Tatkala mencangkul di tanah belakan rumah terkejut hasan debeng apabila terdengar belukar seduduk berhampiran dirempuh kuat.Cepat-cepat dia berpaling menghadap ke arah belukar senduduk yang bergegar kuat.Bimbang juga hasan debeng kalau harimau kumbang menyusup disitu mencari mangsa,tentu geruh juga dia kalau tidak mencari tempat berlindung.
Lainlah kalau ucu sidin memang kemahirannya sama macam arwah datuknya mail tagan boleh jinakkan harimau ganas di tengah hutan.Sudah beberapa kali orang kampung terserempak ucu sidin menghalau harimau belang balik semua ke hutan apabila menghendap kambing ternak di pinggir bukit.
"Kalau nak cari makan pergi masuk ke hutan"jerkah ucu sidin menuding jari memberi perintah.
Sekali gus pula harimah berkenaan melompat tidak membantah apa-apa.Tetapi hasan debeng sekadar dengar orang-orang kampung bercerita sahaja mengenai kemahiran ucu sidin.Belum pernah dia terserempak ucu sidin menghalau harimau belang tengah berselera mahu menangkap kambing ternak.Apa lagi ucu sidin berpindah ke tanah felda,memang hasan debeng tidak melihat ucu sidin berdepan dengan harimau.
Sekiranya buaya mengganas menyambar lembu ternak meragut rumput di tebing sungai,ucu sidin juga terjun ke sungai sama macam arwah mail tagan.Dalam masa beberapa minit sahaja buaya akan terjongol dipermukaan air.Tidak bertangguh buaya tersebut bercempera lari sampai berdecau-decau air di tengah arus.
Ketika ini ucu sidin juga pantas meranduk arus laksana mengejar anak kucing ditengah rumah.Seisi kampung tahu memang buaya ganas ditengah arus tidak akan dapat lari kemana asal sahaja ucu sidin sudah terjun ke air.Lainlah kalau buaya berkenaan sekadar terjonggol di permukaan air,tentu ucu sidin akan perintahkan berundur jauh dari kampung.
""Kamu cari makan di tempat lain"seru ucu sidin mengepal tanah tebing tiga genggam,kemudian dilontarkan ke tengah arus.Selepas dilontar tanah kepal itu oleh ucu sidin nescaya berbulan-bulan seisi kampung tidak akan terserempak kelibat buaya menjongol kepala di permukaan sungai.
Hingga ucu sidin berpindah ke felda pun memang hasan debeng tidak pernah terserempak ucu sidin mencekak tengkuk buaya diheret naik ke tebing.Dia sekadar mendengar cerita mereka yang tua-tua sahaja mengenai keberanian ucu sidin.Sebab itu berdebar sangat hatinya apabila mendengar belukar senduduk dibelakang rumahnya dirempuh kuat.
Kalau harimau kumbang menjengah muka tentu tidak sempat dia menghunus parang mengibas pantas.Setidak-tidaknya dia akan cedera juga kalau diterkam harimau kumbang disebabkan tidak dapat mengelak.Cepat-cepat hasan debeng mencari rumpun pisang berlindung sekiranya binatang itu mahu mencari geruh.
Dari sebalik rumpun pisang itulah hasan debeng ternampak seekor babi menyondol perdu rumpun senduduk ditepi kebun pisang.Memang dia nampak jelas binatang itu tertonggeng dengan kepalanya tertumus ke tanah.Serba salah juga hasan debeng mahu menyerbu kerana bimbang babi berkenaan akan menyerang balas.
Tahu sangat dia babi terluka akan menyerbu tidak peduli siapa.Asal sahaja melintas di depannya akan disondol tidak bersisa.Apa lagi taring babi panjang sejengkal akan tertusuk dipangkal peha lantas dimamah macam mengunyah batang pisang juga.Sebab itu hasan debeng diam kan diri sahaja selagi binatang itu tidak mengganggu.
