《003》Nasihat Yang Tak Berguna

55 3 2
                                    

Agness hanya memikirkan pelbagai cara untuk Alice kembali kepadanya.

Tetapi dia tidak mahir dalam hal-hal ini.

Apa yang Agness perlu buat?!

Tiba-tiba Agness terfikirkan seseorang yang handal dalam bab ini.

Seseorang yang dia amat kenali...

Ye! Agness sudah tahu siapa gerangan yang dia fikirkan itu...

Orang itu ialah abang saudaranya, Tinyson Thairon Daifen Moresal.

Siapa tidak kenal jejaka itu. Dialah yang digelarkan Putera Paling Playboy di Dunia Lavernikland ni! Rekod playboy dia tak pernah tercalar, tiada mana-mana putera lain yang boleh mengatasi rekod Putera Tinyson. Rekod yang paling tinggi ialah dia mempunyai ex-girlfriend seramai 300 orang dalam setahun! Dia memang putera playboy lah dan rekod itu dia banggakan. Memang tak tahu malu.

Rupanya juga iras-iras Agness yang bezanya mereka umur,ketinggian,berat,perangai,warna rambut dan mata. Walaupun mereka bunian mata biru tetapi warna matanya berbeza disebabkan kaum bunian terlalu ramai jadi mereka ada 4 kerajaan bagi setiap satu bunian mata merah,biru dan hijau. Untuk bunian dari Utara mata mereka agak gelap, Selatan pula mata mereka agak cair, Timur mata mereka cair sedikit berbanding Selatan manakala Barat pula gelap sedikit berbanding Utara. (Harap-harap fahamlah)

Tanpa membuang masa Agness pergi ke istana Kerajaan Bunian Bermata Biru 'Utara'. Dia mahukan nasihat-nasihat daripada abang saudaranya. Mana tahu nasihat dia membantu Agness untuk dapatkan Alice semula sebelum hari perkahwinan Alice akan tiba.

"Abang Tinyson. Abang ada kat dalam kamar ni tak?" Agness mengetuk pintu bilik milik Tinyson. Lama sungguh si Tinyson ni, jangan-jangan di buat onar dengan perempuan asing dalam kamar itu. Tapi mustahil dia akan membawa perempuan ke dalam istana.

5 minit kemudian Tinyson baru sahaja membuka pintu biliknya. Agness melihat keadaan Tinyson yang agak teruk seperti baru lepas merogol seorang wanita!

"Kau rupanya Agness kenapa datang ke mari nak cari aku?" Tanya Tinyson sambil badannya menyandar pada pintu dan tangannya menyilang ke dada.

"Abang tahukan pasal bab perempuan?" Tanya Agness pula. Tinyson hanya menjongketkan keningnya. Belum pernah Agness tanya dia pasal perempuan.

"Ya,so? Kenapa nak tahu?" Tanya pun gaya kelihatan bongkak. Memang itu sifat Tinyson, bongkak,sombong,ego terlalu tinggi,berlagak,pemarah dan macam-macamlah!

"Sa..saya nak mi..minta tolonglah. Sebab tulah saya datang sini." Kenapa Agness kelihatan gelabah di depan Tinyson. Oh! Lupa pula Tinyson tu jenis garang so sape tak takut yang tak takut pada dia cuma parents dia,datuk dan nenanda dan sedara yang lebih berusia daripada dia.

"Hmm..masuk!" Hish,garangnya bagi orang masuk ke dalam kamarnya pun macam tak ikhlas. Macam manalah bila dia dah kahwin nanti.

Agness hanya duduk di sofa empuk milik Tinyson manakala Tinyson seperti mencari sesuatu di laci meja. Apa benda yang Abang Tinyson tengah cari tu?

Agness hanya melihat perlakuan Tinyson. Sebaik sahaja Tinyson melabuhkan punggungnya pada sofa tiba-tiba di mengeluarkan sebatang rokok dan lighter.

"Ehhh!? Abang jangan merokok!" Agness merampas rokok itu di tangan Tinyson. Habislah Agness kau dah tempah maut siap-siap.

"Kau pahal hah! Suka hati akulah nak merokok ke nak bunuh diri ke! Ini bukan urusan kau!" Tengking Tinyson. Agness hanya menundukkan kepalanya,tak sanggup nak tengok muka Tinyson yang tengah marah.

DENDAM SEORANG BUNIANWhere stories live. Discover now