CH 1 - KAHWIN LAIN

6.7K 232 2
                                    


" Saya nak awak kahwin lain." lancar sahaja Qismiera menyatakan apa yang terbuku dalam hatinya sejak dari dulu lagi.

Wajah isterinya yang selamba dipandang bersama kerutan didahi. Tidak lama kemudian tawanya terlepas.

" Awak ni kalau nak bergurau jangalah sampai masuk bab kahwin lain. Karang saya kahwin betul- betul baru tahu." Masih ada sisa tawa dipengakhiran ayatnya. Langsung tidak ambil serious terhadap apa yang baru sahaja diucapkan oleh Qismiera.

" I'm not play with my words Mohd Fatih Arsy." Suara Qismiera tegaskan membuktikan bahawa dia tidak bermain-main.

" Awak ni dah gila ke?" Nada suara Fatih naik seoktaf. Belum pernah dalam hidup dia dengar yang isteri menyuruh suami berkahwin lagi satu. Isterinya memang dah gila.

" Ya memang saya dah gila. Saya nak awak kahwin lagi satu. Bukannya awak tak mampu kan ?" Membulat mata Fatih mendengar setiap bait ayat yang keluar daripada mulut Qismiera.

" Memang saya mampu. But saya tak akan kahwin lain. Awak ni kenapa ? Cuba bagi sebab kenpa awak nak saya kahwin lain ? "

" Cuba awak tengok. Kita dah kahwin dekat dua tahun wak. Dua tahun. Tapi kita still tak de anak. Awak tak teringin ke nak ada zuriat sendiri hah." Qismiera mengendurkan sedikit suaranya agar Fatih terpancing dengan pujuk rayunya itu.

" Heh. Itu je alasan awak. Tak logiklah. Mama okey je tak de cucu. Qis saya tak kisah kalau kita ditakdirkan tak ade anak. Saya redha." Tangan Qismiera dicapai dan digenggam erat. Tubuh Qismiera dipeluk erat agar dapat menenangkan isterinya daripada membicarakan mengenai hal ini.

" Memang mama, awak tak kisah. Tapi nenek awak. Mak cik awak. Semua tanya saya bila nak ada isi.. bila nak ada isi. Saya malu wak. Malu nak letak muka tahu. Sepupu awak semua baru kahwin dah ada anak kita dah dua tahun kahwin still bayang anak pun takde." Esakan halus daripada Qismiera membuatkan Fatih memeluk isterinya dengan erat.

" Kenapa awak nak kisah pasal orang cakap. Biar je orang nak cakap apa. Lagipun ada alternative lain kita boleh ambil contohnya anak angkat. kan kita boleh ambil anak angakat. Lagipun kita mampu apa."

" No. Awak kena kahwin lain juga." Pelukan Fatih dirungkai Qismiera.

" What. Please stop Qis. Don't talk about this. Keputusan saya MUKTAMAD saya tak akan kahwin lain." Fatih terus menuju keatas meninggalkan Qismiera yang masih dalam tangisan.

" I did this for you Fatih. Everything for you." Air mata yang mengalir keluar pantas diseka. Bilik bawak ditujunya. Ianya menjadi lumrah sekiranya mereka bergaduh salah seorang akan tidur diatas manakala seorang lagi tidur di bilik bawah.

" Nampaknya kau tidur bawahlah ni Qis." Gumam Qismiera perlahan sebelum menapak masuk ke dalam bilik tidurnya

            💔💔💔

Akibat perbalah yang berlaku hubungan antara Fatih dan Qismiera semakin dingin. Seoalah- olah mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Pandanganya terhala kearah pemandangan kota raya Kuala Lumpur. Keluhan kecil dilepaskan sambil otaknya merewang kearah masalah rumah tangganya.

" Hoi mak cik." Meja kerjanya diketuk kasar menyebabkan dia terkejut. Terkejut sahaja tak melatah ye.

" Kau pahal datang bilik aku lepastu ketuk meja bagai Salam mana ? " Bebel Qismiera panjang sambil matanya setia menjeling kearah sahabat baiknya Sara Nasuha.

" Wei aku ketuk pintu kau bagai nak pecah. Bagi salam lebih 3 kali. Tak kan tak dengar kot ? " Sara terus menghenyakkan punggunya kearah kerusi empuk yang diletakkan berhadapan dengan Qismiera.

" Yeke. Sorry tak perasan. " Senyuman maaf diukirkan Qismiera.

" Kau ada masalah ke ? Kalau ada sharelah dengan aku mana tahu boleh tolong." Mata Sara memandang kearah Qismiera yang dari tadi melepaskan keluhan.

" Mana ada problem. Just banyak kerja, so penat sikit. Tu je."