Lama menyondol-nyondol perdu rumpun senduduk babi itu berpaling ke belakang.Ketika menyeringai gigi hasan debeng nampak sumbi emas berkilau disinar cahaya matahari petang pada mulut babi berkenaan.Mengeluh panjang hasan debeng disebabkan tidak pernah seumur hidupnya dia melihat babi bersumbi emas.
Tetapi babi tersebut bagaikan jinak sangat hingga tidak terbebar apa-apa setelah dijerkah hasan debeng.Sengaja hasan debeng gegar pokok pisang disisinya biar babi berkenaan terkejut sebelum menyusup lari ke tengah belukar.Puas digegar pokok pisang oleh hasan debeng,babi tersebut sekadar menyeringai tunjukkan sumbi emas pada giginya.
"Aku tak mahu cederakan kamu,baliklah ke tempat kamu"tutur hasan debeng menyembunyikan kebimbangan hatinya kalau-kalau binatang itu akan menerkam ke arahnya.
Bagaikan memahami tutur kata hasan debeng babi bersumbi emas itu terkedek-kedek perlahan meninggalkan belukar senduduk.Lantas sahaja babi itu menyusur ditepi kebun pisang hasan debeng menunduk kepala tidak menoleh ke kiri ke kanan.
Terkekeh-kekeh usin deraoh ketawa mengejek hasan debeng apabila diberitahu mengenai babi bersumbi emas menyondol tanah dikawasan kebun pisangnya.Tentu hasan debeng keliru dengan kilauan taring babi berkenaan disilau cahaya matahari menyebabkan dia menuduhnya bersumbi emas.
"Hah,dah keluar baliklah ia"gerutu ucu sidin tatkala hasan debeng jelaskan kejadian dia terserempak babi bersumbi emas yang menyondol-nyondol tanah berhampiran kebun pisangnya."Lama jelmaan babi tu tak nampak kelibat"ujarnya mengeluh pendek seolah-olah terlalu kesal.
Bukan hasan debeng sahaja yang terserempak,malah ucu sidin juga pernah ternampak kelibat babi berkenaan.Tetapi semenjak dihalau oleh ayahnya pawang lamid bertahun-tahun orang kampung tidak bersua lagi babi berkenaan menyondol-nyondol.Selepas kematian sepinah kerapkali orang-orang kampung nampak babi tersebut merayau-rayau di halaman rumah wak dinang.
Tetapi tidak lama kemudian apabila wak dinang meninggal dunia hanya sekali sekala sahaja mereka melihat babi tersebut merayau-rayau dikawasan tanah perkuburan.Apabila diburu cepat-cepat ia menyusup ke tengah belukar menerpa ke arah kubur sepinah.Kemudian babi bersumbi emas itu hilang entah kemana.
Sebab itu mail tagan ingatkan orang-orang kampung supaya tidak diganggu babi tersebut.Tidak berguna apa-apa sekiranya diburu juga babi tersebut kalau bimbang akan cederakan orang-orang kampung.Hanya semasa pawang lamid sahaja dia hampiri babi berkenaan tatkala menyondol-nyondol di perdu rumpun pisangnya.
Tidak bergerak babi bersumbi emas sebaik sahaja pawang lamid mendekatinya.Tigak kali pawang lamid bacakan al-fatihah lantas dia menyeru."Baliklah ke tempat uda sepinah,anak cucu tak akan ganggu."
Lantas sahaja babi berkenaan menyeringai menunjukkan sumbi emas nya berkilau disilau cahaya matahari memancar,kemudian terkedek-kedek ia menyusur belukar terus menyusup menuju ke arah tanah perkuburan.Semenjak itu memang lama orang-orang kampung tidak melihat lagi babi bersumbi emas itu merayau-rayau tidak menentu.
Apabila diberitahu hasan debeng pasal babi bersumbi emas menyondol tepi belukar kebunnya, memang ucu sidin tidak terkejut apa-apa.Dia tahu arwah ayahnya pawang lamid tetap kenang kejadian yang menimpa embah garut bertukar menjadi nyanyuk.Pawang lamid sendiri mendengar embah garut beritahu dia terjatuh tangga akibat ditolak sepinah.
