CH-5 ( I'M SAD BUT I PUT MY FAKE SMILE )

4.2K 183 1
                                    


Tempat kosong disebelah Fatih dituju dan Qismiera terus menghenyakkan punggungnya disebelah Fatih. Matanya memandang kearah Fatih sebentar dan kemudian menghala kearah television yang memaparkan perlawanan bola antara Chelsea dan Liverpool. Persekitaran yang sunyi menyebabkan Qismiera rasa janggal. Seketika matanya memandang kearah Fatih yang sedang khusyuk melihat perlawanan bola tersebut.

" Nak tanya apa?" Soal Fatih yang dari tadinya hairan dengan Qismiera. Qismiera terseyum seketika.

" Urmm.. saya nak tanya... Majlis nikah awak dengan Arissa bila?" Fatih mencapai telefon bimbitnya dan jarinya menari-nari diatas skrin telefonnya itu.

" Hari Sabtu minggu ni." Qismiera menanggukkan kepalanya. Dalam kepalanya sibuk mengira berapa hari lagi yang tinggal.

' hari ni hari Selasa.. lagi 5 harilah kan?' desis hatinya.

" So.. awak tak keluar ke hari ni buat preparation?"

" Keluar. Kejap lagi. Lepas habis bola." Mendengarkan jawapan daripada Fatih, Qismiera terus tersenyum lebar.

" Kalau macam tu, awak hantar saya pergi rumah mamalah. Mesti sekarang ni mama tengah buat hantarankan? So saya nak pergi tolong mama boleh?" Melihat anggukan daripada Fatih membuatkan Qismiera terus bangun dan berlari masuk kedalam bilik tidur untuk menukar bajunya.


RESIDENTIAL EAST

Kereta yang dibawa Fatih berhenti dihadapan rumah Puan Aliyah. Setelah bersalaman dengan suaminya, Qismiera keluar dari kereta dan menuju kearah pagar rumah double story house itu. Loceng dibunyikan beberapa kali dan diselangi dengan ucapan salam. Masuk sahaja ucapan salam yang ketiga, kelihatan seorang wanita berbaju kelawar merah jambu membuka pintu.

" Lah Qis ke? Kejap eh."  Wanita itu masuk ke dalam rumahnya. Pintu pagar yang dari tadinya tertutup telahpun dibuka. Qismiera menapak masuk kedalam rumah Puan Aliyah.

" Mama sihat." Tangan Puan Aliyah dikucup mesra.

" Alhamdulillah sihat. Ni kenapa datang tak bagitahu mama. Mama tak masak banyak hari ni."

" Eh takpayah susah- susah masak mama. Qis datang ni pun nak tolong mama buat hantaran." Bahagian tengah ruang tamu dituju. Kelihatan hampir 90% barang hantaran sudah disiapkan. Hanya tinggal 2 dulang sahaja lagi yang perlu disiapkan.

" Qis duduk dulu, mama nak ke dapur buat air kejap." Belum sempat Puan Aliyah keluar daripada ruang tamu, Qismiera memanggil Puan Aliyah.

" Mama tak payah susah-susah buat air bagai."

" Alah takpe, sekali sekala. Qis duduk dulu, tengok apa yang patut mama nak buat air kejap je. Okay." Puan Aliyah terus berlalu pergi menuju kerah dapur. Qismiera duduk bersimpuh diatas lantai. Matanya meliar memandang barang-barang hantaran. High heels, handbag, perfume Channel, dan banyak lagi. Tangannya naik menyentuh bunga palstik berwarna putih, dan diletakkan elok dicelahan-celahan bunga yang lain. Setelah berpuas hati dengan gubahannya dia memandang kearah dapur. Kelihatan Puan Aliyah yang sedang bersusah payah untuk mengangkat dulang air.

" Mama, meh sini Qis bawakan." Dulang air tersebut bertukar tangan.

" Qis letak je dekat atas meja kopi tu." Qismiera mengikut arahan Puan Aliyah. Dulang air diletakkan cermat diatas meja. Kemudian dia duduk bersila disebelah Puan Aliyah.

" Qis nak tolong ke?" Laju sahaja kepala Qismiera mengangguk apabila mendengar soalan daripada Puan Aliyah.

" Nah ambil gunting ni, potong reben, lepastu tampal dekat sekeliling dulang hantaran ni." Dengan cermat Qismiera menggunting reben tersebut. Setelah selesai menggunting reben itu dia menampal gunting tersebut disekitar dulang.

