CH - 19 ( THE LAST CHANCE )

6.9K 202 13
                                    


  Qismiera berjalan ulang-alik dihadapan perkarangan rumah Puan Aliyah. Kuku digigit, menghilangkan rasa berdebar dalam hati. Semalaman dia tidak dapat tidur apabila Puan Aliyah memberitahu bahawa mereka akan pulang dari Dubai hari ini. Sesekali Qismiera melihat kearah skrin telefonnya melihat jam yang tertera. Tiba-tiba berhenti sebuah kereta dihadapan Qismiera.

" Qis." Jerit Puan Aliyah sejurus selepas keluar dari kereta. Tubuh Qismiera didakap erat oleh Puan Aliyah.

" Rindu mama." Qismiera membalas pelukan Puan Aliyah namun matanya terarah kearah susuk tubuh lelaki yang sedang memunggah barang-barang dari bonet kereta.

" Mama pun rindu anak mama yang sorang ni. Kalau Qis ikut mesti meriah." Qismiera hanya tersenyum hambar.

" Mama nak masuk dululah sengal badan mama duduk dalam kapal terbang lama-lama ni. Arissa dengan Qis jomlah masuk sekali. Barang-barang biar orang lelaki yang uruskan."

" Jom Qis masuk Arisaa pun ada nak bagi ole-ole dari Dubai untuk Qis."

" Eh takpela Qis nak jumpa Fatih kejap, ada hal nak bincang. Arissa masuk dulu eh." Arissa hanya menanggukkan kepalanya. Seusai Arissa hilang daripada pandangan, Qismiera mula menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Fatih dihadapannya.

" Ada apa awak nak jumpa saya?" Dengan datarnya Fatih bertanya.

" Saya nak kita settlekan masalah kita. Sampai bila kita nak end up macam ni Fatih?" Fatih hanya diam membisu tanda dia tidak tahu bagaimana lagi untuk menyelesaikan masalah mereka berdua.

" Awak saya tanya ni."

" Qis, honestly saya dah tak tahu nak buat apa. Saya runsing tahu tak. Macam nilah kita settle lain hari ye saya penatlah." Fatih yang ingin masuk kedalam rumah sempat ditahan oleh Qismiera.

" Nope selagi kita tak settle masalah kita selagi tu saya tak nak berganjak dari sini." Tegas sahaja bunyi Qismiera tanda dia benar-benar serious.

" Qis tolonglah faham saya ni baru je bailk, tak kan kita nak bincang pasal benda ni. Jangan serabutkan kepala saya boleh tak?"

" Serabutkan? Saya serabut kan kepala awak. Eh awak sedar tak everything happen because of you!" Qismiera mengawal jeritannya kerana tidak mahu Puan Aliyah dan Arissa mengetahui masalah rumah tangga mereka. Belum sempat Fatih membidas kata-kata Qismiera. Kedengaran suara Arissa mengajak Fatih dan Qismiera ke dalam rumah.

" We talk later." Fatih memusingkan badannya kearah pintu rumah. Namu belum sempat Fatih melangkah suara Qismiera mula menyapa telingannya.

" Do you ever love me? "

" Apa awak merepek ni Qis. Please we talk about this later okay." Sekali lagi langkah Fatih dihalang Qismiera.

" Sometimes I even wonder why we married at the first place. Now I know why. All this time awak just kesian kan saya, bukan sebab cinta but kesian." Qismiera sudah menunduk. Bila-bila masa sahaja air matanya ingin mengalir di pipi.

" Qis please kita tak boleh bincang benda ni sekarang. Emosi awak tengah tak stabil sekarang ni. Nanti we figured this out." Sekali lagi suara didalam rumah berbunyi. Menyuruh Qismiera dan Fatih masuk kedalam.

" This is your last chance Fatih. Selangkah awak pergi dari saya, saya akan keluar dari hidup awak." Fatih hanya menghela nafasnya. Namun dia tetap meneruskan langkahnya pergi meninggalkan Qismiera.

Perlahan-lahan air mata mula mengalir dari pipi Qismiera. Dia tidak mahu berdiri disini macam orang bodoh. Laju dia membawa langkah kearah keretanya. Laju keretanya memecut meninggalkan pengkarangan rumah Puan Aliyah. Kereta mini Cooper milik Qismiera laju membelah jalan. Matanya kabur dengan air mata. Kedengaran guruh mula berdentum kuat tanda bumi akan dibasahi hujan. Tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya kedengaran. Qismiera menoleh kesisi untuk melihat siap yang menelefonnya. Tanpa dia sedari lori dihadapannya mula hilang kawalan. Kedengaran bunyi hon memekik dari arah luar menyebabkan Qismiera memandang hadapannya semula. Bulat matanya melihat lori yang terbalik dihadapannya.
Cepat-cepat Qismiera menekan breknya dan....

__________________________________________________________

Sorry for the late update guys and sorry kalau hambar guys.🤗

 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now