Merungut juga embah garut tatkala wak dinang desak juga mahu gadaikan subangnya semata-mata memenuhi kemahuan sepinah tempahkan sumbi emas.Disebabkan embah garut berkeras tidak mahu subangnya digadaikan,lantas sahaja sepinah menjadi berang.Sengaja ditolak emak mentuanya dari kepala tangga tatkala orang tua itu turun mahu ke telaga mengambil wudhuk zohor.
Kalau tidak disebabkan pawang lamid melintasi halaman rumahnya,sudah tentu siapa pun tidak tahu pasal embah garut jatuh tangga.Cepat-cepat pawang lamid papah nenek saudaranya naik ke rumah.Tetapi sengaja embah garut rahsiakan daripada wak dinang pasal dia ditolak sepinah dari kepala tangga.
Tidak lama selepas itulah embah garut serahkan juga subangnya biar digadaikan oleh wak dinang.Dia tidak membantah apa-apa sekiranya sepinah berkeras juga mahu tempah sumbi emas.Tatkala terkejang sakit di rumah mail tagan,tiba-tiba sahaja penyakit nyanyuk embah garut pulih hingga dia boleh ingat semua kejadian yang menimpa dirinya sebelum itu.
"Dulu-dulu memang selalu ia keluar"ulangi ucu sidin terharu apabila kenang kejadian yang menimpa embah garut seperti diberitahu oleh arwah ayahnya pawang lamid.
Tetapi pawang lamid tidak ungkit apa-apa mengenai jelmaan babi bersumbi emas selepas kematian sepinah itu.Manalah dia tahu pasal babi bersumbi emas yang tiba-tiba sahaja terjongol menyondol-nyondol di tanah di tengah halam rumah wak dinang.Apabila diberitahu mengenai babi berkenaan wak dinang terpinga-pinga kerana tidak melihat apa-apa di tengah halaman.
Sekali sekala orang-orang kampung terserempak juga wak dinang bercakap sendirian memerhati ke tengah halaman.Kadangkala dia tersengih-sengih melambai tangan bagaikan ada tetamu di situ.Ketika inilah mereka nampak babi bersumbi emas itu mendongak pada tangga rumah.
"Kalau begitu babi tu,tentu babi jelmaan"segera hasan debeng menghela nafas apabila kenang babi bersumbi emas bagaikan binatang jinak tidak menganggu apa-apa.
"Entahlah,mana aku nak tahu"sahut ucu sidin sukar mahu menerangkan perkara tidak terjangkau oleh akal fikiran.
"Tak apalah,asalkan tidak cederakan orang"tutur hasan debeng perlahan yakin babi tersebut tidak akan menyerang sesiapa.
"Macam mana pun kene berhati-hati juga"lantas utih deraoh ingatkan supaya berjaga-jaga sekiranya terserempak.Sekali pun dia tertawakan hasan debeng,namun jauh dilubuk hatinya dia juga teringin mahu melihat babi bersumbi emas itu.
Perkara babi jelmaan yang dilihat hasan debeng tidaklah menghairankan sangat pada utih deraoh.Dia sekadar berasa lucu apabila dikatakan babi berkenaan bersumbi emas hingga nampak berkilau apabila disilau cahaya matahari.Apa lagi apabila kenang orang tua-tua beritahu mengenai babi tunggal ditengah hutan tidak lut kalau ditembak sekali pun sekiranya ada kalung tersangkut pada leher binatang berkenaan.
Siapa yang berani menghendap babi tunggal tengah turun meneguk air di bawah jeram?Utih deraoh hanya diberitahu babi berkenaan tidak akan kalung tatkala tunduk meneguk air.Kalung berkenaan akan disangkutkan pada dahan anak kayu.Ketika ini siapa yang dapat larikan kalung babi tunggal itu nescaya tidak lut terkene senjata besi.
Tetapi siapa berani menghendap tengah belukar tatkala babi tunggal turun meneguk air?Manalah tahu belum sempat mencapai kalung berkenaan tiba-tiba sahaja babi tunggal itu menerkam.Sedangkan pemburu cina yang mahir memerangkap babi hutan pun tidak berani lepaskan tembakan sekiranya babi tunggal melintas.
