Tanpa melihat gerangan orangnya,Sya terus mengambil tisu tersebut lalu mengelap air matanya yang menitis.Lelaki itu terus duduk di sebelahnya.
"Kau asal?Putus cinta ke?"Tanya lelaki itu.Terus Sya memandang lelaki yang berada di sebelahnya.Mata lelaki itu mengingatkannya kepada seseorang yang telah menyelamatkan dirinya daripada terjatuh.Yaa lelaki inilah yang menyelamatkan dirinya walaupun semasa itu mukanya dilitupi dengan mask.Tetapi dia masih ingat lagi mata biru milik lelaki ini.
"Awak Lelaki Misteri hari tu!!"Jerit Sya tidak percaya sambil memandang ke arah lelaki yang tinggi berada di sebelahnya itu.
"Aduh kau ni tak payahlah jerit! Sakit telinga aku!Kau asal sebenarnya? Menangis macam baru putus cinta je!Asal gaduh dengan pakwe ke?"Tanya Haiqal selamba.
"Sorry sikit dia bukan pakwe saya. Dia cuma kawan saya je! Itu pun dah jadi bekas kawan.Saya menangis bukan sebab putus cinta tapi sebab saya kena hina dan kena tuduh macam macam.Dia lebih percayakan orang lain daripada saya. Padahal dia dah kawan dengan saya dah lama.Kenapa dia buat saya macam ni haa?Hina sangat ke saya ni sampai tak layak jadi kawan dia?Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya sekarang ni.Sedih, sakit, benci,marah semua ada! "Luah Sya sambil tersedu sedu menangis.
"Dahlah tak payah nak menangis beria sangat!Kau tahu tak bila kau menangis muka kau buruk gila!Buang masa lah kalau kau menangis pada orang yang tak menghargai kau!Bukan setakat buang masa je,air mata kau yang mengalir ni pun sia sia je sebab lelaki tu!"Nasihat Haiqal panjang lebar.
Terus Sya mengesat air matanya dengan tangan.Sya memandang Haiqal dengan senyuman.
"Asal kau pandang aku macam tu?"Tanya Haiqal pelik.
"Kenapa awak pakai mask?Hari yang awak selamatkan saya tu pun awak pakai mask juga.Sampai tak sempat saya nak ucap terima kasih dekat awak.Tapi nasib baik kita jumpa juga hari ni!Dan nasib baik juga saya ingat mata awak. "Kata Sya sambil tersenyum.
"Stail aku memang macam ni.Aku lebih suka pakai mask daripada tunjuk muka aku sebenar.Aku tak naklah orang tergila gilakan aku disebabkan muka aku yang handsome ni!"Gurau Haiqal selamba.
"Eee perasannya awak ni!Kalau saya minta awak buka mask ni boleh?Bukan apa saya tak nak lupakan orang yang telah selamatkan saya."Kata Sya perlahan sambil tersenyum.
Muka Haiqal serba salah jadinya.Sya yang melihat muka Haiqal yang berubah terus tersenyum.
"Tak pelah saya tak paksa awak.Lagipun walaupun awak tak tunjuk muka awak, saya tetap ingat mata biru awak ni!So lepas ni boleh tak saya jumpa awak lagi?"Tanya Sya penuh harapan.
"Boleh,kalau kau ada masalah kau datang sini.Kau panggil je nama aku 3 kali. Aku akan datang jadi pendengar luahan hati kau."Kata Haiqal.
Sya yang mendengar terus tersenyum manis.
"Ishh cair pulak hati ni dengar hero hatinya cakap macam tu."Gelak Sya gedik.
"Ermm awak?"Panggil Sya.
"Hmm?"Balas Haiqal.
"Macam mana saya nak panggil nama awak kalau saya tak tahu nama awak?Awak tak bagitahu nama awak pun dekat saya!"Kata Sya tidak puas hati.
"Oh yaa, nama aku Haiqal.Kau?Tanya Haiqal.
"Nama saya Syazana."Kata Sya sambil tersenyum.
"Aku panggil kau Sya."Balas Haiqal.
"Ermm awak? "Panggil Sya lagi.
"Hmm? Kenapa ? "Tanya Haiqal sambil memandang gadis yang duduk disebelahnya.
