CH 18 ( LIES )

5.9K 194 10
                                    


  Qismiera menggengam erat borang yang berada di tangannya. Surat yang baru diminta oleh peguamnya telah sampai di mejanya. Otaknya memikir sama ada keputusan yang dilakukan olehnya adalah keputusan yang tepat atau tidak.

" Qis kau betul-betul ke nak buat benda ni?" Soal Sara yang dari tadi merenung muka Qismiera yang kelihatab sugul.

" Wei aku betul-betul mintak maaf, kalaulah aku dengan adam tak datang haritu mesti Fatih tak tuduh kau bukan-bukan kan. Aku bagitahu dia perkara sebenar eh, biar nama kau bersih." Melihat gelengan Qismiera membuatkan Sara berdecit tidak puas hati. Dah banyak kali dia cuba nak jumpa Fatih dan memberitahu perkara sebenar tapi Qismiera sudah memberi amaran terlebih dahulu.

" Sara ni rumah tangga aku dengan dia. Masalah ni masalah kitaorang berdua so biar aku yang settle kan masalah ni."'

" Tapi..." Belum sempat Sara membalas kata-kata Qismiera, Qismiera pantas memotong percakapannya.

" Ah ni kau kata minggu depan kau pergi Dubai kan sebab nak jumpa parents Adam kan nak bincang pasak tarikh perkahwinan korang."

" Yup aduh Qis aku takutlah. Dahlah first time aku jumpa parents dia. Berdebar jantung wei." Qismiera mengukir senyuman kecil apabila berjaya mengalih perhatian Sara daripada berbincang mengenai masalah rumah tangga nya.

" Alah apa susah kau relex jelah. But relex-relex pun jangan sampai kau buat perangai selamba badak kau tu. Macam kau selalu buat dekat rumah aku. Ambil air sendirlah, curi biskut oreo akulah." Sara memutarkan bola matanya tanda menyampah dengan statement Qismiera.

" Memang taklah aku buat macam tu, mahu direject nya aku oleh parents Adam. Hanya rumah kau je yang aku buat." Qismiera hanya menggulingkan bola matanya tanda menyampah. Seketika dia melihat kearah jam tangannya.

" Ah wei aku ada meeting dengan klien so aku cau dulu. Kau pula duduk dekat office aku ni jangan buat macam harta kau sendiri pula."

" Bising ah kau." Qismiera tertawa kecil apabila melihat muka cemberut Sara. Dia menggelengkan kepalanya dan berlalu pergi.

Sara yang masih lagi berada disitu memandang kearah meja Qismiera. Kertas yang ditinggalkan Qismiera diambil dan ditilik dengan penuh teliti.

" Aku harap sangat kau bincang dulu dengan Fatih sebelum buat keputusan ni." Borang tersebut diletakkan kembali didalam sampul dan diletak dengan cermat diatas meja.

2 weeks later

Dubai

SARA POV

" Adam saya nervous lah." ujar aku sambil menggosok kedua belah tangan. Peluh wei.

" Sayang awak nak nervous kenapa bukannya awak nak pergi meminang saya. Jumpa je pun." Bahu Adam dipukul kasar. Ada ke patut dia cakap aku nak masuk minang dia.

" Aduh sakitlah awak. Yang pergi pukul saya dah kenapa." Adam yang sedang gosok bahunya dijeling. Matanya memandang sekeliling melihat bangunan yang tersegam indah di kota dubai ini.

Tiba-tiba mata terpandang susuk tubuh yang amat dikenalinya.

" Awak nampak tak apa yang saya nampak?" Jari ku arahkan kearah sekumpulan manusia yang berada diseberang jalan.

" Eh itukan Fatih. Dia buat apa dekat situ?" Mata aku gosok sekali lagi. Memang sah itu dia. Baru sahaja aku ingin membuka langkah menuju kearah Fatih bahu ku ditarik kebelakang.

" Awak nak buat apa pergi sana?" Tangan Adam yang berada dibahu aku tolak.

