"Guys, dah lah tu." Ujar satu suara, yang aku pasti dari salah seorang geng Rina.
"Apahal? Kau nak backup scandle pakwa kau ni ke?" Soal Rina dengan penuh sinis. Dia mengeluh.
"Dah teruk kau tibai dia tu, lepas ni naik rehat. Budak tu pun nak masuk kelas jugak." Terangnya.
Mataku yang tadi tertutup rapat, kini terbuka luas. Mulutku sedikit terbuka dengan rasa kebas-kebas, terkandung satu soalan yang terasa ingin keluar tetapi berat untuk dipantulkan. Aku hanya mampu menatapnya dengan rasa sakit mula memamah setiap inci tubuhku.
"Okaylah gais, demi Sofia, kita blah! Cauuu!" Isytiharnya sambil menendang manja bahuku. Serentak itu, kesemua langau-langau SMK Teja itu hilang daripada kawasan itu. Aku perlahan-lahan bingkas sebaik sahaja loceng berbunyi, namun tak boleh! Sakit..
"Nak aku tolong?" Soal satu suara yang aku kenal siapa pemiliknya.
YOU ARE READING
B:)li
Short Story"Buli" is everywhere. Bukan setakat budak sekolah. Its spreading anywhere, anytime. Bila-bila masa. Bak bom jangka.