|°EIGHT|

144 20 2
                                    

|Taehyung P.O.V|

Kepulanganku ke rumah disambut dengan muka risau Bangtan. Jimin yang nampak seperti tidak senang duduk itu segera menghampiriku.

"What's wrong?"soalku bersama kerutan di dahi.

"Haesung mana?"soalnya dengan riak risau.

"Dekat rumah dia lah."

"Kau yang hantarkan?"

"Bukan. Kawan dia Mia tu. Dah dia beria-ria sangat nak hantar Haesung."

Pakk!!

Belakang kepalaku yang terasa perit akibat diketuk oleh Jin itu aku gosok.

"Hyung! Sakitlah!"bentakku tidak puas hati.

Kini, kesemua ahli Bangtan memandang aku dengan pandangan tajam.

"Patutlah aku rasa tak sedap
hati."gumam Suga.

"Aku suruh kau jaga Haesung kan!?Taehyung, bukan mudah untuk kami semua guna mesin masa ni tau. Haesung dalam bahaya sekarang. Cepat cari dia."arah Jimin.

Mataku membulat.

"W-what!?"

"Hyung, takkanlah mate dalam bahaya pun hyung tak tahu?"perli Jungkook pula.

"Err...Haesung dekat mana sekarang?"

****
|HAESUNG P.O.V|

"Mia lari!"

Badan Mia aku tolak ke tepi dan membuatkan aku terkena bebola merah itu. Terasa sakit yang teramat pada bahagian dadaku. Tapi, aku tidak kisah akan itu semua. Aku kena selamatkan Mia.

"Hae-Haesung!"jerit Mia sambil berlari semula ke arahku.

Air matanya yang sejak dari tadi ditahan, akhirnya gugur jua.

"Haesung, bangun!"badanku digoncang kuat oleh Mia. Sesekali air matanya diseka.

Bibirku melukiskan senyuman. Entah kenapa, waktu ini sahaja aku nampak Mia seperti wanita normal yang lain. Terserlah keayuannya bila dia menangis macam tu.

"Haesung! Please jangan tutup mata kau. Aku akan cuba minta bantuan."pinta Mia penuh berharap.

"No Mia. Just tinggalkan aku. Aku okay."arahku berharap yang Mia akan dengar cakap aku.

"Kau gila ke nak aku tinggalkan kau dengan makhluk tu!"Bentak Mia sambil menunjuk ke arah Kwangin yang sedang membuat muka tidak bersalah itu.

"Dah habis dah berdrama? So, boleh saya teruskan kerja saya?"soal Kwangmin dengan senyuman nakal.

"You freaking jerkkkk!"hambur Mia kepada Kwangmin.

Kwangmin tertawa sinis sambil menganggukkan kepalanya.

"I addmit that. Dan kau tikus, lebih baik kau pergi sekarang kalau tak nak jadi macam kawan kau ni."ugut Kwangmin lagi.

Badan Mia ditolak menjauhiku.

"Tikus!? Yah Vampire!"

"Vampire tak lah sehina yang kau sangkakan!"Kwangmin mula berang dengan Mia.

Senyuman sinis dilemparkan oleh Mia beserta jelingan tajam.

"Apa-apa ja lah! Aku akan pastikan riwayat kau tamat hari ni. Haesung, tolong jangan tutup mata kau. Aku akan cari orang untuk selamatkan kau. Aku janji akan datang balik. Jangan sangka yang aku abaikan kau."ucap Mia bersungguh-sungguh.

Vampires In My Life||Season 2||Where stories live. Discover now