CH-8 ( HONEYMOON 1 )

4.6K 170 15
                                    


MOHD FATIH ARSY POV

Sliding door menuju ke laman belakang Fatih tolak perlahan-lahan. Tangan didepakan menikmati udara segar pagi.

" Nyamannya."

Sedang dia asyik menikmati keindahan alam semula jadi, kedengaran bunyi pintu ditolak, dia menoleh kebelakang dan lihat Arissa berjalan kearahnya sambil tangan diselukkan kedalam poket hoddienya.

" Sayang, kan awak demam. Pergi rehat dekat dalam bilik." Tangan Fatih naik menyentuh dahi Arissa. Alhamdullilah kebah sikit demamnya.

" Abang ni saya dah sihat. Jangan risau, okay." sentiment lebar diberikan kepada Fatih. Fatih tergelak kecil dan memandang kehadapan semula.

" Ah, ni abang nak tanya ni? sayang ada tak tempat yang sayang teringin nak pergi?" Soalan yang dikemukakan oleh Fatih membuatkan dahi Arissa berkerut sebentar.

" Paris, I guess. Kenapa abang tanya?" Jawapan daripada Arissa membuatkan Fatih tersenyum lebar. Tangannya diselukkan kedalam poket seluar. Perlahan-lahan dia keluarkan hadiah buat isterinya, Arissa.

Tiket percutian ke Paris disua kearah Arissa. Arissa yang terpinga-pinga dengan situasi yang berlaku hanya membatukan diri sambil memandang kearah tiket ditangan Fatih. Dibaca isi kandungan tiket itu berulang kali. Apabila memahami isi kandungannya dia memandang Fatih seakan terkejut dengan apa yang berlaku.

" Betul ke abang?" Melihat anggukan daripada Fatih, Arissa terus memeluk erat tubuh Fatih.

" Thank you abang."

" Welcome sayang." Balas Fatih sambil dagunya diletakkan di kepala Arissa.

NUR QISMIERA ADLIEA

Surat yang baru sahaja diterima menimbulkan rasa tidak puas hati. Dia memandang Sara, berharap bahawa berita yang diterima itu palsu.

" Kenapa aku?" Soal Qismiera kepada Sara yang memeluk tubuh memandangnnya.

" Kan aku dah cakap tadi Erica tak boleh pergi sana because dia ada family matters. Sebab tu aku suruh kau pergi." Jawapan Sara menyebabkan Qismiera merengus kegeraman.

" Hennry kan ada, biarlah dia pergi seorang diri."

" Wei kau gila ke apa nak serahkan projek million dollar dekat dia. Karang rugi kau yang menyesal." Qismiera benar-benar buntu. Dia tak mahu pergi ke sana. Tak sama sekali.

" Kau. Ah! Kau bolehkan. Please gantikan aku?" Qismiera terpaksa rendahkan egonya kerana perkara sebegini. Ego letak tepi, sekarang ni cara memikat hati seoarang Sara.

" Aku ada kerja lainlah. Kau yang suruh aku jadi supervisor projek dekat Shah Alam tu. Karang tak ada siapa tengok, habis rugi kita. Alah pergi jelah, mana tahu dia tak ada." Kata-kata Sara yang akhir sekali diulang beberapa kali seperti kaset rosak.

' okay maybe dia dah tak ada kat situ. Relax.' Qismiera menarik nafasnya dan menanggukan kepalanya tanda bersetuju dengan Sara.

' Paris, I guess we meet again."

MOHD FATIH ARSY POV

Setelah beberapa jam menaiki pesawat Airlines, akhirnya Fatih dan Arissa menjejakkan kakinya di
Aéroport Paris-Charles de Gaulle. Bagasi hitam ditarik menyami langkah mereka berdua. Senyuman lebar terukir dibibir Arissa. Pertama kalinya dia menjejakkan kakinya di kota cinta ini. Lengan Fatih dipeluk erat.

" Thanks abang sebab bawa saya ke sini." Ucapnya perlahan sambil kepalanya dilentukkan ke bahu Fatih.

" Anything for my princess." Mereka berdua berhenti sebentar luar, menunggu ketibaan untuk membawa mereka ke hotel. Setelah menunggu 20 minit akhirnya ada teksi yang kosong. Fatih memberitahu nama hotel yang ditempah olehnya. Pemandu teksi itu menanggukkan kepalanya seraya mengajak mereka masuk ke dalam.

