CH-12 (HONEYMOON III)

4.3K 184 11
                                    


Qismiera yang melihat Adam cuba untuk mendekatinya membuatkan Qismiera mengingati perkara yang telah lama dia padam. Cepat-cepat dia bangun daripada kedudukannya tadi. Lutut seluar dikebas sedikit, membuang debu-debu yang terlekat akibat jatuh.

" Qis." Apabila lelaki dihadapannya bersuara dia mulai menggigil ketakutan. Semua hentakan, tamparan menerjah di minda. Seluruh tubuh badannya menggigil ketakutan.

" Qis finally I found. God I've been looking for you anywhere. By the way, I'm sorry, because I accidentally bump you." Qismiera yang berada dihadapnnya cuba didekati, namun gadis itu perlahan-lahan menapak kebelakang apabila melihat Adam mula melangkah.

" Qis are you okay?" Tangan Qismiera cuba dicapai namun ditepis kasar.

" Don't y..ou da..r..e to touc..h me." Tersekat-sekat suara Qismiera apabila dia bersuara.

" Qis.." belum sempat Adam menyambung kata-katanya, Qismiera pantas meninggalkannya. Qismiera laju melangakah meninggalkan Adam bersendirian. Tangannya menyeluk poket jaket, mengambil telefon pintar yang disimpan tadi.

Jarinya pantas mendail nombor Fatih, berharap suaminya dapat membantunya. Namun, kesemua panggilan yang cuba dia buat tidak diangkat malah panggilan yang terakhir dimatikan sendiri oleh Fatih. Qismiera menoleh kebelakang. Apabila mendapati Adam tiada disitu dia duduk dibangku berhampiran. Jarinya sekali lagi mendail nombor Fatih, namun dimatikan sekali lagi.

  Akhirnya, Qismiera membuat keputusan untuk mendail Sara kerana dia memerlukan seseorang untuk menenangkan dirinya.

" Yo what up bro. Oh kau dah sampai Paris tak call aku kan. Apa punya kawan..." Bebelan Sara hanya diendahkan oleh Qismiera. Sara yang sibuk membebel mula menghentikan bebelannya apabila terdengar esakan perlahan daripada Qismiera.

" Qis kau kenapa?" Soal Sara perlahan.

" A..ku jumpa dia." Walaupun Qismiera tidak memberitahu siapa si dia yang dia jumpa, tapi Sara tahu bahawasanya dia yang disebut oleh Qismiera ialah Adam Lewis, si jejaka yang membuatkan hidup Qismiera Adelia tidak seceria seperti dulu.

" Aku takut Sara. Aku takut."

" Okay aku nak kau relax and then balik semula hotel okay. Rehatkan diri and minda. Nanti aku fly sana okay. By the way kau dah call Fatih?" Mendengar sahaja nama suaminya disebut oleh Sara membuatkan Qismiera mengetap giginya kuat. Sakit hatinya dengan sikap Fatih yang mematikan panggilannya.

" Dah, tapi tak angkat." Mendatar sahaja suara Qismiera.

" Okay tak apa esok pagi aku sampai kay. Aku nak kemas barang jap. Jaga diri." Sara mematikan panggilan mereka berdua. Qismiera tersandar kepenatan dibangku tersebut. Tangannya sibuk mencari lokasi tempat dia berada sekarang. Rupa-rupanya dia berada di Eiffel Tower.

Baru dia perasan bahawasanya binaan Eiffel Tower berdiri dengan gah dihadapnnya. Dia menikmati keindahan binaan tersebut walaupun dulu dia sudah tengok berjuta-juta kali sewaktu belajar disini. Apabila merasakan dia sudah lama disini, Qismiera mahu beredar pulang. Baru sahaja dia memusingkan tubuhnya kesebelah Kanan, dia ternampak susuk tubuh Arissa dan Fatih yang sedang berjalan sambil berpegangan tangan.

Qismiera merasakan bahawa tubir matanya panas. Lama juga diberdiri disitu semata-mata mahu melihat kemesraan antara suaminya dan juga madunya. Tiba-tiba mata Fatih beralih kearahnya, dua mata itu saling bertaut sebelum Qismiera sendiri menoleh kebelakang dan pantas meninggalkan tempat itu.

💔💔💔

Qismiera melabuhkan duduknya dikerusi cafeteria yang terdapat dihotel miliknya. Dia duduk termenung, mengingati kembali pertemuannya dengan Fatih sebentar tadi. Air mata mulai jatuh membasahi pipi. Belum sempat Qismiera seka air matanya mengunakan tangan, muncul sehelai tisu didepannya.

 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now