56.Kubur Tok Malim Berlubang

1.9K 30 0
                                    

Sebelum meninggal dunia tol malim udoh telah mengigatkan seorang murid kepercayaannya supaya menunggu dia atas kuburannya selama 7 malam.Tok malim udoh terkenal di kampung periaman sebagai seorang guru agama disamping seorang ahli silat yang terkemuka.Mengapa dia berpesan demikian kepada muridnya samin tidak pula dijelaskan.
TOk malim udoh berpesan begitu ketika dia sedang sakit tenat.Dia hanya dapat berbisik perlahan saja pada samin,hingga tidak ada org lain mendengarnya.Malah anak lelakinya sendiri yang menjadi guru di madrasahnya,Haji mat tahir juga tidak tahu akan pesanan tok malim udoh.
"ingat tu samin..."katanya tenang walaupun nafasnya mulai kencang turun naik."kau jangan takut,duduk lah di atas kuburan tok selama tujuh malam,tok minta sangat tu"ujarnya meramas-ramas tangan samin.
"Insyaallah,tok"sahut samin serba salah.Dia tidak mahu melukakan hati gurunya kalau tidak mahu menerima pesanan tersebut.Tetapi pabila dia sudah bersetuju,hatinya juga tidak keruan.
Mengapa pula dia berseorangan diri mesti menunggu dia atas kubur selama 7 malam?kenapa tok malim udoh tidak meminta haji mat tahir anak nya berbuat demikian?terasa juga dia enggan mahu menerima perintah gurunya itu,tetapi dia merasa seolah-olah berdosa sekira nya tidak memenuhi permintaan tok malim udoh.
"jangan kau tanya apa-apa"tok malim udoh mengigatkan lagi."aku mahu kau duduklah diatas kuburan itu selama 7 malam berturut-turut"jelasnya macam menyimpan satu rahsia.
Mahu tidak mahu samin tetap mengaku setuju untuk menunggu dia atas kuburan.Perintah tok guru adalah tidak boleh dibantah oleh seorang murid yang mahukan berkat dari gurunya.inilah pegangan samin apabila mula belajar dengan tok malim udoh.
"kau takutkah samin?"org tua itu masih mampu tersenyum walaupun dalam keadaan terlalu uzur.
"tidak tok,insyaallah saya akan turutkan perintah tok"ujarnya meyakinkan orang tua itu.
Tok malim udoh tersenyum mendengar jawapan tersebut.Tangan nya meramas-ramas tangan samin dalam genggamanya.Hatinya terasa lapang dengan pengakuan anak muridnya yang sangat dipercayainya itu.
  Setelah tok malim udoh meninggal dunia samin tidak memberitahu sesiapa pun mengenai pesanan gurunya itu.Dia juga tidak memberitahu pada haji mat tahir.
Pada malam pertama kematian tok malim udoh,samin datang ke kubur gurunya sebagai memenuhi janjinya.Dia duduk menghadap kuburan itu dengan membaca surah yassin seperti yang diamanahkan oleh gurunya.Berulang kali dia membaca yassin hingga sampai pada tengah malam.Walaupun terasa mengantuk namun dia tetap tabahkan hati duduk di situ.
Selepas melewati waktu tengah malam dia dibolehkan balik meninggalkan kuburan tersebut.Oleh itu sebaik saja kira-kira pukul 1.00 tengah malam dia pun tidak diberitahu kepada sesiapa sebagaimana amanah dari tok malim udoh
"kemana kau semalam samin?"tanya haji mat tahir semasa bertemu muka untuk sama-sama bersembahyang subuh di madrasah.
"balik ke rumah tok guru.."beritahunya cuba berbohong.
