3:30

77 9 0
                                    

"Balik nanti saya nak semua buku atas meja." Arah cikgu dihadapan. Aku lantas termenung. Sudah sebulan 'dia' hilang daripada tempat 'lepak' kami.

Terasakah dia?

Kalau seminggu, aku tak kisah lagi. Tapi, ni dah sebulan? Kasar sangat ke bahasa aku?

"Woi, keluar-keluar! Takleh duduk dalam kelas waktu rehat, blah-blah!" Jerkah pengawas kepada aku dan beberapa pelajar cina yang belum mengangkat punggung daripada kerusi.

"Woi, budak miskin! Keluar lah bodoh! Tak dengar ke aku menjerit terpekik melolong?"

Aku. Aku budak miskin yang dimaksudkan olehnya. Bukan setakat dia, malah satu sekolah. Sama ada yang simpati, atau yang mengeji sepertinya.

Aku mengangkat tubuhku malas, berjalan menuju ke arah port lepakku; mengharap agar 'dia' datang, menepuk-nepuk bahu jalan di sebelahku, lalu menghulurkan sebungkus keropok lekor kegemaranku seperti selalu.

B:)liWhere stories live. Discover now