《015》Dendam Yang Terbina

21 2 0
                                    

Masa ibaratkan pedang. Pedang yang mampu menusuk ke tubuh seseorang. Jadi kita yang perlu pandai gunakan masa itu. Tapi itu semua palsu! Masa telah menelan kebahagian Agness! Masa yang Agness gunakan hanya sia-sia sahaja. Hari perkahwinan Alice sudah pun tiba! Pelbagai kerja Agness buat untuk dapatkan Alice sebelum Alice digelar sebagai seorang isteri. Tetapi masa untuk Agness sudah pun tamat untuk dirinya. Sudah terlambat dia mahu dapatkan Alice kerana hari ini adalah perkahwinan Alice bersama naga tak guna itu! Dari semalam Agness tak dapat lelapkan matanya kerana dendamnya mula dirasai pada dirinya. Kini... DENDAM BUNIAN Agness sudah bangkit pada dirinya.

Di kamar Agness...

Agness menumbuk dinding bilik tanpa henti. Tak dinding cermin pun jadi mangsanya sehingga pecah. Tangan tengah luka berdarah pun dia tidak kisah asalkan dia dapat lepaskan geramnya. Hari ini hari Agness paling benci! Banyak-banyak hari, hari ini adalah hari paling dibenci oleh Agness iaitu hari perkahwinan Alice bersama lelaki naga yang dia paling benci.

"Tak guna! Tak guna! Tak guna! Kau memang nak aku seksa kan!" Agness menumbuk cermin biliknya sehingga pecah berderai. Darah mula mengalir tapi Agness hanya membiarkan sahaja.

"Tak guna kau naga! Kau rampas orang yang aku paling sayang!" Agness masih lagi menumbuk cermin pecah itu lagi. Biar tangannya bisa tapi jangan hatinya terseksa.

"Aku pastikan kau takkan hidup bahagia!" Agness mula berdendam dengan Alan. Kebahagian Agness dirampas oleh lelaki itu! Jadi tiba masanya Agness merampas kebahagian Alan.

Di Istana Kerajaan Bunian Mata Merah 'Timur'...

Segala persiapan sudah pun lengkap. Seluruh istana dihias rapi sempena majlis perkahwinan antara puteri bunian dan putera naga. Majlis diadakan di Istana pihak perempuan. Tak perlulah mahu menempah di kawasan lain. Hanya membazirkan wang sahaja mahu menempah satu kawasan itu dengan harga yang mahal. Nampaknya semua para tetamu sudah pun hadir untuk majlis tersebut. Hanya tinggal menunggu kedatangan pengantin lelaki. Pengantin perempuan pula sudah bersiap sedia untuk digelar sebagai seorang isteri.

Di Kamar Puteri Alice...

"Bonda, boleh anakanda mahu duduk sebentar?" Tanya Puteri Alice kepada bondanya. Sudah 20 minit dia berdiri kerana dayang-dayangnya sibuk memakaikan Alice dengan gaun pengantinnya. Memang mengambil masa yang agak lama untuk memakaikan gaun itu. Sebelum dia memakai gaun itu, Alice didandan secantik-cantiknya agar pengantin lelaki terliur melihatnya.

"Sebentar ye anakanda. Sekejap lagi selesai." Ujar permaisuri sambil memasangkan aksesori pada gaun Alice.

"Okey sudah siap. Anakanda kelihatan cantik pada hari ini." Ujar permaisuri sambil memuji kecantikan anakandanya.

"Benar kata permaisuri. Tuan puteri sangat cantik! Mesti Putera Alan tidak berkelip matanya melihat tuan puteri." Dayang-dayang juga turut memuji Alice. Didandan dan dipakaikan aksesori malah dipadankan dengan gaun putih Alice. Memang dia kelihatan cantik,anggun,jelita dan sebagainya.

"Nanti bila anakanda sudah menjadi seorang isteri, anakanda mestilah patuh dan taat kepada suami. Alice jaga diri baik-baiknya anakanda." Pesan permaisuri kepada Alice sebelum majlis perkahwinannya bermula.

"Baiklah bonda." Ujar Alice sambil tersenyum.

"Semuanya sudah siap? Pengantinnya sudah sedia?" Tanya Raja Wendel iaitu ayahanda Alice yang tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik tanpa mereka sedarinya.

DENDAM SEORANG BUNIANWhere stories live. Discover now