"buat apa balik ke rumah,bukankah kita bertahlil malam tadi"kata haji mat tahir macam terasa kesal kerana murid kepercayaan ayahnya itu macam tidak suka bertahlil bersama-sama untuk mendoakan aruah ayahnya."malam ini tak payah lah balik ke rumah,sama-sama kita bertahlil sampai 40 hari"ujarnya mengigatkan
"insyaallah"sahut samin tersenyum
Serba salah juga dia mahu memberitahu perkara sebenarnya kepada haji mat tahir.Apa yang dilakukan nya sekarang adalah amanah tok malim udoh sendiri,sedangkan bertahlil bersama-sama itu terpulang kepada keikhlasan seseorang saja.kalau dia ade tugas lain yang lebih perlu,tidak penting baginya bersama-sama bertahlil di madrasah.
Sekiranya dia tidak bertahlil di madrasah,orang ramai disitu tidak boleh menganggap dirinya sudah melupakan tok malim udoh.Bila - bila saja dia boleh bertahlil mendoakan tok gurunya,walaupun secara saja.Lagipun tentu mereka semua tidak tahu bagaimana setianya dia dengan tok malim udoh.cuma semua yang dilakukan kepada tok guru itu adalah dirahsiakan.
"tahlil ini kita buat untuk guru"mijano yang berdiri dekat haji mat tahir menyampuk."tidak patut kau tidak bertahlil bersama-sama"katanya mengigatkan teman seperguruannya itu.
  Samin tahu mijano merupakan murid kepercayaan haji mat tahir selepas guru itu mengambil alih mengajar di madrasah semasa aruah tok malim udoh mulai jatuh sakit.Apabila gurunya itu jatuh sakit banyak urusan madrasah tidaklah lagi diserahkan kepadanya,sebaliknya kepada mijano pula.Sebab itu mijano merasakan ketiadaan samin pada malam membaca tahlil itu berpunca darinya.
"marilah bersama-sama kita membaca tahlil malam ini nanti"mijano masih berharap samin akan hadir.Di hatinya tidak berniat langsung untuk memusuhi samin.Lagi pun dia tahu bahawa samin mempunyai pengetahuan yang lebih darinya."aku harap kau taidak hampakan guru kita ni"dia masih belum yakin lagi dengan pengakuan samin.
"insyaallah,aku akan ikut sama"jelas samin tersengih-sengih.
  "insyaallah..."ulangi samin perlahan.
Tetapi samin lebih pentingkan amanat guru dari bersama-sama berkumpul di madrasah membaca tahlil.Dia dikehendaki oleh gurunya supaya menjaga kubur tersebut selama 7 malam.Kalau dia gagal berbuat demikian mungkin aruah tok malim udoh tidak tenteram di dalam kuburnya.
Samin berjaya juga berjaga pada malam keduanya.Dia dapat duduk di atas kubur sambil membaca ayat-ayat yassin dengan tenang,sekalipun diganggu oleh gigitan nyamuk.Hinggalah pada malam ketiga,samin merasakan sia-sia saja menunggu di kubur itu.
Pada fikiranya masakan seorang guru agama sepertinya memerlukan bantuan dari murid sendiri.Selama dia belajar dari tok malim udoh tidak ada pun ajaran salah yang disampaikan kepadanya.Apa pula perlunya dia mesti menunggu kubur itu selama 7 malam dengan membaca surah yassin di situ.
Ketika ini hati samin mula diganggu oleh perasaan yang bukan-bukan,seolah aruah gurunya sengaja mahu memperbodohkan dirinya dengan menjaga kubur itu selama 7 malam.Pada hal lebih baik dia berkumpul bersama lain-lain di madrasah membaca tahlil.
Bagi mempastikan tindakannya itu benar,samin mengambil keputusan melihat kubur itu dari jauh sahaja.Oleh itu dia telah memanjat pokok asam sengkuang tidak jauh dari situ bagi memerhatikan apakah rahsia sebenarnya aruah tok malim udoh menyuruh dia menjaga kuburnya selama 7 malam.