" Saya nak buat perhintungan dengan orang tu." Belum sempat Adam menghalang, aku laju sahaja berlari anak kearah Fatih. Nasib tidak banyak kerata yang lalu ketika itu.

" Aunty Aliyah." aku menegur Puan Aliyah yang berada dihadapan.

" Eh Sara terkejut aunty, Sara buat apa dekat sini? Kerja ke?" Soalan yang keluar dari mulut Puan Aliyah membuatkan aku menggelengkan kepala.

" Saya datang sini dengan Adam, nak jumpa parents dia." Adam yang baru sahaja ingin melepaskan lelah ditarik rapat kearah aku. Aku melirik kearah wajah Fatih. Kelihatan raut wajah Fatih berubah apabila melihat Adam disisi.

' haha padan muka tubuh lagi yang bukan-bukan.' gelak aku dalam hati.

" Amboi Sara tak lama lagi aunty dapatlah makan nasi minyak kamu. Ah kamu datang sini Qis tahu ke."

" Eh tahu sangat, dia orang pertama yang tahu. Haritu kitaorang adalah lawat dia masa dia baru balik dari rumah aunty sambil bawa ayam KFC katanya kempunan. Time tulah kitorang bagitahu dia aunty." Aku rasa nak tergelak melihat wajah Fatih yang terkulat-kulat. Namun ditahan sahaja. Kalau keluar mahu dianggap gila. Adam disebelah mencuit lengan aku tanda tidak puas hati.

" Ah by the way aunty. Aunty buat apa dekat sini?" Soal aku.

" Oh aunty bercuti. Jalan-jalan dengan Adam dengan Arissa. Alah apa orang kata eh. Family trip. Ah yelah family trip. Tapi tulah tak lengkap sebab Qis tak de. Kata Fatih dia busy ada outstation dengan klien dari luar negara." Aku mengerutkan dahi. Tanda pelik dengan kata-kata Puan Aliyah. Kalau tak silap minggu ni Qis tiada appointment dengan mana-mana klient luar.
 

Belum sempat Sara bertanya dengan lebih lanjut kata-katanya di potong Fatih.

" Ma jomlah kita pergi. Kesian Adam dengan Sara. Lambat pula dia jumpa parents Adam."'

" Ah ye tak ye jugak kan. Aunty pergi dululah. Good luck Sara." Setelah selesai mengucapkan selamat tinggal aku menoleh kearah Adam.

" Awak saya peliklah kenapa aunty cakap Qis ada jumpa client dari luar. Tak silap saya minggu ni dia mana ada appointment dari klien luar."

" Maybe ada awak je tak tahu. Jomlah kita pergi. Restaurant tu dekat depan tu je."

" Eh jap awak saya nak pergi tandas. Awak pergi lah dulu." Tandas awam yang berdekatan aku tuju. Bukan nak pergi sebab nak melepas tapi nak confirm kan sesuatu.

Text mesej dihantar kearah Qismiera. Setelah selesai, dia menilik mukanya di hadapan cermin takut nanti direjectnya.

Kuala Lumpur, Malaysia


Baru sahaja Qismiera ingin membuka pintu pejabatnya tiba-tiba kedengaran telefonnya berbunyi. Terbantut terus dia untuk membuka pintu. Dia membuka pesanan yang masuk, nampak sahaja nama Sara tertera dia sudah menggulingkam bola matanya.

" Tak habis-habis nak jealous kan aku dengan gambar Dubai dia tu." Jari ditekan kearah skrin telefon.

" Wei aku jumpa Fatih, Arissa dengan aunty aliyah. Diorang buat family trip dekat sini. Tapi bila aku tanya kenapa kau takde, aunty cakap Fatih dah call kau and kau cakap kau jumpa klien penting. Tak silap aku kau dah clearkan jadual kau untuk minggu ni kan?"- Sara

Text mesej itu membuatkan Qismiera mengerutkan dahinya. Fatih call? Semenjak pergaduhan mereka haritu tiada pula pesanan atau call dari Fatih. Qismiera menyemak sekali lagi log call dan WhatsApp nya. Tiada nama Fatih disitu. Maknanya he telling lies tu his family...

 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now