"Awak ada masalah ke?Bukan apa kalau awak perlukan seseorang dengar masalah awak, saya ada."Kata Sya sambil tersenyum memandang Haiqal.
Terkedu Haiqal mendengar soalan yang keluar daripada mulut gadis kecil molek yang berada disebelahnya.
"Ermm dah lewat sangat ni.Baik kau balik sekarang.Aku tak apa sebab aku lelaki.Kau tu perempuan,bahaya sorang sorang dekat sini."Kata Haiqal lalu bangun dan ingin berlalu pergi.
"Awak!"Panggil Sya.
"Hmm."Balas Haiqal lalu memusingkan badannya menghadap Sya apabila namanya dipanggil.
"Terima kasih. Saya akan sentiasa ingat mata biru awak dengan nama awak,Haiqal."Ucap Sya sambil tersenyum manis.
"Welcome.Pergi balik dah malam ni. "Pesan Haiqal tegas.
"Okey,bye!"Kata Sya lalu memasuki kereta sambil melambai tangan kepada lelaki tersebut.Haiqal terus membalas lambaian gadis tersebut.
"Haiqal?Aku akan sentiasa ingat nama tersebut buat selama lamanya kerana dia ialah....hero sebenar aku."Kata Sya perlahan sambil tersenyum.
Di Kafe
"Kau okey ke Sya? Aku dengar cerita kau dengan Am bergaduh.Sampai hati dia tinggalkan kau semata mata sebab fitnah Tasya.Lelaki dayus betul.
Kalau dia ada dekat depan aku sekarang ni dah lama aku tumbuk muka dia!"marah Wawa lalu menggengamkam tangannya."Dahlah...aku redha dengan apa yang terjadi."Kata Sya seraya tersenyum pahit.
"Tapi apa yang perempuan dua ekor tu buat dah melampau sangat!Yang aku tak puas hatinya,asal Hanim tu fitnah kau?Apa masalah dia?Kalau Si Tasya tu aku dah masak sangat dengan perangai dia! Yang aku pelik sekarang ni pasal Hanim tu!Kes cemburu ke sampai fitnah kau?Yelah kau dengan Iqram kan rapat sangat, memang tak boleh dipisahkan!Sebab tulah kot dia cemburu pakwe dia selalu berkepit dengan kau!"Kata Wawa.
Sya hanya mengangkat kedua dua belah bahu dengan muka selamba.Dia malas hendak berfikir tentang lelaki yang sudah membuang dirinya jauh dalam hidupnya.
Tidak lama kemudian telefon bimbit Wawa berdering minta diangkat.Sya menganggukkan kepala memberi keizinan rakannya menjawab panggilan tersebut.
''Sya sorry aku terpaksa balik. Mak aku call tadi."Kata Wawa serba salah.
"Okey. Tak pe kau baliklah."Balas Sya sambil tersenyum.
"Habis kau macam mana?Tak nak balik ke?"Tanya Wawa.
"Aku nak stay dekat sini dulu.Nanti aku baliklah.Kau jangan risaulah. Aku okey je."Balas Sya.
"Okey lah kalau kau dah kata macam tu.Tak adalah aku rasa berat hati nak tinggalkan kau. Nanti balik drive elok elok tau.Kalau ada apa apa,kau call aku terus.Bye beb!"
"Bye!"Balas Sya sambil tergelak perlahan melihat kerisauan yang terpancar di muka sahabat baiknya.
Baru saja dia ingin sambung bermain telefon bimbitnya,sepasang pasangan kekasih yang begitu mesra menarik perhatiannya.
"Asal macam pernah nampak je muka perempuan tu?Itu bukan ke... ..
"Hanim!!"Jerit Sya dalam hati.
🌸🌸🌸
Sorry kalau hambar😂
Keep reading and vote gaiss😘💕

YOU ARE READING
❤Lelaki Itu Heroku❤
Romantizm~Syazana Akira ~Izz Haiqal " Buang masa lah kalau kau menangis pada orang yang tak menghargai kau ! Air mata kau yang mengalir ni pun sia sia je sebab lelaki tu ! " -Haiqal Haiqal , lelaki misteri yang sering menyelamatkan Sya tanpa Sya ketahui waja...