Aku sedikit gelisah. "Kita tak patut duduk sini selalu."
"Selalu sangat ke?" Soalnya. Aku mengangguk.
"Dah 3 bulan kita berkawan, dan hampir tiap-tiap hari awak duduk sini. Tolak hari awak ada perjumpaan perpustakawan di perpustakaan, setiap hari dekat sini." Terangku. Dia hanya mengangguk-angguk, entah tanda setuju atau tanda meloya buruk.
"Jadi?" Soalnya tiba-tiba. Seperti ada kejutan elektrik yang datangnya dari Tesla emosiku, aku menarik nafas dalam-dalam, lalu aku menghembus perlahan-lahan. Kenapalah bengap sangat dia ni?
"Awak tak perasan sesuatu ke? Cikgu-cikgu. Cikgu mula bercakap tentang kita."
"Macam mana awak tahu?" Kali ini mukanya bertukar reaksi, lebih serius.
"Entahlah.." Aku usap lenganku. "-sebab tu saya tak rasa kita patut buat benda macam ni-"
"Benda macamni? Benda apa?"
Soalannya membuatkan aku terkedu, dan tiba-tiba terpancut darah kerana malu ke serata kapilari darah di muka.
Adalah sangat wajar untuk remaja 17 tahun sepertiku mengetahui istilah 'maksud lain' jika ada certain-certain ayat yang kedengaran agak fishy atau cheesy.
Dia ketawa. "Tak-tak, jangan salah sangka. Saya tanya maksud awak macam ni tu macam mana? Benda apa yang awak maksudkan tu? Sebab saya tak nampak apa-apa sal-"
Bunyi loceng berbunyi, menandakan waktu rehat tamat.
"Nanti kita sambung lagi." Ujarku terus melangkah meninggalkannya tanpa peluang untuk menyoalku, apalagi mendapat jawapan daripadaku.
YOU ARE READING
B:)li
Short Story"Buli" is everywhere. Bukan setakat budak sekolah. Its spreading anywhere, anytime. Bila-bila masa. Bak bom jangka.