CH 20 - ( SORRY )

7.5K 233 20
                                    


FATIH POV

 

   Keadaan yang sedikit suram membuatkan aku sedikit takut. Aku toleh kekiri dan kekanan. Suasana sangat berkabus dan suram. Tiba-tiba  bunyi dentuman yang agak kuat kedengaran di corong telinga. Aku toleh kearah belakang, sambil kaki mengikuti bunyi tersebut. Suasana kabur menyukarkan aku untuk melihat kejadian tersebut dengan jelas. Semakin aku merapati, semakin jelas penglihatan aku. Aku lihat dengan jelas sebuah kereta yang sudah kemik bahagian depannya manakala dihadapannya sebuah lori terbalik.

Aku bergerak rapat menuju kearah kereta yang seakan aku pernah lihat. Aku mengintai kedalam kereta tersebut. Jantung mulai berdegup laju. Aku mengintai wajah pemandu yang sudah dipenuhi darah. Aku amati wajahnya, dan terus membulat mata aku.

" Qis... Qismiera?"

Terus aku terjaga daripada mimpi ngeri yang menghantui aku tadi. Jantung aku berdegup laju. Peluh pulak menitik laju didahi. Perasaan takut mula menguasai diri. Aku toleh kesisi dan lihat Arissa yang sedang lena diulit mimpi. Dengan perasaan yang gementar, aku bangun daripada duduk dan menuju kearah bilik air. Wuduk diambil dan aku mula menunaikan solat tahjud.

  Keesokan harinya aku cepat-cepat keluar daripada rumah tanpa menghiraukan panggilan mama. Rumah aku dan Qismiera dituju. Sampai sahaja dihadapan rumah Qis, dia lihat rumah kelihatan kosong. Cepat-cepat dia keluar daripada keretanya dan menuju kearah pagar.

" Qis.. Assalamualaikum." Berkali-kali aku mengucapkan salam. Nak bukak pintu kunci aku tertinggal tadi dekat rumah. Berkali-kali juga aku menekan loceng rumah.

" Eh Fatih, lama acik tak nampak." Suara Mak Joyah jiran sebelah menyapa telinga.

" Eh makcik, urmm makcik nampak Qis tak. Saya nak balik terlupa kunci rumah pula." Mak Joyah menggelengkan kepalanya tanda tidak nampak dan mengetahui keberadaan Qismiera.

" Dari semalam lagi acik tak nampak dia." Jawapan Mak Joyah membuatkan aku berdebar. Kalau dia tak balik semalam, kemungkinan..

" Ni acik nak cakap sikit dengan kamu ni Fatih. Acik harap kamu tu tak terasalah dengan kata-kata makcik ni. Perempuan ni perlukan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya daripada suami, lagi-lagi orang macam Qis tu. Dahlah mak ayah dia dah lama meninggal. Saudara mara pun tak ada, jadi kamu sebagai suami kenalah berikan perhatian secukupnya. Sebab hati perempuan ni sangat fragile, sekali hancur susah nak cantum balik. Acik harap kamu faham ye." Mak Joyah terus meninggalkan aku yang termangu-mangu. Aku faham maksud Mak Joyah. Ya Allah Qis maafkan saya.

Kereta dipakir dihadapan syarikat milik Qismiera. Satu-satunya tempat yang Qismiera menghabiskan sepenuh masanya. Laju langkahnya menuju kearah pejabat milik Qismiera. Belum sempat aku ingin menerjah masuk, tubuh aku dihalang.

" Maaf encik, Puan Qis tiada sekarang kalau encik nak berjumpa dengan Puan Qis, encik kena buat appointment dulu." Aku mendengus kasar. Ini yang malas ni.


" Eh hello saya ni suami kepada boss awak. So perlu ke saya nak buat appointment bila nak jumpa dia?" Aku menolak tubuh secretary Qismiera. Dan sekali lagi dia pantas menghalang.

" Saya minta maaf encik. Saya ditugas kan untuk menghalang sesiapa sahaja yang ingin cuba memasuki pejabat Puan Qis. Lagipun sekarang Puan Qis memang takde dari semalam lagi dia mintak leave." Belum sempat aku ingin membidas kata-kata perempuan dihadapan aku, aku disapa Sara.

" Apa kecoh-kocoh ni?"

" Macam ni cik Sara, encik ni cakap dia nak jumpa boss tapi boss takde. Saya mintak dia buat appointment dulu but dia berkeras juga nak jumpa boss."

 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now