Bodoh! Aku benci dunia ni!
Beg aku campak ke lantai.
Bodoh!
Aku selak lenganku, berlebam-lebam dibelasah.
Kau ni jantan ke betina hah sial?! Takde kerja lain ke? Baik mampus lah betina sial!
Perlahan-lahan air mataku mengalir. Aku rasa betul-betul tak berguna. Kenapa semua orang benci aku?
Tiba-tiba ayah masuk ke dalam bilikku. "Ayah nak buat apa?!"
"DIAM!" Dia menggeledah bilikku, mencari apa jua yang dimahunya. Dan aku tahu apa yang dikehendakinya; tabungku.
"ABANG! JANGAN!" Emak meronta-ronta digenggaman ayah. Aku pula?
Terkedu. Apa ni?
Aku lihat ayah memukul mak di hadapanku. Menampar pipi putihnya, menggoncang-goncang badannya serta menjerkah-jerkah di wajah suci emak.
Tiba-tiba timbul satu idea di otakku.
Di dapur ada kayu.
YOU ARE READING
B:)li
Short Story"Buli" is everywhere. Bukan setakat budak sekolah. Its spreading anywhere, anytime. Bila-bila masa. Bak bom jangka.