"Tak lut senjata besi pun,mati juga"ujar malik tekih apabila utih deraoh tersengih-sengih beritahu mengenai kalun di leher babi tunggal itu.
Sebab itu malim tekih ingatkan pasal bapa saudaranya uci santang mati ditusuk benet jepun setelah beberapa kali ditembak tidak terjejas apa-apa.Memang uci santang tidak lut sekali pun dadanya ditusuk bebet.Marah sangat tentera jepun setelah berkali-kali ditusuk benet langsung tidak melukai kulit uci santang.
Apabila ditenggengkan oleh tentera jepun lantas duburnya ditusuk dengan benet menyebabkan uci santag menggelepar dengan darah mengalir pada mulut dan hidungnya.Lantas malim tekih ingatkan utih deraoh perkara kebal macma uci santang pun tidak boleh menyelamatkan diri.
"Amalan dunia dan akhirat yang boleh selamatkan diri"malin tekih tetap kenang ingatkan tok aji ketika mula-mula bertemu di endau dirumah bapa angkatnya wak sarmin.
Siapa menyangka uci santang juga tewas apabila duburnya ditusuk jepun dengan bebet?Sebelum dia berpindah ke lubuk sakaping memang seisi kampung tahu mengenai kehandalan bapa saudaranya tidak lut ditusuk senjata besi.Tidak perlu lagi dia bacakan jampi serapah setelah sebati dengan dirinya setiap kali menyeru : Besi tumpul besi lilan,besi bernyawa tidak berisi,kehendak lawan diriku,aku tahu asal kau jadi,bukat kalbu baku datang dari hak,aku pun datang dari hak,tempat permulaan kita,tempat kediaman kita,dalam kalimah serta bersaksi,hu..
Lama juga uci santang tinggalkan kampung halaman berjaja ubat hingga sampai ke jambi.Memang malim tekih tidak peduli sangat dengan bapa saudaranya disebabkan jarang jengah balik ke kampung.Dia sekadar dengar mengenai uci santang berjaja ubat dengan tunjukkan permainan menyembelih anak sendiri.
Tatkala dia berjaja ubat ditepi jalan lantas uci santang baringkan anaknya berumur lima tahun dengan ditutup kain hitam.Apabila disembelih anaknya orang ramai melihat anak kecil itu menggelepar dengan darah menyimbah.Mereka melihat mata parang terbenam pada leher anak kecil itu.
Hampir lima belas minit anak kecil itu terkaku,dia akan bingkas bangun apabila uci santang membakar kemenyan.Dia asapkan kepala anaknya dengan kemenyan tatkala anak kecil itu bangun menyapu bekas darah yang melekat pada lehernya.Tidak bertangguh pula mereka yang menonton pertunjukan uci santang akan hulurkan wang kepada anak kecil berkenaan.
Dimana-mana sahaja uci santang mengadakan pertunjukan berjaja ubat,memang mereka yang berkeliling melihatnya cemas.Sekali pun uci santang akan berlegar-legar beritahu dia sekadar mencari rezeki dengan pertunjukannya,tetapi mereka yang menyaksikan sentiasa berdebar hati.
Sebab itu bapa mentua uci santang berkali-kali memujuknya supaya tidak gunakan kepandaian demikian mencari rezeki.Tetapi uci santang tidak peduli apa-apa disebabkan kemahirannya tidak bermakna kalau disembunyikan.Apalah salahnya dia buat pertunjukan dengan menyembelih anak hingga penonton-penonton menjadi cemas tidak ketahuan.
Manalah boleh berjaja ubat kalau sekadar memekin-mekin ditepi jalan sekiranya tidak ada pertunjukkan untuk perhatian orang ramai.Dia sekadar buat pertunjukan biar orang ramai datang kerumun.Perkara mereka mahu beli ubat-ubatnya atau tidak bukan penting sangat setelah masing-masing melihat pertunjukan demikian.
