"Oi! Kalau ya pun, bagilah Jimin masa nak bersedia. Ini tak. Main terjah ja."gumam Taehyung yang kini sedang menghampiri Jimin.
"Taehyung."
Jimin nampak terkejut dengan kehadiran Taehyung yang mendadak. Pandangannya dialihkan pada Kwangmin yang kini telah dibekukan oleh Taehyung.
"Kau ok tak ni?"soal Taehyung risau.
Badan Jimin dibelek untuk melihat jikalau ada kecederaan.
"Aku ok. Haesung mana?"soal Jimin apabila perasan yang Haesung tidak bersama Taehyung.
"Kau jangan risau. Aku dah letak dia dekat tempat selamat."ujar Taehyung sambil membantu Jimin untuk berdiri.
Automatik dahi Jimin berkerut.
"Dekat mana?"
"Hati aku. Cia cia~."sengihan cap kerang busuk, Taehyung hadiahkan buat sahabatnya yang tercinta. Siap angkat-angkat kening pula tu. Ingat macholah?
"Uwerk! Stop it! I might punch you."ujar Jimin yang kegeliaan apabila mendengar pickupline ketinggalan zaman Taehyung tadi.
Meremang bulu roma dibuatnya. Entah bila pula mamat tu belajar berpickupline.
Taehyung mencebikkan bibir.
"Tchh, after I saved ur life."omel Taehyung berpura-pura merajuk.
"Well..haha. So, sekarang ni..apa kita nak buat dengan makhluk ni?"jari telunjuk Jimin menunjuk ke arah Kwangmin yang masih keras membeku.
"Hmm..kau nak tak jadikan dia barang perhiasan kau?"duga Taehyung dengan senyuman yang sukar dimengertikan.
Tetapi senyuman itu tidak lama apabila Jimin memberikannya pandangan laser.
"Okay. Okay. Serius sangatlah. Gurau pun tak boleh. Bawa dia masuk dorm."ujar Taehyung.
Mata sepet Jimin membulat.
"Kau gila ke apa!? Kalau dia hancurkan dorm macam mana?"
"It's good then. Lagipun kita dah nak balik ke masa depan."
Hampir tersedak Jimin mendengar ayat yang keluar dari mulut Taehyung.
"Kau serius ke ni? Hari ni? Bawa dia ni?"soal Jimin meminta kepastian.
Taehyung melepaskan keluhan. Muka bosan pula dia tayangkan pada Jimin.
"Seriuslah. Kau tak nak ke?"
"Eish! Mestilah nak! Jom cepat! Angkat dia!"
****
|TAEHYUNG P.O.V|
"Melebur."
Cukup dengan kata-kata itu, Kwangmin kembali normal.
Kepalnya disentuh perlahan seperti sedang menahan sakit.
Err..actually..masa nak angkut Kwangmin masuk kereta, kepala dia ada terhantuk dekat bumbung kereta. Betul aku tak sengaja. Siapa suruh tinggi sangat.
"Ughh..aku dekat mana?"soalnya setelah memandang kawasan sekeliling.
"Tadaa~dorm kitorang."balas Jungkook bagi pihak aku.
Kwangmin mengetap bibir.Mungkin sedang menahan geram. Aih..kalau dia tahu yang Jin hyung dengan Shinhye buat doodle dekat muka dia, mahu pecah rumah ni kut dia kerjakan.
"Apa yang korang dah rancang?"soal Kwangmin geram.
Jimin yang tadinya tenang duduk di sofa kini mula berdiri di hadapan Kwangmin dengan pandangan tidak puas hati. Siap peluk tubuh pula tu. Takut juga aku dibuatnya. Dia ni lain macam bila marah. Tapi bila senyum comell lah pullaaa.
YOU ARE READING
Vampires In My Life||Season 2||
VampiriOh ya sebelum itu. Bagi readers yang belum baca Vampires In My Life Season 1, author sarankan untuk baca buku tu dulu. Takut korang tak faham nanti. Jadi setelah satahun menunggu, Season 2 pun muncul! Wuhuuu~ "Taehyung, awak manusia kan?"- Shin Haes...