|°ELEVEN|

141 18 2
                                    

|Nobody P.O.V|

"Hyung, kwangmin janji akan balas dendam atas kematian hyung."ucap Kwangmin sedih.

Kubur Youngmin dipandang sepi. Memori antara dia dan Youngmin kembali terlayar pada kotak mindanya. Akhirnya air mata lelakinya jatuh tetapi segera dikesat. Tidak mahu pengikut-pengikutnya tahu yang dia sedang menangis. Dia, paling tidak suka kalau orang menganggap dia sebagai seorang yang lemah.

"Tuan, saya rasa kita patut berhenti untuk serang Tuan Muda Taehyung. Walau apapun yang kita cuba buat untuk menghalangnya untuk menjadi ketua Vampire, semuanya akan menjadi sia-sia."ujar salah seorang pengikut Kwangmin.

Riak muka Kwangmin bertukar bengis. Pandangan tajam dihalakan pada pengikutnya.

"Kau takda hak nak nasihatkan aku. Tugas kau cuma laksanakan perintah aku!"marah Kwangmin dengan mata yang mula bertukar merah.

"Bukan macam tu maksud saya Tuan. Saya, cuma takut kalau tuan cedera. Besar risiko untuk halang Tuan Muda Kwangmin."jelas pengikutnya dengan riak risau.

"Kau tak perlu nak risau tentang aku. Aku akan halang Taehyung sehingga ke titisan darah yang terakhir."

****
|HAESUNG P.O.V|

"Woahh~sedapnya Jin hyung masak!Kan noona?"

Jungkook yang sedang duduk berhadapan denganku aku hadiahkan senyuman. Memang sedap apa yang Jin masak tapi...aku tak ada selera bila teringatkan kes tadi pagi.

Uarghh~My first kiss!

"Noona okay tak ni? Kenapa diam ja?"soalan Jungkook membuatkan aku tersentak.

Kini, semua mata fokus ke arahku kecuali Taehyung yang lebih tertarik untuk menikmati sarapannya.

"E-err--o-okay."jawabku tergagap-gagap. Sebenarnya aku takut kalau ada ahli lain di dalam rumah ini nampak perlakuan Taehyung tadi.

"Oi, Taehyung. Kenapa muka kau ada cap tangan?"soal Jimin bersama kerutan.

Aku mula cuak.

Harap-haraplah Taehyung tak cakap yang aku tampar dia sebab di kiss-ah!
I hate to mention this things again!

Taehyung masih beriak biasa. Langsung tidak terkejut dengan soalan Jimin.

"Ini semua salah kau .Kau tak ingat ke semalam?"ujar Taehyung serius.

Aku telan liur.

Aih! Dia gila apa!?

"Ke-kenapa semalam?"Jimin meminta kepastian.

Ahli Bangtan yang lain juga sedang menunggu Taehyung memberi jawapan.

"Semalam, kau masuk dalam bilik aku and then..."Taehyung berhenti bersuara buat seketika.

Pandangannya dihalakan ke arahku. Peluh dingin mula menitik pada dahiku. Jangan cakap yang dia nak bagitahu semua orang dia kissed aku sebab dia jelous dekat Jimin. Tak mungkin kan?

"And then apa? Cepatlah!"gesa J-hope.

"Jimin peluk aku and then tampar aku."

"W-WHAT!!?"

Kesemua mereka serentak bertanya kecuali aku yang sedang menghembus nafas lega.

Aih..buat suspen ja budak ni.

Vampires In My Life||Season 2||Where stories live. Discover now