Tentu mereka sanggup hulurkan duit semata-mata kasihankan anak kecil yang disembelih sekali pun tidak mahu membeli ubat-ubat yang dijajanya.Ketika membuat pertunjukan di tepi jalan berhampiran pasar,uci santang menyuruh anaknya memukul gendang kecil biar orang ramai datang berkerumun.
Suara uci santang lantang memberitahu mahu buat pertunjukan menyembelih anak kecil itu.Mereka yang pernah menyaksikan persembahan uci santang sudah tahu bagaimana anak kecil itu disembelih hingga terbaring kaku sampai 15 minit.Setelah diseru beberapa kali barulah anak kecil yang terkejang itu gerakkan tangannya,kemudian perlahan-lahan bingkas bangun.
Sudah berkali-kali uci santang membuat pertujukan berjaja ubat dengan memperagakan ular bisa buat permainan,tetapi tidak ramai penonton berkerumun.Manalah boleh menarik perhatian kalau takat bermain ular-ular bisa yang sering mereka temui di mana-mana.
Apa sangat ular tedung selar yang boleh melonjak hingga tubuhnya tegak dengan ekor cecah ke tanah.Sebab itu mereka tidak peduli apa-apa sekiranya uci santang bermain ular-ular bisa tatkala berjaja ubat.Setelah lama tidak dapat berjaja ubat lantas sahaja uci santang mencuba pertunjukan menyembelih anaknya itu.Memang dimana-mana pun penonton berkerumun datang menjengah apabila dia buat pertunjukan demikian.
Ketika anaknya disembelih dibawah tutupan kain hitam,berkali-kali uci santang beritahu dia sekadar mencari rezeki.Tidak terniat padanya mahu bandingkan kepandaian ilmu dengan penduduk tempatan disitu.Sekali pun seisi kampung tahu mengenai ketangkasan uci santan menangkap ular bisa ditengah belukar,atau kulitnya tidak lut ditusuk senjata besi namun dia tidak mahu peragakan kepandaian.
Dalam masa tentera jepun menceroboh masuk,uci santang tidak rela tunduk dengan kemahuan mereka.Sebab itu dia sanggup ditawan hingga diikat tangan setelah dituduh menentang jepun.Memang dia tidak akan menyerah kalah apabila kampung halamannya diceroboh sesuka hati.
"Uci santang memang berani"tutur malim tekih perlahan menahan keharuan yang menyebak di dada.Beberapa kali dia mengesat pelupuk mata asal sahaja menatap muka saya tatkala kenang kejadian yang menimpa bapa saudaranya itu.
Dia sanggup mengembara tinggalkan kampung halaman semata-mata berjaja ubat-ubat ramuan sejak turun temurun hingga ke jambi.Ketika membuat pertunjukan menyembelih anak ditepi jalan berhampiran pasar,hatinya menjadi berdebar apabila anaknya yang terkejang tidak bingkas bangun.
Beberapa kali diseru oleh uci santang namun anaknya tidak juga bergerak.Mereka yang berkeliling menonton tidak menyangka apa-apa tatkala anak kecil yang disembelih tidak bangun seperti kebiasaannya.Tetapi uci santang tetap tenang dengan keadaan demikian getir setelah menyedari dirinya diuji orang.
Perlahan-lahan uci santang membuka beg yang dibawa bersama lantas mengeluarkan sebilah badik tidak berhulu.Diletakkannya badik berkenaan diatas dada anaknya yang terkejang dibawah tutupan kain hitam.Kemudia dia mengikat kepalanya dengan kain merah,disamping pinggang nya juga diikat kain merah juga.
Lantas uci santang berjalan berkeliling dengan matanya melingas-lingas ke kiri dan ke kanan.Dia melekapkan dua tapak tangan ke dada terus bersuara perlahan.
"Ibu-ibu dan bapak-bapak"terharu benar uci santang apabila diuji demikian tatkala merantau jauh dari kampung halaman."Saya sedar mencari rezeki,kalau ibu-ibu bapak-bapak tersinggung saya minta maaf"dia menambah sambil mengisar tumitnya tiga kali ke tanah.
