Kakiku terasa berat untuk diangkat. Semuanya kerana si bongkak itu membentesku sewaktu aku ingin keliar daripada kelas. Menyesal aku tidak keluar terlebih awal. Sudahlah begitu, aku kehilangan duitku. Namun, aku tahu siapa pencurinya;
Si bongkak anak toke pompuan tulah.
Tidak sampai sekerat jalan, aku berhenti di tepi pondok. Pondok di mana selalunya budak-budak bujang melepak petang-petang sambil bermain gitar, ataupun beriadah. Ada juga anak ketua kampung yang pernah merogol anak gadis kampung ini.
Apabila teringatkan hal itu, aku jadi ketakutan. Untuk mengelakkan apa-apa lagi kecelakaan yang bakal menimpaku, aku cepat-cepat bangkit.
Apalah malangku. Sudahlah pening ditampar semalam, tulang keringku sakit dibentes, duitku hilang, aku lapar, membetis pula untuk ke rumah, hari pula panas terik, apabila memikirkan rumah lagi, haa...
Kenapa aku masih bernafas..?
YOU ARE READING
B:)li
Short Story"Buli" is everywhere. Bukan setakat budak sekolah. Its spreading anywhere, anytime. Bila-bila masa. Bak bom jangka.