"Ayong pernah kena buli dekat sekolah tak?" Soal adikku yang ketiga, yang masih bersekolah di sekolah rendah.
"Tak." Jawabku pendek.
"Tapi haritu aku nampak ada lebam kat lengan ayong." Bisik adikku yang keempat. Tapi ye lah kan, cukup bodoh kerana itu bukan bisik. Buktinya, aku masih dengar.
"Tu ayong langgar tiang kat sekolah masa jalan. Takperasan."
Muka mereka berdua masih tak puas hati. Lantaklah. Aku berjalan ke dapur, mendapatkan mak yang sedang sibuk di dapur, menguli doh karipap. "Mak, ada yang boleh Ayong tolong?" Pelawaku. Mak hanya tersenyum sambil mengangguk.
"Ambil torak dengan papan pemotong."
"Ayah mana mak?" Soalku ketika meletakkan papan pemotong di atas meja. Mak hanya menggeleng. "Entahlah, yong."Aku hanya diam, tanda protes dan give up.
"Makkkk! Ada orang datang!!" Jerit Angah tiba-tiba, membuatkan wajah mak bertukar pucat.
YOU ARE READING
B:)li
Short Story"Buli" is everywhere. Bukan setakat budak sekolah. Its spreading anywhere, anytime. Bila-bila masa. Bak bom jangka.