" Okaylah. Ni dokumen yang kau suruh aku siapkan semalam." Dokumen berwarna hitam bertukar tangan. Qismiera membuka dokumen tersebut dan membaca isi kandungan yang terdapat didalamnya. Senyuman tanda puas hati terukir di wajahnya.

" Bagus." Mendengar sahaja jawapan daripada Qismiera membuatkan Sara tersenyum bangga.

" Bagus je. Cuba bagi aku bonus. Lagi aku suka wei."

" Hek. Orang bagi betis nak peha. Karang aku bagi kaki padan muka kau. Ni takde Kerja lain ke. Dok melepak Kat aku punya office karang pekerja lain tengok cakap yang aku ni berat sebelah." Bebel Qismiera panjang lebar membuatkan Sara menutup kedua belah telinganya sehingga berlalu pergi.

Haih Sara Sara. Kepala digelengkan beberapa kali sebelum memulakan kerjanya yang tergendala akibat perbualan ringkasnya dengan Sara.

           💔💔💔

Jam menunjukkan angka 12.30 malam. Qismiera yang sedang lena tidur tiba-tiba terjaga. Mata digosoknya perlahan.

" Urm kat mana ni." Seluruh tubuh diregangkan sambil mata memerhati sekeliling.

" Astaghfirullah. Aku kat office lagi ke. Aduh mak." Dahi ditepuk perlahan. Meja yang berselerak dikemas terlebih dahulu sebelum pulang kerumah.

Langkah dilajukan menuju ke arah mini Cooper berwarna hijau tua. Masuk sahaja kereta tangannya pantas mencari telefon pintar yang diletakkan di dalam tas tangan.

" Hah jumpa pun." Jarinya menekan butang power. Tapi malangnya telefon pintarnya sudah kehabisan bateri.

" Lahai time nilah nak habis bateri." Telefon dicampakkan ketepi. Pantas sahaja tangannya cuba menghidupkan enjin. Tanpa berlengah lagi Qismiera terus memandu keretanya menuju ke runahnya.

Kereta diparkirkan betul- betul di belakang kereta suaminya. Melihat kereta Fatih, Qismiera yakin Fatih akan membebel kearahnya. Perlahan- lahan Qismiera membuka pintu rumah. Kaki dijengkitkan supaya mengelakkan diri ditangakap oleh sang singa kelaparan. Setelah mempastikan pintu sudah dikunci, pusing sahaja kebelakang susuk tubuh Fatih yang sedang berdiri dihadpannya sambil bercekak pinggang sudah membuatkan Qismiera kecut perut.

" A..a.wak. kenapa tak tidur lagi." Lambat- lambat Qismiera bertanya. Kepala ditundukkan ke lantai. Tidak berani menghadap muka Fatih yang sedang marah.

" Sekarang pukul berapa ? " Qismiera menilik jam tangannya. Jarum jam menunjukkan angka satu.

" Saya tanya sekarang pukul berapa? " Soal Fatih sekali lagi tetapi kali ni dengan nada yang amat menggerunkan.

" Satu."

" Hah tahu pun. Awak tahu tak saya call awak banyak kali. Bukan nak angkat." Muka Fatih yang dulunya putih bertukar merah menyala, membuatkan Qismiera kecut perut.

" Sorry bukannya sengaja. Saya tertidur dekat office sampai tak sedar pukul berapa. Nak call awak battery phone nak habis."

" Ah alasan je." Fatih terus membelakangkan Qismiera. Hatinya begitu panas dengan sikap Qismiera sejak ahkir-akhir ni. Busy memanjang. Sedangkan dia yang doctor ni pun boleh balik on time.

" Betul wak saya tak tipu." Tangan kanannya diangkat seakan membaca ikrar.

" Sebenarnyakan saya tertanya-tanya. Awak suruh saya kahwin lain sebab nak ada anak ataupun awak nak lepaskan tanggungjawab awak sebagai seorang isteri." Herdik Fatih membuatkan Qosmiera terkejut. Belum pernah Fatih mengherdiknya.

" Saya suruh awak kahwin lain sebab saya nak awak ada anak sendiri. Dahlah esok jelah kita sambung saya dah penat nak tidur." Kaki Qismiera menuju kearah tangga, belum sempat dia mandaki anak tangga..

" Saya dah fikir masak-masak yang saya akan kahwin dengan Arissa. Awak kenalkan siapa dia." Langkah Qismiera terus terhenti. Dia memusingkan badannya menghadap Fatih.

" Hmm.. baguslah." Tanpa berlengah lagi Qismiera terus menuju kearah biliknya. Pintu tersebut ditutup rapat dan dikunci. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya keluar jua.

" Saya tak kisah awak kahwin dengan orang lain but bukan Arissa." Ayat ini mahu sahaja disebut dekat Fatih tapi apakan daya dia yang meminta dia juga harus menerima pilihan Fatih.

 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now