" Mama nak tanya Qis soalan boleh?" Soalan Puan Aliyah membuatakan Qismiera menghentikan kerjanya sementara.

" Boleh." Kendengaran Puan Aliyah menarik nafasnya sebentar sebelum mula bertanya kepada menantunya. Jantung Qismiera mula berdetak laju.

' janganlah mama tanya pasal perkahwinan ni sudah.' desis Qismiera dalam hati.

" Qis tak kesah ke Fatih kahwin lain." Dummm!!! Jantungnya seakan-akan terhenti. Qismiera kehilangan kata-katanya. Perbualan mereka terhenti sementara. Qismiera menarik nafas dia sebelum memulakan bicara.

" Qis rasa Fatih mesti bagitahu mama kan?" Tebak Qismiera.

" Memang Fatih ada bagitahu mama. Tapi bila difikirkan balik isteri mana yang nak suami dia kahwin lain. Cuba cerita dengan mama kenapa Qis suruh Fatih kahwin lain." Qismiera memandang kosong kearah dulang hantaran yang sudah lama siap. Dia rasa yang tubir matanya mahu mengeluarkan cecair. Puan Aliyah yang berada disebelahnya dipandang.

" Take a deep breath. Cuba cerita dekat mama kenapa? Fatih ada buat salah dekat Qis ke?" Soal Puan Aliyah sekali lagi. Air mata yang cuba ditahan dari tadi mulai tumpah, otaknya mula memikirkan sebab utama dia menyuruh Fatih berkahwin lain. Tanpa melengah masa
Puan Aliyah memeluk tubuhnya erat.

" Lepaskan semuanya Qis, mama setia mendengar dan membantu Qis." Tangisan Qismiera kedengaran diseluruh rumah.

 
💔💔💔

Pintu pejabat yang tertutup erat tiba-tiba ditolak kasar oleh seseorang. Qismiera mengangkat kepalanya sedikit dan melihat kearah pintu. Sara yang sedang berjalan kearahnya tidak dihiraukan, malah dia terus menghadap kearah komputernya.

" Explain to me Qis." Sampul surat yang dicampak keatas meja dipandang bersama kerutan di dahi. Lambat-lambat dia mencapai sampul surat tersebut dan membukanya perlahan- lahan.

Walimatulurus

MOHD FATIH ARSY

&

NUR ARISSA KAYLA

Setelah membaca isi kandungan sampul surat, dia memasukkan kad tersebut kedalam sampul surat Dan meletakkannya di atas meja.

" Nak explain apa?" Soal Qismiera. Tangannya disilangkan kedada. Sudah lama dia jangkakan perkara ini.

" Explain to me, kenapa Fatih kahwin dengan Arissa? " Sara memandang tajam kearah kawan baiknya itu. Kedengaran di halwa telingannya keluhan Qismiera.

" Okay. Aku yang suruh Fatih kahwin lain." Jawapan Qismiera membuatkan Sara terkejut.

" Are you crazy." Jerit Sara, Qismiera yang berada dihadapannya terkejut.

" Fatih tukan husband kau.. macam.. macam mana kau boleh suruh husband kau kahwin lain beb. Ke dia yang desak kau suruh bagi dia kahwin lain ? "

" Aku yang suruh dia kahwin lain. Lagipun kau tahukan sebab apa." Qismiera memandang Sara dengan pandangan yang sayu. Sara melepaskan keluhan kecil dibibirnya.

" Takkan sebab tu wei?" Qismiera menangguk apabila mendengar soalan yang keluar daripada Sara.

" haih... Habis tu kau okay ke tak?" Qismiera menayangkan senyuman lebar kepada Sara. Sara menggeleng kepalanya sebelum berlalu pergi.

Qismiera bangun daripada tempat duduknya dan menuju kearah balkoni pejabatnya. Pandangan dihalakan kearah langit dunia. Sakit. Itu yang dirasakan sekarang. Tangannya naik menyentuh dadanya dan menepuknya berkali-kali. Demi kebahagiaan si dia, dia sanggup mengorbankan rasa kasih sayang dan cintanya. Tanpa sedar air matanya mulai jatuh.

I'm really sad Fatih about all this but I always put my fake smile when I'm around you so you doesn't seen my pain. - qis

 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now