《013》Ujian Daripada Tinyson

21 2 0
                                    

Tepat sahaja pukul 4 petang. Agness mula pergi ke istana abang Tinyson menaiki motosikal hitamnya. Motor yang mempunyai sihir. Sihir itu lebih mempermudahkan pemandu untuk menjimat masa seperti setiap kenderaan mempunyai telipot. Dengan hanya menekan minyak dan memandu dengan laju terhasilnya lingkaran sihir dan akhirnya Agness sudah sampai di depan istana kepunyaan bapa saudaranya iaitu raja di kerajaan Blinx.

Dengan selamba sahaja Agness parking motorsikalnya di tempat kenderaan diraja. Siapa mahu menghalang dia kerana Agness ada hak. Dia seorang putera dan anak saudara kepada raja di situ. Jadi tiada sesiapa boleh halang dia untuk buat apa sahaja di istana bapa saudaranya.

Pintu istana sentiasa terbuka luas untuk Agness. Jadi Agness perlu masuk sahaja tanpa sebarang masalah.

Semasa Agness masuk ke dalam istana dia bertembung dengan bapa saudaranya yang turut juga digelar Raja Moresal tetapi untuk memudah rakyat jelata jadi mereka memanggil bapa saudara Agness itu ialah Raja Roymand kerana terdapat 4 orang raja bunian bermata biru turut juga bunian bermata merah dan hijau kerana jumlah bunian paling majoriti di Dunia Lavernikland ini jadi terpaksa di bahagikan 4 kerajaan iaitu Utara,Selatan,Timur dan Barat.

"Frindtess itu kamu ke?" Tanya Raja Roymand iaitu bapa saudara Agness dan abang kepada ayahanda Agness.

"Ye ini saya pak cikda. Takkanlah pak cikda sudah tidak ingat anak saudaramu yang kacak lagikan bergaya ini?" Sempat Agness puji diri sendiri. Mentang-mentanglah dia rapat dengan ayahanda Tinyson itu bolehlah dia nak puji-puji dirinya.

"Bukan apa, tapi pak cikda sudah lama tidak nampak kamu. Semakin kacak pula kamu ni Frindtess." Raja Roymand layan sahaja pujian si Agness itu.

"Hihi,saya tidaklah sekacak pak cikda dan Abang Tinyson." Agness pula memuji pak cikda dia tu. Dia puji kita,kita pula puji dia balik.

"Kamu ni ada-ada sahaja. Dan Frindtess kamu datang sini seorang sahaja ke? Ayahanda,bonda,Lucas dan Emelda tidak ikut sama?" Pelik sungguh Raja Roymand kerana keluarga adinda dia tiada yang ada anak saudara kesayangan dia sahaja yang datang ke sana.

"Saya datang seorang sahaja kerana mahu jumpa abang Tinyson." Terang Agness.

"Kalau begitu biar pak cikda sahaja panggil dia. Tiba-tiba pula hari ini dia pulang ke istana. Ingat tak pandai jalan balik ke istana lagi. Ingat hotel ke dia boleh nak balik ataupun tidak." Geram sungguh Raja Roymand dengan anak lelakinya itu. Tak bagi masuk istana baru tahu.

"Pak cikda tahulah hidup dia kan mahu bebas." Agness juga menafikan apa yang bapa saudaranya katakan itu.

"Marilah Frindtess kita pergi ke kamar Tinyson itu. Lagipun si Tinyson itu tengah beradu. Kalau kamu kejutkan dia nanti dia tengking kamu pula." Raja Roymand terus sahaja pergi ke kamar Tinyson dan diiringi Agness.

Tiba di kamar Tinyson...

"Tinyson bangun Tinyson!" Raja Roymand mengejutkan anakandanya yang masih di ulit mimpi. Tetapi Tinyson masih tidak bangun daripada tidurnya.

"Tinyson bangun!" Raja Roymand tetap mengejutkan si Tinyson itu.

"Tinyson Thairon Daifen Moresal! BANGUN!!!" Akhirnya Raja Roymand mengejutkan Tinyson dengan nada tingginya di telinga Tinyson. Tinyson pula tersedar lalu terjatuh daripada katilnya.

"Woi! Bisinglah! Tak guna punya butler ayahanda. Ehh?Aya...ayahanda?" Tinyson baru sahaja mahu memaki orang yang selalu mengejutkannya iaitu butler tetapi rupanya ayahandanya.

DENDAM SEORANG BUNIANWhere stories live. Discover now