CH-6 (FARISSA)

4.3K 189 8
                                    

QISMIERA ADLIEA POV

" Aku terima nikahnya Nur Arissa Kayla Binti Akmal dengan mas kahwinnya 780 ringgit tunai."

" Sah.. sah.. alhamdullilah." Tangan ditadahkah bagi mengaminkan bacaan doa tok kadi. Selepas habis bacaan doa, bermulalah majlis pembatalan air sembahayang. Qismiera pula hanya duduk disebalik dinding memerhati merpati dua sejoli yang sedang galak mengambil gambar. Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang.

' Adohai mahluk halus mana yang ganggu aku ni.' monolognya dalam hati.

Qismiera memusingkan badannya 280 darjah dan lihat Sara yang sedang memandang tepat kearahnya.

" What??" Soal Qismiera malas.

" Kau okay ke?" Qismiera menggulingkan mata lepas mendengar soalan daripada Sara.

'Ada ke patut tanya aku soalan macam tu.' Desisnya dalam hati

" Ada nampak mummy happy, takkan so your answer is I'm not okay." Qismiera memalingkan muka kehadapan semula. Haish diorang ni tak habis lagi ke nak tangkap gambar. Time aku kahwin dua gambar je dapat. Huhu what a life.

" Ni aku nak bagitahu kau ni yang site dekat Shah Alam ada problem." Suara Sara yang bak ayam berkokok membuatkan Qismiera memandangnya kembali. Kening Qismiera angkat untuk mendapatkan kepastian. Melihat anggukan daripada Sara membuatkan Qismiera bergegas menuju keluar diikuti Sara. Sempat Qismiera menjerit kearah Puan Aliyah bahawa dia terpaksa keluar sebentar. Enjin kereta mini Cooper dihidupkan dan bergegaslah Qismiera dan Sara pergi ke pejabat.


💔💔💔

Bam!!

Bunyi hentakkan meja membuatkan beberapa pekerja Emelda Holdings tunduk menekur lantai.

" I dah berapa banyak kali pesan suruh laporkan apa-apa masalah projek ini dekat saya. Tapi apa yang korang buat.. hah!! File laporan pun tak hantar... I always remind to myself, maybe you guys nak hantar semua bila projek dah siap, rupa-rupanya... Kontraktor lari.. projek terbengala.. and now kita dah rugi ratusan juta disebabkan perangai korang ni." Jerit Qismiera tanpa menghiraukan sesiapa.

" Now I nak you guys betulkan balik kesilapan korang. Projek bodoh macam ni pun tak boleh nak handle macam mana pula projek yang besar-besar. Adam you as a chief project, tak boleh ke nak buka mulut tu untuk bagitahu I masalah yang jadi. Ada emas, perak kat dalam mulut tu sampai tak boleh nak bagitahu I atau Sara pasal problem project ni hah." Adam hanya diam menekur lantai. Dalam hatinya mula mengutuk diri sendiri.

" Right now I nak all of you bertanggungjawab. Adam I nak you buat balik laporan pasal projek ni, start from scratch. Faham." Adam menangguk kepalanya laju setelah mendengar arahan daripada Qismiera, bosnya.

" Amyra, I nak you buat balik laporan finance pasal projek ni. I nak tahu berapa banyak kita rugi. Zarid you, cari kontraktor baru and cari juga tender baru yang boleh cover kerugian kita. By Monday, I nak kerja ni ada atas meja. Faham."

" Faham boss!" Jerit pekerja-pekerja Emelda Holding.

" Dah tunggu apa lagi. Gerak." Adam, Amyra dan Zahid terus bangun dan berlari anak keluar daripada bilik mesyuarat. Qismiera yang dari tadi lenguh berdiri terus melabuhkan duduknya diatas kerusi empuk. Tangannya naik memicit dahi yang sedikit pusing. Migraine dah mai dah.

" Nah minyak angin." Minyak yang berada dalam tas tangan Sara dikeluarkan dan dihulurkan kearah Qismiera. Qismiera mengambil minyak angin daripada Sara dan menyapunya sedikit ke dahi.

" Kau okay tak ni?" Soal Sara kerisauan. Melihat anggukan daripada Qismiera Sara mengeluh perlahan.

" Kalau macam tu aku gerak dulu pape roger." Sara bangkit daripada duduknya dan berlalu keluar daripada bilik mesyuarat.

Qismiera tersandar kepenatan dikerusinya. Stress. Itu yang dirasainya sekarang. Akhirnya Qismiera tertidur kepenatan


💔💔💔

Bau nasi goreng kampung menerjah masuk ke dalam rongga hiding Qismiera. Jam dinding dapur dikerling seketika sebelum menceduk nasi goreng ke dalam mangkuk kaca ditepi. Berhati-hati dia membawa mangkuk ke meja makan.