Malam ketiga dia menunggu itu,dia atas pokok asam sengkuang itulah samin duduk.Masa itu kawasan kubur sudah sunyi sepi,tetapi dia masih boleh melihat di tanah samar-samar dari cahaya bulan yang mula keluar apabila hampir tengah malam.Bermakna pada malam itu tidak ada sesiapa pun datang membaca surah yassin di atas kubur tok malim udoh seperti yang diamanahkan kepada samin.
Di dalam kesepian malam itulah samin melihat satu bayang hitam melintas pantas merempuh belukar kubur.Apabila sampai ke atas kubur tok malim udoh dia dapat melihat seekor harimau tetapi berkulit hitam sebesar seekor anak lembu berdiri di situ.
Lama harimau itu berdiri di sisi kubur tersebut kira-kira 15 minit,kemudian berkeliling sebanyak 7 kali.Selepas itu dia melompat dari kaki ke kepala sebanyak 3 kali pula.Kemudia melompat lagi dari kiri ke kanan sebanyak 3 kali juga.Setelah semua nya selesai harimau itu memerhatikan keliling seperti kelakuan manusia untuk mempastikan samada terdapat orang disitu atau tidak.
Setelah yakin tidak ada siapa melihatnya,harimau itu mula mengorek tanah kubur arah dikepala liang lahad.Semua perbuatan yang dilakukan oleh harimau berkenaan disaksikan sendiri oleh samin.Dia terkaku di situ dengan tidak berupaya untuk melakukan sesuatu.Lagi pun dia tidak tahu apakah mesti dibuat,kerana aruah tok malim udoh tidak menerangkan apa-apa usaha patut dibuat kalau melihat kejadian seperti itu.
Malah tok malim udoh sendiri merahsiakan kepadanya mengenai kemunculan harimau tersebut,sekiranya kuburannya tidak di jaga dalam masa 7 malam.Memang samin sendiri merasakan selama 2 malam itu angin dan ribut kencang di kawasan tanah perkuburan sehingga pukul 12.30 malam.ketika itulah dia membaca surah yassin lebih bersungguh-sungguh sampailah angin dan ribut kencang itu reda.Tetapi di luar tanah perkuburan itu tidak pula ada tanda-tanda angin dan ribut kencang melanda kampung.
Sebab itu dia mematikan diri saja melihat kejadian berkenaan.Dia tidak tahu apa patut dilakukan.
Dalam masa dia kebingungan ininlah samin melihat harimau tersebut menarik mayat tok malim udoh dengan kain kapannya sekali.Apabila mayat itu ditarik ke atas,harimau itu membaringkan betul-betul diatas kubur.Kemudian harimau itu melakukan sekali lagi seperti yang dibuatnya mula-mula tadi iaitu berkeliling 7 kali di atas kubur.
Setelah itu melompat 3 kali dari hujung kaki ke kepala mayat,dan diteruskan melompat dari kiri ke kanan sebanyak 3 kali juga.Harimau itu menunggu di kepala mayat dengan meniarap hampir 45 minit barulah kelihatan oleh samin mayat itu bergerak-gerak seperti anak yang baru dilahirkan.
Harimau itu membiarkan saja mayat itu bergerak-gerak sampai habis kain kapanya terbuka.Ketika inilah samin melihat bukan nya tok malim udoh yang keluar dari kapan tadi,sebaliknya seekor harimau yang masih lemah seakan-akan anak harimau yang baru dilahirkan,tetapi tubuhnya tetap besar seperti harimau yang menunggunya di kepala itu.
"astarghrilullah..."keluh samin dari atas pokok asam sengkuang melihat kejadian yang berlaku di depan matanya itu.
  Setelah harimau yang keluar dari kain kapan tok malim udoh keluar dari kain kapan itu barulah harimau yang menunggunya tadi merapatinya.Harimau itu menjilat-jilat seluruh tubuhnya seperti seekor ibu kucing mejilat-jilat anak nya yang baru lahir.Lama dia menjilatnya barulah kelihatan harimau yang lemah tadi boleh berdiri.
