Bila diingat kembali, sudah setahun aku move on dari kekecewaan itu. Semuanya tidak matang, dan aku hanya berdoa agar mereka semua matang.
Ya, aku sudah berjaya menamatkan sesi persekolahan. Ibuku juga berjaya menamatkan toxic relationshipnya bersama ayahku. Mereka sah bercerai 2 bulan sebelum aku menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Tidak ku nafikan, pukulan realiti mengheretku ke lembah kematian, aku telah cuba bunuh diri 2 kali waktu itu. Tapi, Tuhan memberikanku peluang untuk berubah dan percaya kepadaNya.
Berikutan dari insiden percubaan bunuh diriku itu, aku telah dirujuk pada pakar mental dan telah mendapat rawatan bulanan. Aku telah diberikan pil penenang dan diminta makan dalam kuantiti dos yang telah ditetapkan. Walaupun aku tidak pulih sepulihnya, namun aku tidak seteruk waktu di sekolah.
Rasa sedih dan alone itu memang tidak dinafikan, memang masih berbuku di hati. Namun, bantuan dariNya melalui ubat tersebut membantuku untuk terus bernafas tiap pagi.
Alhamdulillah. Terima kasih, Allah.
YOU ARE READING
B:)li
Short Story"Buli" is everywhere. Bukan setakat budak sekolah. Its spreading anywhere, anytime. Bila-bila masa. Bak bom jangka.