HOTEL LAUROS

  Mata Arissa meliar melihat dekorasi hotel yang menjadi pilihan Fatih. Didalam hatinya tidak henti memuji keindahan dan kecantikan hotel tersebut.

" Sayang jom." Lamunan Arissa terhenti apabila mendengar suara Fatih. Dia akur lalu mengikut langkah Fatih.

Kad akses pintu hotel digunakan untuk memasuki ruang bilik tersebut. Apabila pintu dibuka meluru Arissa masuk kedalam.

" Abang cantiknya. Saya sukalah." Setiap pintu yang ada Arisaa buka dan lihat. Dari tandas sampai almari baju pun dibuka. Fatih yang masih dihadapan pintu menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum kecil melihat perwatakan Arissa.

" Sayang dah-dah lah. Semua pintu awak dah cuba bukak. Mehlah tolong saya angkat beg ni."  Arissa yang cuba membuka laci meja menghentikan perbuatannya. Dia tersenyum malu apabila ditegur sebegitu rupa. Dia melangkah kearah Fatih sambil tersenyum.

" Sorry abang." Fatih pura-pura memasamkan mukanya. Alah sekali-sekala mahu Arissa memujukknya. Arissa yang melihat perubahan dimuka Fatih mula resah. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Alah abang janganlah marah, saya tolong awak eh. Meh sini beg tu saya kemas." Bagasi hitam yang berada disebelah Fatih cuba ditarik Arissa, malangnya Fatih pantas merentap beg tersebut daripada Arissa dan berlalu pergi menuju ke almari.

Arissa bingung. Dia mengerutkan dahinya memikirkan bagaimana untuk memujuk Fatih. Belum sempat dia menoleh kebelakang, terasa ada tangan meilngkar di pinggangnya. Tak payah tanya pun dah tahu.

" Eleh tadi merajuk."

" Saya saja je tadi. Mana boleh berjauhan dengan sayang." Arissa hanya menggelengkan kepalanya mendengar ayat daripada Fatih. Tangan yang melingkar dipinggannya ditarik perlahan. Arissa memusingkan tubuhnya menghadap Fatih.

" I love you abang."

" I love you too."

QISMIERA ADELIA POV

Akhirnya hari yang membuatkan dia gementar telah tiba. Hari dimana dia akan menuju ke kota Paris. Pesawat peribadinya sudah lama berlepas dari lapangan terbang KLIA. Beberapa jam lagi tinggal untuk dia sampai ke sana.

" Boss, do you want some tea or coffee because I want to make one for myself." Henry menyoal Qismiera. Melihat gelenggan daripada Qismiera membuatkan dia mengerti. Terus langkahnya menuju kearah pantry dibelakang.

Qismiera melihat kearah telefon pintarnya. Mesej yang dihantar olehnya kepada suaminya Fatih hanya berbalas " k " . Dia memandang keluar tingkap, melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.

' Dia tak kisahkan kau Qis. Dia dah lupa ke pasal benda tu.' getus hati kecilnya. Dia terasa dengan balasan mesej daripada Fatih. Fikirnya Fatih akan menghalangnya daripada pergi ke sana, tapi dibalas pula dengan " k". Tanpa dia sedar air matanya jatuh mengalir ke pipi.

" Boss. Why are you crying?" Teguran daripada Henry membuatkan Qismiera tersentak. Dipandang Henry yang baru tiba dari pantry membawa secawan teh. Pantas dia mengelap air mata yang jatuh menggunakan tisu dihadapannya.

" Oh nothing." Dia kembali menghadap komputer riba.  Perbentangan mensyuarat yang bakal dihadapi esok hari disiapkan.

Setelah berjam-jam lamanya didalam pesawat , akhirnya dia tiba dilapangan terbang Paris. Beg ditarik menyamai langkahnya. Setibanya diluar kereta Limousin hitam bersama seorang pemandu diluar menyambutnya dan Henry.

" Madam."  Pemandu tersebut mengambil beg Qismiera dan Henry, lalu meletakkannya dibonet kereta. Qismiera bersama-sama masuk kedalam kereta tersebut. Kereta itu bergerak dan menuju ke jalan raya yang sibuk.








 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now