《007》Hedther Minchester Reven

35 2 0
                                    

Kepala Agness semakin buntu. Dahinya sudah berkerut seribu. Mana satu arah yang paling dekat untuk sampai ke tebing Gunung Dirora. Agness baru sahaja di kaki gunung itu. Dia hanya meneliti peta hologram di tangannya. Dia tidak mahir melihat peta dan mengunakan kompas. Jikalau dia berpengetahuan arif seperti bunian mata merah mesti sudah tahu melihat peta dan mengunakan kompas dan jika dia seperti bunian mata hijau pula mesti dia boleh berhubung dengan mahluk di gunung itu seperti semut,serangga dan sebagainya. Tetapi dia hanya tahu kemahiran berlawan dan menggunakan senjata. Tulah kat kelas Geografi tak nak fokus kan dah susah nak tengok kompas pun tak pandai.

"Aduh! Kenapa susah sangat nak cari arah paling dekat untuk sampai tebing gunung Dirora ni." Agness hanya merungut. Nampaknya dia perlu mencari arah tu sendiri.

"Sekarang aku kat arah selatan manakala tebing tu arah utara so mesti jalan tegak je." Agness mula berfikir jika dia di arah selatan dan tebing gunung tu arah utara mesti jalan lurus.

"Tapi kalau aku jalan lurus je belum tentu aku boleh sampai dengan selamat." Dia befikir lagi. Mestilah dia tak nak menghadap binatang buas ataupun raksasa di gunung itu. So dia mesti nak selamat.

"Aduh susahnya!" Agness merungut lagi. Dia hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Nampaknya dia sudah warnakan rambut dia semasa di kedai makan sebentar tadi. Nampak lain wajah Agness itu rambut warna hitam dan mata juga hitam sebab pakai kanta lekap. Telinga dia hanya ditutupi oleh kerudungnya. Itu semua untuk penyamaran seketika sahaja.

Semasa dia berfikir seperti ada sesuatu memerhatikan dia. Agness terkejut apabila dia terdengar ada seseorang memijak ranting kayu di sebalik sebuah pokok besar. Bunyi itu telah menganggu Agness berfikir.

"Siapa tu!?" Agness menolehkan kepalanya ke belakang dan tiada siap di belakang. Agness mula ketakutan. Dahlah kawasan kaki Gunung Dirora ni gelap sebab di tutupi pokok-pokok yang besar.

Agness menoleh semula ke depan dan dia tiba-tiba sahaja menjerit.

"Arrhhhh!!!" Agness menjerit apabila ada mahluk dihadapannya.

"Kamu rupanya terkejut abang." Agness mengurut dadanya akibat terkejut. Rupanya mahluk itu adalah budak di kedai makan itu tadi, Minches.

"Kenapa kamu kat sini?" Agness bertanya kepada Minches tetapi Minches menjawab menggunakan bahasa isyarat. Agness lagsung tidak faham bahasa isyarat Minches.

"Abang tak pandai bahasa isyarat jadi abang tak faham apa yang kamu maksudkan." Agness langsung tak faham walaupun Minches membuat bahasa isyarat yang mudah.

"Kajap ye." Agness menurunkan begnya lalu mencari sesuatu di dalam beg itu.

"Nah kamu tulis kat buku ni." Agness memberikan sebuah buku kosong dan sebatang pen. Beg dia tu macam-macam ada entah-entah kamus atau buku sekolah pun di bawa sekali.

Minches menuliskan sesuatu setelah dia menulis dia memberikan buku itu semula.

"Saya nak tolong abang." Agness membaca apa yang ditulis oleh Minches.

"Kenapa kamu nak tolong abang?" Tanya Agness lagi lalu memberikan semula buku itu pada Minches dan Minches menulis lagi pada buku itu.

"Sebab abang dah tolong saya." Itu yang di tulis oleh Minches. Dia nak balas balik budi Agness itu.

"Kamu ni budak baiklah." Agness mengusap rambut Minches. Agness merasakan dia seperti seorang abang memandangkan Agness anak bongsu jadi dia tak berpeluang untuk menjadi abang dan dia tiada adik sedara sebab dialah cucu-cucu bongsu juga.

DENDAM SEORANG BUNIANWhere stories live. Discover now