Kain kapan yang bersepah-sepah itu dimasukkannya semula ke dalam kubur melalui lubang yang dikoreknya tadi.Setelah itu kedua-dua ekor harimau itu pun beredar dari situ.kemudiannya hilang dalam kegelapan malam.Apabila semuanya berakhir barulah samin turun dari pokok asam sengkuang.
Apabila dia balik ke rumah,samin merasa amat berdosa kepada aruah gurunya kerana tidak memenuhi amanat yang ditinggalkan kepadanya.Dia percaya sekiranya dia melakukan selama 7 malam seperti yang diamanatkan oleh tok malim udoh,sudah tentulah kejadian yang dilihatnya tidak berlaku.Harimau jadian yang mecuri mayat itu tentu tidak akan dapat menghampiri kubur aruah gurunya,kalau dia terus membaca ayat-ayat suci dia atas kubur tersebut.
Terasalah penyesalan di hati samin,tetapi apa boleh buat semuanya sudah berlaku.Dia telah melupakan amanat gurunya semata-mata mahu mengetahui apakah rahsia yang sengaja dirahsiakan oleh gurunya selama ini.Samin benar-benar menyesal kerana tidak dapat menyelamatkan gurunya.
Esoknya sebuah kampung telah menjadi gempar kerana kubur tok malim udoh berlubang pada liang lahadnya kira-kira sebesar lilitan batang pinang.Haji mat tahir hanya mengeluh pendek apabila melihat keadaan kubur ayahnya.Dicuba juga oleh milano menjolok lubang itu dengan sebatang kayum,tetapi hanya kedengaran papan liang lahad saja diketuk.Bagaimanapun haji mat tahir menerima kejadian itu dengan keluhan "subhanallah..."
  Samin tidak menceritakan kepada haji mat tahir mengenai kejadian sebenar yang dilihatnya,serta amant aruah tok malim udoh kepadanya.Dia malu mahu menerangkannya,kerana dia telah merasakan dirinya sebagai seorang anak murid yang tidak mendengar amanat guru sendiri.
Hanya beberapa bulan selepas kematian tok malim udoh,beberapa orang yang mahu bersembahyang di madrasah pada suatu maghrib terkejut kerana melihat seekor harimau duduk di atas tikar sembahyang yang sering digunakan oleh tok malim udoh.Harimau itu duduk membelakang seakan-akan tok malim udoh sendiri duduk disitu seperti lazimnya dia sedang wirid.
Perkara itu diberitahu kepada haji mat tahir.Tuan guru itu menghampiri harimau berkenaan.Dia terkejut apabila harimau itu merenug mukanya dengan air mata berlinang.Setelah ditatap beberapa minit,haji mat tahir mengenali bahawa harimau itu adalah jadi-jadian dari ayahnya sendiri.
"subhanallah..."bisik haji mat tahir menahan kesedihan.
  Harimau itu mengangguk,seolah-olah sama seperti aruah tok malim udoh mengangguk.Matanya terkelip-kelip memandang haji mat tahir macam meminta izin untuk duduk disitu.Mulai hari itu di situlah dia duduk,dan kalau dilihat dari belakang betul-betul sama macam aruah tok guru udoh sedang berwirid atas sejadah nya.
Setelah lebih 2 minggu harimau berkenaan duduk di madrasah,tidak ramai lagi orang berani datang bersembahyang di madrasah.Mereka takut dengan kejadia tersebut,walaupun milano memberi penjelasan akan harimau tersebut ialah jadi-jadian dari aruah tok malim udoh.Harimauitu tidak menganggu sesiapa,tetapi dia datang untuk kembali wirid di sejadah berkenaan.
