CH 16 - (WELCOME HOME)

4.9K 190 17
                                    


  Qismiera memandang sepi tangannya apabila jururawat menarik keluar jarum yang berada ditangannya. Kali ini dia rasa kosong, seakan-akan rohnya dibawa pergi bersama anaknya. Rasa dirinya gagal menjadi seorang ibu. Andai sahaja dia ikut cakap Sara untuk pergi ke klinik, sudah pasti dia tidak akan mengalami keguguran.

" Okay Puan, so hari ni Puan boleh discharge. But make sure Puan jaga pantang, kalau tak nanti makin teruk." Seusai berpesan kepada Qismiera, jururawat tersebut berlalu meninggalkanya.

" Urmm, Qis. Aku nak..." Belum sempat Sara menghabiskan kata-katanya pintu bilik wad ditolak. Terpampang wajah Puan Aliyah dan Fatih disisi.

" Qis." Puan Aliyah terus meluru kearah Qismiera dan memeluk erat tubuhnya. Dia ada cuba juga untuk menjenguk Qismiera, akan tetapi dilarang Sara kerana ketika itu emosinya belum stabil.

" Mama anak Qis, mama" Qismiera menghamburkan tangisannya didalam dakapan Puan Aliyah.

" Mama tahu, dah jangan nangis lagi. Okay sayang. Mulai hari ini mama jaga Qis sepanjang Qis pantang okay." Kata-kata Puan Aliyah membuatkan Qismiera menghentikan tangisannya.

" No Qis tak nak. Qis tak nak duduk dengan pembunuh tu." Jerit Qismiera sambil matanya memandang Fatih yang jelas terkedu disitu.

" Qis, qis kena juga balik rumah mama. Kalau Qis duduk rumah Sara, Sara mana tahu nak jaga orang pantang macam mana. Kalau duduk dengan mama, mama jaga Qis okay."

" Betul tu Qis, aku manalah tahu jaga orang pantang macam mana. Takpe kau duduk sampai kau habis pantang and then habis pantang, aku ambil kau balik rumah okay?" Kata-kata Puan Aliyah disokong oleh Sara. Bukannya dia tidak mahu menjaga sahabat baiknya. Tapi dia sendiri mana tahu nak menjaga orang pantang. Buatnya sakit makin teruk, tak ke naya.

Akhirnya lambat-lambat Qismiera menanggukkan kepalanya.

          
            💔💔💔

Akhirnya kereta milik Fatih berhenti dipengkarangan rumah milik Puan Aliyah. Sampai sahaja dihadapan rumah Puan Aliyah, Qismiera cepat-cepat membuka pintu kereta. Dia tidak mahu duduk lama-lama didalam kereta dengan Fatih disebelahnya. Belum sempat kakinya mencecah lantai, Fatih memeggang lengannya menghentikan pergerakan Qismiera.

" Lepaslah Fatih." Datar sahaja suara Qismiera. malas mahu melayan Fatih.

" Mama masuk rumah dulu, Fatih ada something nak bincang dengan Qismiera." Puan Aliyah yang memahami kehendak anaknya terus berlalu masuk kedalam rumah. Biarlah mereka berbincang berdua, lagipun ini masalah rumahtangga.

Qismiera merengus kasar. Dia menolak kasar tangan Fatih yang masih berada dilengannya.

" Nak cakap apa?"

" Okay look saya mintak maaf. I'm sorry for everything that I've done. Saya tak sangka awak.." kata-kata Fatih dipotong terlebih dahulu oleh Qismiera.

" Awak tak sangka saya pregnent. Kalah saya pregnant sekali pun awak nak jaga saya ke? Haha tak payahlah Fatih saya mengandung ke tak ke, tumpuan awak hanya ada pada Arissa kan? Kalau saya mati sekali pun awak tak kesah sebab awak dah ada Arissa." Qismiera menghamburkan kemarahannya. Jelas sekali kesabarannya sudah lama hilang.

" Tak masalahnya sekarang ni awak nak libatkan Arissa kenapa? She nothing to do with our problem. Pleaselah Qismiera, both of us know right now kita kena fix our relationship." Lirih suara Fatih, meminta Qismiera memahami apa yang dia mahukan.

" This problem start bila awak tinggalkan saya demi Arissa."

" Arissa, Arissa! Jangan nak salahkan Arissa. Awak yang suruh saya kahwin lain. Jadi jangan salahkan Arissa dalam situasi ni." Jeritan Fatih menyentakkan tangkai hati Qismiera. Air mata mula jatuh satu persatu.

