"Awak buat apa dekat sini?"
Suara keras milik ustazah mengejutkan aku. Aku terpeset-peset, cuba mengimbangi diriku ke alam realiti setelah diulit mimpi kelam lagi gelap. Dia kembali menyoalku.
"S-saya sakit perut tadi."
"Habistu kenapa kat sini? Ni kan surau?" Tegasnya.
"Kalau ini surau pun, kenapa cikgu?" Aku menyoalnya tanda tidak mengerti.
"Awak sepatutnya berada di kelas, BELAJAR!" Gertaknya sedikit kasar. Aku tersengih.
"Belajar? Cikgu nak saya ulang balik ke apa yang saya cakap tadi? SAYA SAKIT PERUT, CIKGU."
Ustazah itu sedikit tersentak. Murid perempuan yang lain memandang ke arahku, dan aku pasti mereka berbisik-bisik kerana mereka memang bodoh. Nak berbisik pun kuat-kuat, tu bukan bisik lah bodoh!
"Dah tu kenapa tak cakap dengan cikgu bertugas?" Masih cuba membidasku.
"Saya tiada bukti selain daripada Allah, cikgu. Semua cikgu yang saya tanya, semua tak hiraukan saya. Apa lagi saya boleh buat dengan perut yang sakit ni? Lagi satu, salah ke saya masuk surau? Semua orang tahu, surau tempat berlindung."
"Tapi awak masuk waktu–"
"Saya pergi ke Allah selepas manusia tidak menghiraukan saya."
YOU ARE READING
B:)li
Short Story"Buli" is everywhere. Bukan setakat budak sekolah. Its spreading anywhere, anytime. Bila-bila masa. Bak bom jangka.