《008》Seksaan Untuk Agness

33 3 0
                                    

Agness bertapa gembiranya apabila dia sudah sampai ke pucak Gunung Dirora. Lalu dia mahu pergi tebing gunung itu dan dia melihat berjuta bunga Erora tumbuh pada tebing Gunung Dirora seperti tanah tebing yang mengijau dengan rumput dan dihiasi bunga Erora. Sungguh cantik sekali keindahan semula jadi memang terpesona apabila melihatnya. Angin meniup lembut pada bunga-bunga itu bahkan bunga-bunga tersebut melambai pada Agness. Tersenyum girang Agness kerana tugasannya akan berakhir pada hari ini. Apa lagi Agness petiklah bunga itu tiba-tiba...

"Aduh!!!" Agness mengerang kesakitan kerana tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki tua memukul tangan Agness dengan menggunakan tongkatnya.

"Siapa kamu hah!?" Tanya lelaki tua itu dengan garangnya.

"Sa..sa..saya orang yang melawat daerah ini untuk pe..petik bu..bu..bunga Erora." Jawab Agness dengan gagap. Takut dibuatnya kerana lelaki itu kelihatan bengis dan garang tengok sekali confirm tidur bermimpi ngeri.

"Beraninya kamu mahu memetik bunga ini tanpa kebenaran saya!!!" Jerit lelaki tua itu. Mengigil Agness melihat lelaki itu. Bukannya dia petik semua cuma nak 9 kuntum je.

"Kalau begitu boleh saya mahu ambil 9 kuntum bunga Erora tu?" Agness meminta izin dengan baik sekali tetapi lelaki itu hanya merenung mata Agness sahaja. Kenapa dengan penduduk kat daerah Nowester ni suka sangat nerenung mata orang macam nak main lawan mata je.

"Tapi jikalau kamu ingin mendapatkan bunga ini ada syaratnya." Ujar lelaki itu. Aduh! Syarat lagi! Kenapalah malang sungguh nasib Agness ini mahukan sesuatu mesti ada syarat seperti anak-anak mahukan sesuatu tetapi ibu bapa mengenakan syarat seperti dapatkan keputusan yang cemerlang.

"Apa syaratnya?" Soal Agness.

"Syaratnya kamu kena lulus dalam kekuatan atau ketahanan fizikal dan mental." Itulah syarat-syarat yang dikenakan oleh lelaki perengus itu.

"Baiklah kalau begitu saya terima syarat-syarat tu." Nampak gayanya Agness terpaksa menerima syarat tersebut dengan hati yang rela. Tak pelah relakan hati tabahkan diri.

"Baiklah mulai esok kamu kena pergi ke depan rumah itu." Ujar lelaki itu sambil tangannya menunjuk ke arah sebuah rumah kayu yang berhampiran tebing gunung ini.

"Sejak bila ada rumah tu?" Aikk? Takkanlah Agness tak perasan. Sebesar alam rumah tu masih kukuh dibina atas muka bumi Dunia Lavernikland Agness tetap tak perasa. Tulah gembira sangat sebab dah jumpa bunga Erora sampaikan semua dikelilingnya tidak perasan.

"Buta ke?! Rumah sebesar alam tu pun tak nampak!" Ujar lelaki tua perengus itu sambil ketuk kepala Agness manakala Agness mengeran sakit. Kalau kepalanya selalu diketuk confirm esok lusa jadi pelupa pastu bodoh akhirnya otaknya jadi biul.

"Aduh! Kalau nak sindir saya pun pak cik tak perlulah ketuk kepala saya. Nak tengok saya jadi bodoh ke?" Ujar Agness sambil mengusap kepalanya. Boleh berlubang kepala Agness kalau lelaki tua perengus tu ketuk kepalanya menggunakan tongkatnya.

"Itu cuma pengajaran sahaja." Itu sahaja jawapan lelaki tua itu? Nasib baiklah orang tua kalau lelaki itu sebaya Agness confirm Agness tumbuk muka lelaki itu.

"Kalau begitu boleh saya pacak khemah kat sini?" Tanya Agness. Kalau tak minta izin marah pula nanti. Dah kepala Agness diketuk lagi.

"Boleh. Tapi jangan kamu kotorkan laman pak cik faham!" Ujar lelaki perengus itu. Tak perlulah jerit Agness tak pekak lagi. Telinga pun runcing confirm cakap seperti biasa dia boleh dengar.

DENDAM SEORANG BUNIANWhere stories live. Discover now