|°TWELVE|

136 19 1
                                    

|HAESUNG P.O.V|

"Taehyung,awak....vampire dalam mimpi saya?"soalku meminta kepastian.

Mata Taehyung membesar.Air mukanya sukar untuk dibaca.Tidak pasti sama ada dia terkejut,gembira atau sedih.

"So,kau cuma ingat mimpi kau dan bukan aku?"soal Taehyung dengan suara perlahan dan sayu.

Kali ini aku boleh membaca wajahnya.Riak yang ditunjukkan ialah riak sedih.

"Jadi betullah awak dalam mimpi saya?Tapi macam mana awak boleh ada dalam mimpi saya? Awak pun ada mimpi yang sama dengan saya?Awak pindah sekolah sebab nak cari saya?"soalku bertubi-tubi.

Aku betul-betul perlukan jawapan.Kalau betul Taehyung dalam mimpi tu,apa kena mengena dengan aku?

"Yes.Memang betul aku dalam mimpi kau tapi aku tak mimpi benda yang sama dengan kau.Aku lalui benda yang kau mimpi tu."ujar Taehyung dengan muka serius.

Dahiku berkerut.

"Uh?"

"Just forget it.I'll get going."ujar Taehyung lalu mula meninggalkan aku keseorangan di dalam biliknya.

Kepalaku yang tidak gatal itu aku garu.

Aish...kenapa dia nampak marah dan kecewa?kenapa dengan Taehyung sebenarnya?Aku ada cakap benda yang salah ke?

****

|NOBODY P.O.V|

Taehyung yang baru sahaja keluar dari biliknya itu terus mengatur langkah menuju ke dapur.Dadanya yang terasa sakit itu dipegang.

Nampaknya,masa dah semakin suntuk.Mesin masa cuma tinggal 27 hari lagi boleh berfungsi.Kalau Haesung masih belum boleh ingat semuanya maknanya..dia dan Haesung akan pergi buat selama-lamanya.

Dengan sekali teguk sahaja air di dalam gelas itu berjaya dihabiskan.

'Rupa-ruapanya ini semua agenda Kwangmin.Dia cuba untuk mensuntukkan masa aku untuk buat Haesung ingat aku.'gumamnya perlahan.

Rambut depannya diusap ke belakang.Tanpa Taehyung sedari,air matanya jatuh.

Hatinya membentak.

'Apa ertinya sumpahan Youngmin tu hilang kalau Haesung masih belum ingat memori dia?'

'Harabeoji...kalau betul Haesung mate Taehyung,kenapa susah untuk kami berdua bersama?'bentak Taehyung.

Sekali lagi dia menuangkan soju yang disangkakan air mineral itu ke dalam gelasnya.

Haesung melangkah keluar dari bilik Taehyung dan mula mencarinya.Jujur dia rasa bersalah tapi dia juga tidak pasti kenapa dia patut rasa bersalah.

'Aku ada buat salah ke dekat Taehyung?'gumamnya perlahan sambil berjalan menuju ke tingkat bawah.Matanya meliar memandang sekeliling ruang tamu.Cuba untuk mencari kelibat Taehyung tetapi hampa,batang hidung Taehyung pun tidak dilihatnya.Cahaya lampu dari dapur itu sedikit sebanyak menganggu Haesung.

'itu mesti Taehyung.'

Tanpa membuang masa dia segera menuju ke dapur dan terkejut apabila mendapati Taehyung sedang berdiri di tepi singki sambil memegang segelas air.Tapi...kenapa botol soju ada dekat sebelah dia?Takkanlah Taehyung minum pakai gelas besar tu?

Langkah dia atur menuju ke Taehyung.Bahu Taehyung ditepuk perlahan dan membuatkan Taehyung berpusing menghadap Haesung.

Haesung terkejut sebaik sahaja Taehyung menghadapnya.

Vampires In My Life||Season 2||Where stories live. Discover now