapai lampu suluh di tempat barang.Dia menyuluh keliling dengan lampu suluh yang terang-benderang itu.Memang tidak kelihatan pun bangkai ular dimana-mana.
  Apabila bahadur mahu mengganti tayar yang pancit,tidak ada pula tayarnya yang pancit.Semuanya dalam keadaan baik.Merungut-rungut kecil bahadur dengna keadaan yang menimpanya.Dia semacam percaya dengan tidak akan kejadian tersebut.
"Seolah-olah bermimpi saja,ustaz"keluhnya apabila menghidupkan semula enjin kereta.
Saya tidak menyahut.Hanya bersyukur ke hadrat allah subhanahu wa taala kerana menyelamat kan kami daripada gangguan yang tidak diduga sama sekali.
Subhanallah...

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now