" Eh Qis bila balik ?" Qismiera menoleh ke arah sisinya, dan lihat Arissa yang sedang menuruni anak tangga.

" Malam semalam."

" Aih baru bangun. Ingatkan esok baru nak bangun." Puan Aliyah yang baru sahaja keluar dari dapur bersama dulang di tangan menyoal.

" Sorry ma. Tadi lepas subuh terlelap tu yang lambat bangun." Arissa hanya tersenyum kelat. Qismiera yang melihat perubahan wajah Arissa mula rasa Kasihan. Dia tahu yang Puan Aliyah sangat membangkang perkahwinan ini.

" Urmm, jom makan. Nanti nasi dah sejuk tak sedap." Pelawa Qismiera menutup rasa janggal yang sedang berlaku diantara Puan Aliyah dan Arissa.

" Good morning." Sapaan pagi daripada Fatih menbuatkan semua mata memandang kearahnya.

" Baru bangun nampak."

" Sorry ma terlajak tidur." Fatih duduk disisi Arissa sambil memeluk bahu isterinya itu. Qismiera hanya memandang dengan persaan sebal di dada. Nasi goreng yang ditelan terasa tawar.

" Sayang cedukkan abang nasi goreng. Please." Kedengaran manja suara Fatih. Sayang? Abang? Qismiera hanya menundukkan mukanya ke pingan. Air mata cuba ditahan sejak tadi.

" Tak payah nak gedik sangat macam kamu tu baru kahwin. Patutnya cakap terima kasih dekat Qis yang bangun pagi- pagi masakkan nasi goreng kegemaran kamu." Bebel Puan Aliyah. Qismiera memandang kearah Puan Aliyah dan cuba untuk menghalang Puan Aliyah daripada bergaduh dengan anaknya sendiri.

" Memang Qis pandai masak, tapi dia bukannya selalu ada dekat rumah layan SUAMI. Sibuk je memanjang. Isteri jenis apa tu ma." Pernyataan daripada Fatih amat mengejutkan Qismiera. Dia terdiam sambil matanya memandang kearah Fatih yang hanya memandang selamba kearahnya.

" Fat..

" Mama Qismiera keluar dulu." Qismiera memotong ayat Puan Aliyah. Dia tidak mahu keruhkan keadaan.

" Tak habis- habis dengan kerja. Cuba jadi macam Arissa, berhenti kerja lepas kahwin." Kedengaran sinis sahaja kata-kata Fatih.

" Qis pergi dulu." Tangan dihulur kearah Fatih. Selendang yang diletakkan dikerusi dicapai dan disangkutkan ke leher. Pintu dibuka dan dia melangkah keluar.

" Fatih.. kenapa cakap macam tu dekat Qismiera. Kamu tahu tak, dia tu nak ziarah kubur arwah mama dengan papa dia, bukannya nak pergi kerja."
Marah Puan Aliyah. Dia tidak sangka bahawa anaknya sanggup membuat tuduhan tak berasas terhadap Qismiera. Fatih hanya terdiam. Rasa bersalah mula menguasi dirinya. Dia bangun daripada duduk dan melangkah keluar dari rumah.

💔💔💔

Pintu pagar ditolak perlahan- lahan. Kakinya dijejakkan ke tanah perkuburan Islam berdekatan dengan rumah Puan Aliyah. Matanya meliar melihat nama yang dirinduinya. Dia tersenyum hambar memandang kearah batu nissan yang tercacak ditanah perkuburan tersebut.

Tikar dibentangkan dan alunan bacaan Yassin mula sayup-sayup kedengaran. Seusai habis membaca surah Yassin, dia mencabut rumput yang hidup liar.

" Ma, pa, miera rindu mama dengan papa. Sorry dah lama tak jenguk mama dengan papa. Mi..era.. " air mata yang ditahan sejak tadi mulai gugur. Air matanya diseka menggunakan jari.

" Do you think that I make the right decision? Make other people happy.. while I'm not. Haha.. kenapa bila Miera ziarah mama dengan papa je, Miera nangis." Qismiera pantas menyeka air matanya. Lantas dia bangun dan melipat tikar yang digunakan. Lebihan selendang yang jatuh diletakkan ke bahu semula sebelum bergerak meninggalkan kawasan tersebut.

Dari kejauhan Fatih memerhatikan Qismiera. Dia menundukkan kepalanya, seraya berkata,

" I'm sorry."

 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now