Pada suatu malam haji mat tahir dan milano datang ke madrasah untuk menunaikan sembahyang sunat istiharah,dia mendengar orang menangis terisak-isak.Pada mulanya dia menyangka harimau yang duduk di sejadah ayahnya itu menangis.Tetapi apabila dia naik ke madrasah didapatinya samin sedang menbongkok diatas pangkuan harimau sambil menangis.
"maafkan saya tok guru,saya tak tunaikan amant"dia tersengguk-sengguk menahan perasaan sebak.
Harimau itu mengeleng-gelengkan kepala sambil tanganya mengusap-ngusap kepala samin.Dia macam mahu bercakap,tetapi suaranya tidak keluar.
"saya lihat sendiri apa yang telah berlaku pada tok guru"kata samin lagi masih membongkok di depan harimau tersebut"kalau saya teruskan amanat tok guru membaca yassin di atas kubur tok guru selama 7 malam,tentu tok guru tidak menderita begini"samin kian terharu melihat perubahan jasad tok gurunya itu.
Harimau itu menangis tersengguk-sengguk macam mengerti apa yang diucapkan oleh samin.Dia menepuk-nepuk belakang samin seolah-olah menyuruh bersabar.Kelakuan mereka berdua itu disaksikan oleh haji mat tahir dan mijano.Segala kata-kata samin juga mereka dengar.
Barulah mereka tahu bahawa samin tidak datang sama membaca tahlil disebabkan pergi ke kubur tok malim udoh.Disebabkan desakan mereka yang kuat supaya datang bertahlil di madrasah menyebabkan samin terpaksa meninggalkan kubur tok malim udoh pada malam keempat,untuk datang bersama-sama tahlil di madrasah.Ketika inilah mereka berdua datang menerpa.
"kami yang salah tok guru,kami yang mendesak samin supaya datang bertahlil di madrasah."Mijano pula datang merebahkan diri di depan harimau berkenaan.
Harimau itu tidak berkata-kata,tetapi air matanya bergenang banyak.Dia mengangkat kedua-dua tangan nya seolah-olah meminta jangan dikesali lagi segala apa yang telah berlaku.
"mengapa ayah tak beritahu rahsia ini pada kami?"Haji mat tahir pula berlutut depan harimau tersebut.
Harimau itu mengeleng-gelengkan kepala saja.Air matanya tetap mengalir tidak dapat ditahan-tahan.Sekali sekala mulutnya terbuka juga seperti mahu berkata-kata,tetapi suaranya tidak ada.Dia juga tidak mengaum seperti harimau,tetapi terdengar keluhan saja.
Mereka bertiga duduk dia situ menghadapi harimau berkenaan.Mereka tidak merasa takut kerana di depannya adalah tok malim udoh.Walaupun jasadnya sudah bertukar,namun mereka tetap menghormatinya sebagai tok malim udoh juga.Mungkin ada diantara ilmu-ilmu tuntutan tok malim udoh yang bersalahan dari segi agama islam,masih dipakainya sebelum meninggal dunia.Inilah kesan yang diterimanya,kerana itulah juga dia meminta samin membacakan surah yassin di atas kubur nya selam 7 malam berturut-turut
Samin pula disebabkan bimbang dituduh oleh mijano sebagai irihati kerana mula diketepikan oleh haji mat tahir,terpaksa meninggalkan amanatnya semata-mata untuk menghadirkan diri di madrasah untuk sama-sama membaca tahlil,bagi menjaga hati hati mat tahir dan mijanolah dia terpaksa meninggalkan amanat itu.
Sehingga hampir subuh barulah harimau itu bangun dan meninggalkan kawasan masjid.Tidak ada apa-apa yang dapat mereka cakapkan kerana harimau itu tidak boleh bercakap.Bagaimanapun dia tahu apa yang dicakapkan.Peristiwa gurunya bertukar menjadi harimau selepas kematiannya ini sentiasa mengganggu perasaan samin.
