《006》Selamat Datang Ke Daerah Nowester

31 1 3
                                    

Pada keesokan harinya, Agness telah bersiap sedia untuk pergi ke Gunung Dirora untuk mendapatkan 9 kuntum bunga Erora yang cantik lagikan wangi. Pada malam semalam dia telah membuat persiapan untuk hadapi perkara yang tidak di ingini. Ikutkan hati Agness dia mahu bawa Aquel sekali untuk menemani dia untuk mendaki Gunung Dirora akan tetapi Aquel terpaksa mengikut keluarganya ke daerah Reidęn jadi Aquel tak dapat mengikuti Agness.

"Peta ada. Kompas ada. Makanan ada. Baju ada. Khemah ada. Duit ada. Barang peribadi ada. Alatan untuk mempertahankan diri daripada bahaya ada. Okey semuanya ada." Agness memeriksa barang-barang keperluan untuk pergi ke Gunung Dirora. Takut-takut tertinggal pula.

"Baiklah. Mari pergi!" Agness memulakan langkahnya untuk ke daerah Nowester iaitu daerah yang mempunyai pelbagai bahaya dan rintangan.

Tiba sahaja di daerah Nowester...

Agness hanya meneguk air liurnya apabila dia melihat papan tanda 'Selamat Datang Ke Daerah Nowester'. Papan tanda itupun nampak buruk. Memang tak bertanggungjawab penduduk di daerah ini papan tanda pun tak nak ganti! Harap je rumah cantik tapi tak nak bersihkan kawasan itu. Nasiblah daerah Nowester tu kecil kalau besar mesti macam-macam masalah yang datang.

Agness melihat penduduk di daerah itu hanya membuat hal sendiri. Jumlah penduduk di situ sungguh sedikit lagipun penduduk di situ semuanya berbangsa jadian raksasa tak pun mahluk daripada Dunia Gelap. Mereka melihat Agness semacam je sebab tiada bangsa lain yang akan datang ke situ melainkan urusan perniagaan tetapi Agness buat-buat tak tahu sahaja. Yang dia tahu datang situ petik bunga Erora pastu balik secepat yang mungkin.

Agness berehat seketika di sebuah kedai. Dia mahu menghirup secawan kopi lagipun penat kerana dia mengambil masa yang lama untuk ke daerah itu. Padahal dia yang mengada-ngada tak nak driver dia hantar ke daerah itu. Orang dah bagi kesenangan tapi tak nak gunakan pula. Baik bagi kat author dan readers kan senang!

"Pak cik, kopi O satu, set breakfast satu" Agness memesan secawan kopi dan hidangan breakfast. Tulah kat istana tak nak sarapan nasib bawa wang kalau tak merana kat situ.

Selang 3 minit hidangan Agness sudah sampai. Nampaknya penduduk di situ langsung tak tahu dia tu putera raja. Kalau tidak mesti ramai yang serbu dia.

"Kamu ni bukan orang sini kan?" Tanya seorang pak cik yang menghantar pesanan Agness itu.

"Ye. Kenapa pak cik?" Tanya Agness pula.

"Kalau kamu bukan orang sini kamu kena hati-hati sebab penduduk sini tidak suka orang asing lagi-lagi bukan mahluk berbangsa yang berunsurkan kegelapan jadi kamu kena tutup wajah kamu ni." Jelas pak cik itu. Patutlah penduduk di situ pandang Agness semacam je tadi.

"Kenapa saya perlu tutup muka saya ni?" Agness mengajukan semula soalan.

"Sebab mata dan rambut kamu tu warna biru cair dan biru cair tak melambangkan kegelapan jadi sama ada kamu warnakan rambut kamu atau gunakan sihir tukarkan warna mata kamu." Terang pak cik itu.

"Saya bunian mana boleh gunakan sihir melainkan saya ada permata seifer." Itulah kelemahan bunian tidak mampu gunakan sihir mereka cuma boleh menggunakan kemahiran mereka itupun mengikut warna mata mereka. Bunian hanya ada 3 jenis iaitu mata merah menunjukkan kepandaian dan kebijaksanaan, mata biru kemahiran berlawan dan mata hijau mempunyai kesemua deria yang amat jelas. Nasiblah Agness bunian mata biru pandai berlawan kalau tidak mesti dah kena makan dengan raksasa di daerah itu.

DENDAM SEORANG BUNIANWhere stories live. Discover now