《014》Plan Kedua-Misi Memikat Alice

18 2 0
                                    

Puteri Alice Laura Wendel. Nama yang sangat cantik sekali. Disebabkan kesempurnaan dia Agness gilakan dia. Disebabkan kecantikannya Agness mimpikan dia. Disebabkan kebaikannya Agness jatuh hati pada dia. Itulah gadis yang Agness ingin miliki. Tetapi disebabkan si naga itu dia telah merampas gadis yang Agness cintai. Alan Send, nama yang bakal Agness lenyapkan di dalam dunia ini. Tetapi nama itulah sentiasa terpahat di hati Alice dan wajahnya sentiasa tertayang dia minda Alice. Mata biru api yang memukau,wajahnya sungguh tampan sekali,tubuh yang sasa dan mempunyai ciri-ciri lelaki budiman. Jadi tidak hairanlah jika Alice menyukai Alan. Alice bukan melihat kekacakan Alan tetapi dia melihat kebaikan Alan. Disebabkan itulah Alice membuat keputusan untuk berkahwin dengan Alan walaupun dia masih muda untuk menjadi seorang isteri.

Tinggal 4 hari sahaja Agness perlu merancang bagaimana mahu mendapatkan Alice semula sebelum perkahwinan Alice dan Alan berlangsung.

Agness masih memikirkan plan barunya.

Masih berfikir.

Dan masih berfikir lagi.

Hah! Agness dapat satu idea iaitu cuba memikat Alice dengan sifat budimannya seperti Tinyson katakan pada petang tadi.

Agness merancang mahu makan malam bersama Alice.

Ye,bijak! Jika membuat makan malam paling romantik dapat memikat seorang wanita. Lagi-lagi pergi ke tempat atau restoran yang dia suka.

Harap Puteri Alice terima ajakan Putera Agness.

Tanpa membuang masa Agness mengambil Iphonenya lalu mesej Alice untuk mengajaknya makan malam bersama.

Di kamar Puteri Alice...

Telefon Alice berbunyi. Alice melihat satu mesej sudah masuk lalu gadis itu membaca mesej tersebut.

"Alice, malam ni saya nak makan malam bersama awak di Restoran Royal Street pukul 8:30 malam. Jangan kata tidak sebab saya dah tempah khas untuk kita."

~Putera Agness Moresal

Alice hanya mengeluh. Fikirnya, kenapa Agness perlu menghabiskan wang semata-mata untuk belanja makan di restoran mewah. Restoran Royal Street? Seriously?! Restoran itu kesemua makanannya mahal sekali! Air kosong pun berharga 15 keping emas di restoran itu. Kalau di kedai biasa hanya 3 keping perak. Baik masak sendiri pastu makan. Kenyang jugakan pastu jimat.

Tapi untuk memenuhi kehendak Agness,Alice tidak boleh hampakan dia kerana Agness telah banyak membantunya ketika susah walaupun perangai dia macam pyscho gila.

Jadi tanpa membuang masa Alice pergi bersiap untuk ke restoran tersebut. Lagipun Restoran Royal Street itu adalah restoran kegemarannya walaupun itu restoran mewah. Yang menariknya ialah dekorasi restoran itu. Memang cantik lagikan elegen!

Di Restoran Royal Street...

Agness menunggu kehadiran gadis yang dia cintai,Alice. Ekoran anak mata Agness sentiasa meliar. Jarinya mengetuk meja dengan mengikut iramanya. Tangan kirinya memengang sejambak bunga ros merah iaitu bunga kegemaran Alice.

Akhirnya Agness ternampak susuk tubuh gadis yang ditunggunya. Alice sungguh jelita pada malam itu. Hampir terpaku Agness melihatnya. Matanya tidak berkelip.

Tanpa berlengah,Agness menarik kerusi kononnya nak nampak lebih budiman.

"Silakan." Dengan sopannya Agness menarik kerusi tersebut lalu Alice duduk di kerusi itu. Selain itu, Agness memberikan sejambak bunga ros yang dibawanya kepada Alice.

DENDAM SEORANG BUNIANWhere stories live. Discover now