CH - 21 ( END )

10.5K 255 31
                                    

   Apabila malam mulai melabuhkan tirainya baru Fatih pulang ke rumah Puan Aliyah. Baru sahaja dia menutup pintu rumahnya kedengaran suara Puan Aliyah memanggilnya.

" Ya Allah Fatih, Fatih pergi mana? Pagi-pagi dah keluar rumah tak bagitahu mama dengan Arissa. Kitaorang dari tadi call Fatih, nak tanya Qis ada dengan Fatih tak. Sebab mama call dia dari pagi tak jawab-jawab." Fatih hanya membiarkan pertanyaan Puan Aliyah. Dia duduk kerusi berdekatan sambil meramas rambutnya kasar. Puan Aliyah geram apabila pertanyaannya diendahkan oleh Fatih.

" Fatih mama tanya ni? Fatih ada jumpa Qis tak? Mama nak bagi hadiah dari Dubai ni."

" She's gone mom. Qis dah tinggalkan Fatih mama. Semua ni salah Fatih ma." Fatih menceritakan perkara yang sebenar. Pergaduhan yang berlaku sebelum mereka pergi ke Dubai lagi serta perkara yang berlaku pada hari mereka pulang dari Dubai. Dalam masa yang sama sehelai kertas dihulurkan kearah Puan Aliyah. Puan Aliyah dengan segera merampas kertas tersebut daripada tangan Fatih. Dia membaca isi kandungan surat tersebut bersama-sama Arissa.

" Fatih baik Fatih cakap ni semua prank kan? Mama tak percaya semua ni. Semua ni tipu aje kan?" Melihat gelengan Fatih membuatkan Puan Aliyah hampir-hampir rebah. Namun sempat ditangkap oleh Arissa.

" Ya Allah, Qis." Akhirnya air mata Puan Aliyah jatuh membasahi pipi. Dia risau dengan Qismiera yang tiba-tiba menghilangkan diri.

" Mama tak kira. Mama nak Fatih cari Qis sampai jumpa. Faham!" Dengan segera Puan Aliyah meninggalkan Fatih yang masih lagi menundukkan kepalanya memandang lantai.

" What have you done abang. Rissa tak sangka abang sanggup buat Qis macam tu." Arissa menggelengkan kepalanya berkali-kali sebelum dia turt sama meninggalkan Fatih.

Fatih menendang meja kopi dihadapannya tanda melepaskan geram terhadap dirinya sendiri.

💔💔💔💔

Setahun kemudian,

  Kedengaran sayup-sayup alunan ayat Al-Quran di tanah perkuburan Islam. Setelah dia menghabiskan bacaan Yassin, dia mengeluh sambil memandang kearah batu nissan dia hadapannya. Nama mama dan papa Qismiera terukir di batu nisaan tersebut.

" Mama, papa. Fatih mintak maaf sebab Fatih dah lukakan hati isteri Fatih sendiri. Fatih lupa dengan janji yang Fatih dan buat dengan mama dan papa sehari sebelum mama dengan papa meninggalkan Qis. Mama suruh Fatih tengok-tengokkan Qis. Bahagiakan dia. Jangan bagi dia menangis. Tapi semua janji tu Fatih mungkiri. Fatih sendiri yang sakitkan hati dia. Fatih sendiri yang buat dia menangis. Sekarang ni dia dah pergi tinggalkan Fatih. Fatih tak tahu dia masih hidup lagi atau tidak. Fatih nak sangat jumpa dia nak mintak maaf atas segala kesalaham Fatih terhadap Qis. Fatih minta maaf sekali lagi dengan mama papa sebab gagal tunaikan janji Fatih. Fatih pergi dulu. Assalamualaikum." Dengan langkah yang berat dia melangkah pergi.

Namun tanpa dia sedari seseorang telah memerhatikannya dari jauh. Kaca mata hitam yang dipegang dipakainya. Setelah susuk tubuh itu hilang dari pandangan dia melangkah pergi menuju kearah kereta Range Rover yang dipakir dikawasan yang agak tersorok.

" Nak kita gerak sekarang ke Qis?" Melihat anggukan daripada majikannya Uncle Zack segera menghidupkan enjin keretanya dan kereta laju membelah jalan raya yang agak lenggang.

" Ma..ma." anak kecil yang bersuara disebelahnya dipandang dengan penuh kasih sayang.

" Ye puteri mama. Puteri mama nak apa?" Terus dipangku puteri kesayangannya itu diatas riba. Tubuh kecil itu dipeluk erat dan didodoikan anak kecil itu. Sambil itu dia teringat kembali kisah yang berlaku terhadapnya setahun yang lalu.

 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now