《005》Plan Pertama Gagal!

28 2 3
                                    

Agness berasa tak puas hati!

Dia masih tak faham kenapa si Alan tu langsung tak rasa cemburu apabila dia cakap perkara yang boleh buatkan dia sakit hati. Ke Alan tu cuma tak nak tunjuk perasaan cemburunya? Atau Alan tak de perasaan cemburu?

Buat pertama kalinya plan pertama Agness gagal!

Agness tak boleh mengalah! Dia mesti dapatkan Alice tak kira macam mana pun yang terjadi pada dirinya. Biar nyawanya tergadai demi untuk orang yang dia sayang selama ni kembali kepadanya.

Agness perlukan rancangan baru! Tapi macam mana? Perlu ke dia menanyakan hal ini kepada kandanya Lucas? Tak boleh mesti kanda Lucas akan memberitahu kepada ayahandanya. Atau dia perlu berjumpa dengan sahabat setianya Aquel? Tak mesti dia halang sebab dia tak nak bersubahat tentang hal ini. Mungkin Agness perlukan nasihat abang saudaranya Tinyson buat kali kedua. Ye, walaupun Tinyson tu selalu marah padanya tetapi Tinyson tetap akan menolongnya. Lagipun Tinyson tu memang handal bab cinta. Yelahkan si Tinyson kan Putera Paling Playboy di Dunia Lavernikland ni.

Agness tak perlu bimbang. Dia hanya perlu berjumpa dengan Tinyson sahaja. Tanpa Agness lengahkan masa lagi dia terus sahaja pergi ke istana Kerajaan Bunian Bermata Biru 'Utara'.

"Encik pengawal,Putera Tinyson ada ataupun tiada dalam istana?" Tanya Agness pada pengawal yang menjaga pintu gerbang istana itu.

"Tuanku, Putera Tinyson tiada di istana. Dari semalam Putera Tinyson tidak pulang ke istana." Jawab pengawal itu. Agness hairan kenapa Tinyson tiada di rumah? Ni lah satu lagi perangai teruk Tinyson. Bila broken balik istana bila ada awek baru sanggup tak balik istana selama seminggu.

"Tak pelah. Saya tahu dia kat mana." Agness terus sahaja beredar di depan pintu gerbang itu. Hanya dia sahaja yang tahu di mana Tinyson berada.

***

"Tuk! Tuk! Tuk" Agness mengetuk pintu rumah seseorang. Rumah itu agak mewah tetapi berada di kawasan jauh daripada kawasan orang lalu-lalang.

"Abang Tinyson! Oh! Abang Tinyson!" Agness memanggil tuan punya rumah itu. Rupanya itu rumah Tinyson. Dia membeli rumah itu kerana mahu bersendirian bersama awek-awek dia. Bolehlah dia nak bermesra ye. Tapi kesemua girlfriend si Tinyson tu langsung tidak mengetahui bahawa si Tinyson tu ialah seorang putera raja. Mereka cuma tahu yang Tinyson tu ialah anak bangsawan yang kaya-raya. Memang dasar mereka tu perempuan mata duitan!

Macam mana media tahu yang Tinyson playboy? Itu kerana ada beberapa orang paparazi mengekori dia dan paparazi sering melihat dia selalu keluar bersama wanita tapi setiap kali Tinyson keluar bersama wanita mesti wanita itu berlainan dan bertukar-bertukar. Memang jelas bahawa Putera Tinyson tu seorang playboy sejati!

"Kau nak apa?" Akhirnya Tinyson membuka pintu rumahnya. Apalah yang di buatnya sampai lama-lama kat dalam rumah tu?

"Saya nak bincangkan sesuatu pada abang." Jawab Agness.

"Tunggu kejap." Tinyson masuk ke dalam rumahnya semula dan dia kembali ke pintu itu bersama seorang perempuan?

"Bye sayang. Sorry you kena balik awal pula." Ujar Tinyson kepada wanita itu. Apa?! Dia bawak perempuan lain masuk rumah dia sekali lagi. Tak sampai seminggu dah ada pengganti baru. Memang Tinyson tu fikir perempuan ni boleh tukar-tukar macam baju.

"It's okey baby. Nanti bila-bila I datangnya. Muah." Perempuan itu mencium pipi Tinyson manakala Agness ternganga melihat aksi itu. Akhirnya wanita itu beredar.

DENDAM SEORANG BUNIANWhere stories live. Discover now