3:34

91 9 1
                                    

"K-kau?" Tergagap-gagap aku menyoalnya. Dia tersenyum. Bukan dia sahaja, malah geng-gengnya sekali. "So, ni lah tempat lepak kau?"

Aku terus menunduk, takut.

"Sunyi." Katanya sambil meninjau-ninjau keadaan sekeliling. "Macam tahu-tahu je port baekk untuk orang macam kau eh." Tambah rakannya lagi.

"Jangan buat apa-apa dekat aku.." rayuku. Apa salahnya aku merayu? Aku tidak buat apa-apa salah pun!

"Mana 'kawan' kau tu? Dah tak sanggup kawan dengan kau ke?" Soal anak tauke perempuan itu, sinis.

Tidak dinafikan, hati aku terpukul sebaik sahaja soalan itu menerjah telingaku. Perasaan sedih dan bungkam mula menguasaiku.

Ya, dia dah tinggalkan aku. Aku dah takde kawan lagi.

"Kalau korang rasa nak pukul aku, pukul lah.." ujarku dengan suara lemah, tanda pasrah. Serentak itu, aku melutut ke arah mereka.

Tak mengapa, badan ini sudah lali dijamah sepak terajang manusia. Mungkin aku jadi selemah ini sebab aku rasa kehilangan.

"HAHAHHAHA! Guys, dengar tak? Ke telinga aku yang problem?" Soal Rina, gadis kepada tauke pompuan di daerah kami. "Orang dah bagi lesen, JALANNNNNN!!"

Setiap inci tubuhku terhuyung hayang dibuli. Namun, sudah tiada rasa sakit lagi.

"Amek, amek duit dia!" Kedengaran di telingaku.

Tak apa.

Aku pejam mataku erat-erat, berharap agar selepas dibelasah begini, aku sudah di mahsyar.

B:)liWhere stories live. Discover now