|°THIRTEEN|

122 16 3
                                    

"Weyh, Kau ada nampak kunci kereta aku tak?"soal Jimin yang melulu masuk ke dalam bilik Taehyung tanpa mengetuk pintu.

Di tangan Jimin terdapat pedang mainan sebagai senjata kerana dia pasti Taehyung akan menghadiahkannya ketukan.

"Oh Jimin, kenapa masuk bilik
aku?"soal Taehyung yang baru keluar dari bilik mandi dengan muka yang tidak lekang daripada membuat sengihan.

Langsung tidak ada tanda yang dia akan membaling Jimin dengan tuala seperti yang selalu dia lakukan.

Automatik kening Jimin bertaut melihat perangai kurang normal Taehyung.

"Oi, kau dah kenapa tersengih-sengih?Kau ok tak ni?"soal Jimin risau.

Dia berundur beberapa tapak ke belakang cuba untuk menjauhkan diri daripada Taehyung. Takut virus menular.

"Tak. Aku tak ok. Aku rasa happy sangat hari ni. Guess why? Haesung dah ingat balik memori dia!"jerit Taehyung teruja sambil berlari ke arah Jimin dan terus membawa Jimin ke dalam pelukan.

Mata sepet Jimin membulat.

"Are you serious?"soalnya meminta kepastian.

Taehyung mengangguk laju. Senyumannya makin melebar. Manakala Jimin terdiam seribu bahasa seperti ada sesuatu yang sedang mengganggunya. Wajahnya pula nampak sayu sebaik sahaja Taehyung menghabiskan ayat. Lambat laun, dia menolak badan Taehyung dari terus memeluknya.

"Jadi, dah tak lama lagi."ucap Jimin perlahan.

"Yup! Aku tak sabar nak liku-liku kepala Kwangmin tu! Tch, ada hati nak lawan aku!"

"uhm, Taehyung aku nak keluar kejap."ujar Jimin yang sudah sedia untuk mengatur langkah.

Taehyung mengangguk faham.

"Oh ya, barang apa yang kau nak cari tadi tu?"soalnya apabila teringatkan barang yang Jimin mention tadi.

"Lupakan ja. Tak penting pun."

Dan setelah itu dia terus keluar dari bilik Taehyung.

Taehyung pula diam tidak berkutik. Pelik dengan perubahan sikap Jimin yang mendadak.

"Aku ada cakap something yang sakitkan hati dia ke?"

****

"Apa!? Haesung dah ingat balik memori dia?"J-hope terjerit kecil mendengar berita yang disampaikan oleh Jimin.

"I told ya already. So, macam mana ni?Perlu ke kita teruskan dengan rancangan kita atau ubah rancangan lain?"ujar Jimin serius.

Namjoon menghembus nafas berat. Dagunya diusap lembut dengan lagak yang seperti memikirkan sesuatu.

"Kalau kita nak ubah rancangan sekali pun, dah takda masa. Kita kena cepat."ujarnya.

Jin mengangguk setuju.

"Yup. Betul tu. Misi kita untuk selamatkan dorang kan? so, stick dengan misi tu. Walau apa pun keputusan Taehyung, kita kena terima."sedikit nasihat diberikan kepada Jimin.

Dia faham kenapa Jimin tak senang hati bila Haesung dah dapat memorinya semula.

Maknanya, Taehyung kena tentukan sama ada untuk hidup di dunia vampire atau...manusia.

"Tapi--"

"Aku tahu kau kawan dia but keselamatan dia lagi penting kan?"ujar Suga sekaligus mencantas kata-kata Jimin.

"Fine.."ujar Jimin lemah.

Bahu Jimin ditepuk perlahan.

"Dah lah tu. Jom."

Vampires In My Life||Season 2||Where stories live. Discover now