Manakala orang-orang kampung yang sering datang ke madrasah haji mat tahir pula tidak berani lagi datang ke madrasah,disebabkan harimau berkenaan sentiasa duduk saja di atas tikar sejadah yang pernah digunakan oleh tok malim udoh.Meraka takut bukan disebabkan gangguan tetapi jelamaan seperti itu membimbangkan.Adalah mustahil orang yang sudah mati dan dikebumikan boleh hidup semula menyerupai seekor harimau.
Sebenarnya tidak ada yang mustahil kalau dikehendaki allah.Yang kita lihat hanya dari segi zahir saja,sebaliknya kita tidak tahu apakah hikmah maka allah jadikan demikian.
Setelah memikirkan madrasah nya selalu kosong disebabkan harimau itu sentiasa ada di dalam madrasah,akhirnya haji mat tahir mengambil keputusan meminta harimau itu jangan datang lagi ke situ.Haji mat tahir lebih mengutamakan murid-murid dan orang kampungnya memenuhi madrasah,daripada seekor harimau jelmaan dari ayahnya.
Oleh itu selepas menunaikan fardhu isya' haji mat tahir bersama mijano dan samin datang mendapatkan harimau berkenaan.Seperti biasa harimau itu tunduk sambil beratib sama seperti dilakukan oleh aruah tok malim udoh ketika wirid dan berzikir dia atas sejadah nya.Kelakuan dan tabiat harimau itu juga sama seperti kelakuan dan tabiat tok malim udoh.
"ayah..."kat haji mat tahir terharu.Dia tertahan-tahan mahu meneruskan kata-katanya,kerana tidak tergamak untuk mengeluarkan kata-kata tersebut,harimau itu berpaling memandangnya.Matanya berkelip-kelip bagaikan menyuruh haji mat tahir terus bercakap.
"orang-orang di sini takutkan ayah,sampaikan mereka tidak berani datang berjemaah lagi di madrasah ni"beritahu haji mat tahir.
"kami bukan nak menghalau ayah,tetapi ada baiknya ayah jangan datang lagi ke sini kalau ayah benar-benar sayangkan madrasah ini"katanya menahan kesedihan sambil tangannya memaut bahu harimau.
Harimau itu mengangguk-anggukkan kepala.Kemudia berpaling kepada mijano dan samin.Airmatanya berlinang menandakan kesedihan merusuh di hatinya.
"kami semua sayang kan ayah..."jelas haji mat tahir
"tapi apa boleh buat,dunia kita tidak sama.Ayah tidak lagi ada di dunia kami,jadi baliklah ayah ke dunia ayah dengan aman.akmi semua akan mendoakan ayah dari sini,insyaallah,"kata haji mat tahir lagi.
Harimau itu mengangguk-anggukkan kepala juga.Dia memahami apa yang dicakapkan oleh haji mat tahir.Bagaimanapun mereka bertiga dapat melihat kesedihan di muka harimau tersebut.Dia seolah-olah tidak mahu berpisah dengan madrasah yang pernah dibinanya itu.Tetapi masyarakat kampung sudah tidak dapat menerimanya lagi.Dia bukan lagi tok malim udoh yang sebelum ini dimuliakan oleh masyarakat kampung.tetapi jasadnya sudah sama sekali berubah.Dia tidak dapat kembali kepada kedudukan asalnya.
  "marilah kami hantar ayah balik ke hutan"ujar haji mat tahir perlahan.Hiba juga hatinya dengan nasib yang menimpa aruah ayahnya.
Dengan tidak membantah harimau itu bangun berdiri,kemudian berjalan menuju ke pintu dengan diiringi oleh haji mat tahir,mijano dan samin.Mereka bertiga terus menghantar harimau tersebut sampi ke tepi hutan.Di situlah mereka berpisah dengan perasaan terharu.