Penonton yang berkeliling mula merasakan kegelisahan hati uci santang disebabkan beberapa kali dia meminta maaf sekiranya pertunjukan yang dibuatnya menyinggung perasaan mereka.Tetapi masing-masing tidak tahu apa sebenarnya sudah berlaku keatas anak kecil yang disembelih itu.
"Saya tahu ada orang yang mahu menguji saya"tuturnya mengusap muka tiga kali terus dihembuskan ke udara.
"Saya pinta dari hujung rambut ke hujung kaki,bebaskan anak kecil ini"katanya lantas mengasapkan kepala anaknya dengan kemenyan.
Tiga kali uci santang merayu supaya anak kecil yang terkejang disembelih itu dipulihkan,tetapi anaknya tetap tidak bergerak apa-apa.Uci santang menyeluk dalam beg kulitnya terus mengenggam tukul jagung kering.Kemudian dicapainya tongkat buluh tumpat lantas ditugal ke tanah hingga berlubang.Dia merepih ketul jagung ditangannya,kemudian di tanam pada tanah yang siap ditugal.
Dalam masa beberapa minit sahaja ketul jagung yang ditugalnya tumbuh laksana cendawan busut.Cepat sahaja sagung yang ditanam tumbuh hingga tepi jalan itu menjadi seperti kebun dipinggir hutan.Terkejut mereka yang menonton berkeliling apabila kawasan berhampiran pasar itu tiba-tiba sahaja menjadi kebun jagung.
Ketika mereka terpinga-pinga itu beberapa orang perempuan terjerit sebaik sahaja melihat seekor babi meranduk kebun jagung menyondol-nyondol muncung ke tanah.Beberapa orang yang tercegat berdiri segera memanggil pemburu menghambat babi berkenaan kerana bimbang akan cederakan mereka yang ramai dipasar.
Tidak bertangguh pemburu yang dipanggil membedek dengan senapang hingga babi berkenaan tergolek akibat ditembusi peluru.Apabila pemburu berkenaan mahu terus menembak segera dihalang oleh uci santang.Dia sendiri terkejut apabila tiba-tiba sahaja pemburu membawa laras senapang menembak babi yang menyondol-nyondol muncung dalam kebun jagung.
Sebaik sahaja babi yang ditembak tergolek berlumuran darah,anak kecil yang terkejang tiba-tiba bingkas bangun.Dia terpinga-pinga apabila melihat kebun jagung dihadapannya dengan seekor babi bergolek berlumuran darah.
"Kamu nak tunjuk pandai,santang"semakin terkejut mereka apabila babi yang menggelepar itu bersuara terketar-ketar.
"Saya tidak tunjuk pandai,tapi saya minta jangan uji begini"tegas uci santang mengemas barang-barang yang dijajanya.
Setelah uci santang tinggalkan kawasan pasar bersama anaknya,kebun jagung yang menghijau sekali gus kering reput macam dibakar.Sebaik sahaja rumpun jagung hilang dipuput angin,babi yang bergoleh bertukar pak tuban yang tertiarap dengan dada berlumuran darah.
Semenjak kejadian yang mengharukan perasaannya itu,uci santang tidak mahu lagi jejak kaki ke jambi.Dia juga mengambil keputusan tidak mahu lagi berjaja ubat sampai tinggalkan kampung halaman.Biarlah dia kembali menajak sawah bendang bersama keluarganya yang sekian lama bermandi keringat ditengah sawah.
"Tapi,babi pak tuban tak sama dengan jelmaan babi bersumbi emas tu"tersengih-sengih hasan debeng memandang malim tekih apabila kenang dia terserempak babi bersumbi emas bertahun-tahun sebelum itu.
YOU ARE READING
Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)
Horrorkisah penceritaan tentang keseraman melampaui batas.. dan dipetik dari novel seram nukilan tok awang ngah.. semoga anda semua terhibur dan enjoy.. Nantikan siri bercakap dengan jin Misteri jam 12 Jangan tutop lampooo