《002》Pujukan Seorang Sahabat

80 5 5
                                    

Agness pulang dengan kekecewaan,kesedihan,kesengsaraan dan pelbagai perasaan lagi yang bermula dengan 'ke'.

Hatinya rasa pilu,bagai dihiris dengan sembilu. Apa boleh buat, benda dah jadi so tak boleh nak ulang kembali masa. Jika dia seorang penyihir mestilah dia mampu kembalikan masa tetapi dia sudah dilahirkan sebagai seorang bunian jadi dia tidak mampu membuat apa-apa.

Apabila Agness tiba di istananya, terdapat seorang lelaki yang sedang duduk di biliknya. Adakah pencuri masuk ke biliknya? Tapi tak mungkin pengawal di istana sentiasa menjaga istana ini. Jadi siapa lelaki itu?

Agness membuka suis lampu biliknya dan Agness terkejut! Dia ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang sedang geledah sesuatu di atas katilnya.

"Arghh! Pencuri!" Agness menjerit lalu membaling bantal yang berada di sofa biliknya.

"Aduh! Sakitlah woi!" Lelaki itu mengeran kesakitan. Siap 'WOI' lagi pada Agness. Memang melampaulah kalau sesiapa meng'woi'kan pada seorang putera raja.

"Ambik kau pencuri!" Agness membaling barang-barangnya pada lelaki itu.

"Hei! Agness ni akulah! Kau dah kenapa? Nak bunuh aku?" Ujar lelaki itu. Siap beraku-kau dengan Agness.

"Aquel!" Agness menyebut nama lelaki itu. Nampak sangat dia amat mengenali lelaki itu.

***

"Aduh! Hati-hatilah sikit kalau nak rawat aku." Ujar lelaki yang bernama Aquel iaitu sahabat karib sehidup semati,sehati sejiwa,kekal abadi.

"Salah kau juga. Siapa suruh masuk bilik aku dalam gelap gelita pastu siap geledah barang aku kat katil. Pastu kenapa kau datang sini?" Agness merawat luka pada muka Aquel. Tulah baling barang tak tengok tak pasal-pasal anak orang lain yang cedera.

"Aku saja je nak datang pastu pengawal cakap kau tak de kat istana so aku tunggu kau. Sambil aku tunggu kau,aku saja nak cari patung favorite kau tu." Terang Aquel. Agness rasa bersalah terhadap Aquel. Disebabkan dia takut jadi dia baling apa-apa sahaja di depan matanya. Bukan sengaja pun.

"Kenapa kau nak cari Mr.Bunian? Ke kau nak culik dia?" Tanya Agness. Hairanlah tiba-tiba Aquel nak cari patung favorite dia tu lagipun patung tu harganya sungguh mahal sekali kerana jahitan pada patung itu sungguh kemas dan teliti tambahan pula mata patung itu ialah daripada permata yang sungguh bernilai dan apabila dipeluk sungguh lembut sekali.

"Tak de kerja aku nak culik patung tu. Kau fikir aku ni apa budak kecik ke sampai nak ambik patung kau." Ujar Aquel.

"Yelah." Jawab Agness lalu menyimpan peti kecemasannya.

"Agness, tadi kau pergi mana?" Soalan yang dilontarkan kepada Aquel itu membuatkan hati Agness kembali pilu.

"Aku jumpa Alice." Nadanya agak sedih nampak sangat dia masih ingatkan perkara tadi. Kepala Agness hanya tertunduk sahaja.

"So kau dah tahu ke pasal Alice yang dia akan berkahwin pada minggu depan." Agness terus sahaja tersentak. Rupanya Aquel juga sudah tahu pasal perkahwinan itu.

"Kau pun tahu Aquel?! Bila kau dah tahu yang Alice bakal berkahwin?!" Automatik sahaja Agness naik berang.

"Sebab dia pun bagi surat jemputan perkahwinannya pada keluarga aku sekali." Betul juga kata Aquel. Agness hampir terlupa bahawa sahabatnya juga ialah berketurunan kerabat diraja tetapi Aquel ialah seorang putera raja dari kerajaan Dunia Aqua iaitu dunia di dalam air tetapi dia tidak menyerupai duyung cuma dia ialah manusia yang tinggal di dunia air.

DENDAM SEORANG BUNIANWhere stories live. Discover now