  Samin mengambil kesempatan dengan memeluk leher harimau itu.Dia menangis semasa mahu melepaskan harimau itu pergi,kerana dia tahu harimau itu adalah jelmaan gurunya aruah tok malim udoh.
"maafkan saya tok guru kerana mengabaikan amanat tok guru,sehingga tok guru menerima nasib begini"kata samin dalam sedu sedan.Harimau itu hanya menepuk-nepuk belakang samin.Dia dapat merasakan air mata hangat harimau berkenaan menitik atas bahunya.
"saya pun minta maaf ayah,saya tak berniat nak menghalau ayah"haji mat tahir memeluk dan mengucup dahi harimau tersebut.
"tok guru maafkan saya,kerana perbuatan saya menyebabkan samin tak meneruskan amanat tok guru"ujar mijano menyatakan kesanya yang tidak berkesudahan.
  Harimau itu tidak menyahut apa-apa.Tanganya saja menepuk-nepuk menyuruh mereka bersabar,kerana kejadian yang sudah berlaku tidak guna dikesalkan lagi.Malah samin lah yang benar-benar bersalah dengan apa yang menimpa ke atas bekas gurunya itu.
Sejak malam itu tidak ada lagi harimau tersebut datang ke madrasah.Orang-orang kampung pun mulai berani datang berjemaah di situ.Kebimbangan mereka terhadap harimau jelmaan itu mula pudar dari ingatan.
Sementara samin mula merasa tidak senang hati tinggal di kampung.Perasaan bersalah pada gurunya terus menganggu jiwanya.Dia yakin sekira dia mematuhi amanat gurunya,tentulah tidak berlaku kejadian yang dilihat di depan matanya sendiri.Tetapi dia merahsiakan apa yang dilihatnya,sekalipun pada haji mat tahir.Biarlah dia sendiri menyimpan rahsianya itu.
Apabila mengenangkan kembali akan rahsia tersebut,samin mula memikirkan apakah dirinya juga akan mengalami seperti apa yang dialami oleh aruah gurunya itu.Apakah dia akan dicari oleh harimau jelamaan tersebut,kerana ilmu yang dituntutnya adalah dari tok malim udoh sendiri?dia juga tidak tahu adakah gangguan harimau jelmaan ini dari ilmu yang dituntut dari usul keturunan?
Kerana gangguan inilah yang menyebabkan samin meninggalkan kampung halaman.Mula-mula dia menuju ke pekan baru,lantas ke dumai.Di sana ada seorang kawanya yang berasal dari batu sangkar mengajaknya menyeberang tanah melayu.Katanya di tanah melayu ketika itu perintah inggeris lebih baik dari perintah belanda.
  Bersama dengan kawannya itulah samin menyeberang ke tanah melayu dan naik ke benut,johor.Dari sana dia mengembara lagi sehingga sampai ke batu pahat,lalu kota tinggi.Samin terus mengembara lagi ke endau sehingga dia berkahwin di sana.Sementara kawanya pula berpisah ketika di kota tinggi,kerana menuju ke singapura.Selepas itu mereka berdua putus hubungan,kerana kawan nya itulah tok aji iaitu datuk saya.
  Samin ini lah dicerita oleh tok aji kepada saya,yang sama-sama datang dengannya dari sumatera.Dari singapura tok aji mengembara pula ke semenyih sebelum datang ke kampung saya sekarang.Dari panduan nya lah saya mencari samin ke kota tinggi dan bertemu dengannya di endau.
Saya bertemu dengan wak samin dalam usianya sudah hampir 100 tahun.Dia menceritakan kembali sejarah hidupnya kepada saya,semata- mata mahu melarikan diri dari keadaan yang menimpa ke atas aruah gurunya.
"tetapi,tol aji datuk saya sudah lama meninggal dunia"beritahu saya.Wak samin mengesat air mata nya yang bergenang air bila mengigatkan kembali tok aji,rakannya yang sama datang berdagang dari tanah seberang.

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now