Aku bergegas ke bilik guru kerana sakit perutku semakin memulas.
Pintu staff room (bilik guru) ditolak. Beberapa orang guru memandangku sebelum kembali mengalihkan pandangan, berpaling daripadaku.
"Cikgu, saya sakit perut."
"Saya bukan cikgu bertugas. Awak pergilah cari cikgu bertugas."
Wow. Begitu eh?
Aku berlalu ke meja cikgu yang lain. Kali ini cikgu Melayu bertudung pink (merah jambu). "Cikgu, cikgu tahu siapa cikgu bertugas?"
Sambil menggeleng-geleng, dia membalas. "Errr entahlah, taktahu."
Baik. Aku melangkah keluar daripada bilik sial itu, ke pejabat sekolah.
"Puan, puan tahu tak siapa cikgu bertugas minggu ni?"
Tanpa memandangku, dia menjawab. "Check lah kat papan depan tu. Kan ada nama cikgu-cikgu tu."
"Okay baik terima kasih."
Sebaik sahaja aku check, aku terlopong. Tentu sahaja cikgu-cikgu ini tiada di sini, mahupun di bilik guru! Semuanya di kelas-kelas yang aku dah tak mampu nak ronda.
Sial. Semua sial.
Akhirnya aku terlepek di surau sekolah, berharap agar sakit perutku yang teramat sangat ini hilang sebaik sahaja aku bangun daripada tidur.
YOU ARE READING
B:)li
Short Story"Buli" is everywhere. Bukan setakat budak sekolah. Its spreading anywhere, anytime. Bila-bila masa. Bak bom jangka.