" Kalau macam tu semua salah saya. From the beginning semua salah saya kan. If that so, lepaskan saya." Sejurus sahaja Qismiera mengucapkan apa yang terbuku dihatinya, dia terus keluar dari kereta. Manakala Fatih pula menghentakkan tangannya kearah stereng kereta sambil menjerit.

" Qis, sihat hari ni?" Masuk sahaja kedalam rumah, Qismiera terus disoal oleh Arissa. Arissa dalam masa yang sama membantu Qismiera memapahnya kedalam, namun ditolak lembut oleh Qismiera.

" I'm okay. Takyah susah-susah tolong pun. Mama bilik Qis dekat mana?" Puan Aliyah yang baru sahaja mengemas bilik buat Qismiera terus meluru kearah Qismiera, mengajaknya menuju kearah biliknya.

           💔💔💔

Seusai menyudahkan solat fardhu zohor, Qismiera perlahan-lahan menapak keluar dari bilik. Kelihatan makanan sudah siap tersedia diatas meja makan.

" Qis mari makan." Puan Aliyah menarik kerusi buat Qismiera duduk. Qismiera melabuhkan duduknya diatas kerusi. Dihadapannya sudah tersedia bubur kosong bersama sayur masak air.

" Buat masa ni Qis makan makanan pantang dulu eh." Qismiera menganggukkan kepalanya seraya menyuapkan bubur tersebut kedalam mulutnya.

" Abang janganlah kacau perut Arissa." Gelak tawa suara seseorang kedengaran dari tangga.

" Biarlah. Baby jangan jadi macam mama, bebel je." Qismiera yang mendengar suara mereka menghentakkan sudu yang berada ditangannya, tersentak Arissa dan Fatih yang baru sahaja sampai di meja makan tersebut. Qismiera terus berlalu menuju kearah bilik dan menghentakkan pintu biliknya.

" Biar abang tengok." Belum sempat Fatih menuju ke bilik Qismiera, Puan Aliyah terlebih dahulu menegah.

" Takpe biar mama yang tengok. Korang berdua makan." Bubur dan sayur sawi masak air dibawa oleh Puan Aliyah ke bilik Qismiera.

Di dalam bilik duduk termenung diatas katil. Puan Aliyah masuk perlahan-lahan dan meletakkan dulang makanan di tepi katil Qismiera.

" Qis jom makan, biar mama suapkan."

" Mama letak je dekat tepi tu nanti Qis makan." Puan aliyah mengendahkan kata-kata Qismiera. Dia duduk bersebelahan dengan Qismiera.

" Mama tahu Qismiera cemburu, tapi Qismiera kena makan jugak. Nanti lambat sembuh macam mana." Qismiera mengeluh perlahan. Dia duduk menghadap Puan Aliyah sambil mengenggam erat tangan Puan Aliyah.

" Mama.. Qis ada benda nak bagitahu mama. Tapi jangan marah tau."

" Apa dia sayang. Bagitahu mama." Qismiera menarik nafas sedalam-dalamnya.

" Macam ni....

       
            💔💔💔

" Abang Arissa risaulah dengan Qismiera." Fatih yang terbaring diatas katil ditatapnya.

" Abang pun risau jugak, tapi sekarang ni sayang kena jaga kesihatan dengan baby." Tangan Fatih melekap diatas perut Arissa.

" Sayang kenapa baby tak tendang pun. Abang tertunggu tunggu tahu tak?" Mendengar soalan Fatih, Arissa ketawa terbahak-bahak.

" Sayang kenapa gelakkan abang?" Fatih memuncungkan mulutnya tanda merajuk dengan Arissa.

" Abang ni nama je dokter tapi benda macam ni pun tak tahu. Baby baru je sebulan lebih manalah boleh tendang lagi." Arissa menghabiskan sisa tawanya sambil menggeleng perlahan.

" Alah sayang abang doktor apa, sayang doktor apa."

Tanpa mereka sedari, Qismiera mendengar segala perbualan mereka. Cemburu itu yang dia rasakan sekarang. Masuk sahaja kedalam bilik, Qismiera jatuh melurut dipintu biliknya. Tangisannya sayup-sayup kedengaran. Rasa bahawa dirinya orang ketiga dalam kisah cinta ini. Rasa dirinya tidak layak memiliki cinta seorang suami iaitu Fatih.

So guys sorry author dah lama tak updated. So comments tau how things going between Fatih, Arissa and Qismiera.

 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now