CH-11 ( FLASHBACK II)

3.7K 133 5
                                    


Perlahan-lahan Qismiera membuka kelopak matanya. Dia mengerutkan dahinya, apabila kepalanya rasa berdenyut. Dia cuba untuk mengurut kepalanya menggunakan tangan, namun tangannya rasa diikat dengan sesuatu. Dia menoleh kebelakang dan lihat dirinya diikat pada sebatang tiang besi. Dia cuba untuk merungkai ikataan tali tersebut, namun hampa. Apabila rasa penat mencuba, dia bersandar pada tiang besi.

" Help." Jerit Qismier sekuat hati. Mana tahu ada orang terdengar ke walaupun nampak mustahil. Setelah beberapa kali cubaan meminta pertolongan, Qismiera mendiamkan diri. Dia memandang sekelilingnya.

' nampak macam bilik bawah tanah." Bisik hati kecilnya. Apabila sudah penat menjerit dan cuba membuka ikatan, akhirnya Qismiera tertidur kepenatan.

💔💔💔

MOHD FATIH ARSY POV

Fatih duduk dikerusi batu sambil melihat cebisan kertas yang menjadi bahan bukti utama kehilangan Qismiera. Dia menongkat dagunya sambil otaknya bekerja keras memikirkan siapa yang menculik Qismiera. Setelah sekian lama memproses dan menghadam segala maklumat, Fatih baru teringat akan sesuatu. Beg sandang ditepi disandang, dan dia melangkah menuju ke belakang bangunan universitynya.

Kepala ditolehkan ke kiri dan ke kanan, mencari satu susuk tubuh yang dapat membantunya. Tiba-tiba matanya terancap pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Fatih berlari anak kearah kawasan yang agak terpencil.

" Danny." Jeritan Fatih menyebabkan Danny menoleh kebelakang. Jelas kelihatan Danny mengeluh dan menyuruh gadis dihadapanya menuju ke tempat lain.

 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now