●Chapter 23 Ulzzang●

67 3 0
                                    

Surat peletakkan jawatan aku tenung lama di skrin laptop. Sayang sebenarnya nak berhenti dari jadi pramugari ni. Family aku dan taehyung menyuruh aku berbuat sedemikian. Kata mereka nanti susah kalau aku kena kerja. Asyik berjauhan sahaja.

Taehyung juga sudah kembali berhikmat di sekolah tinggi semula. Kata taehyung, gaji dia cukup untuk sara kami berdua. Dia pun takut nak lepaskan aku pergi bekerja berjauhan. Rindu pulak nanti.

"Huh!" Aku melepas keluhan dan menekan butang send. Lalu surat itu pun dihantar ke syarikat penerbangan Korea Selatan. Kini aku hanya perlu tunggu pengesahan berhenti kerja sahaja.

"Sayang! Saya dah balik!" Taehyung menutup pintu rumah dan menghampiri aku yang duduk di sofa.

Aku bangun dan menyalamnya serta beg kerjanya aku ambil dan letak di atas meja dihadapan sofa.

"Lewat balik hari ni. Awak nak makan tak?" Aku membuka butang lengan baju kemejanya dan mengangkat ke atas paras siku.

"Oppa ada mesyuarat tadi. Untuk adakan kelas tusyen. Oppa nak naik mandi dulu lepas tu oppa makan. Sayang teman oppa makan ya." Dia memandang membalas dengan senyuman manis tetapi terselit muka keletihan.

Aku angguk dan membuka ikatan tali leher bercorak ularnya serta membuka dua butang baju kemejanya.

"Okay awak naik dulu. Saya buat air dan panaskan makanan sekejap. Cepat tau." Aku menolak belakangnya ke arah tangga.

Dia pusing kembali dan menghampiri aku.

Cupp!

Bibir merah hatinya hinggap di dahi aku. Aku senyum dan menjeling manja.

"Gatal!" Kataku.

"Saya rindu sayang. Lama betul duduk kat sekolah. Kalau dulu saya suka pergi sekolah sebab ada awak. Tapi sekarang saya suka duduk rumah sebab ada isteri tercinta yang cantik." Dia mula mendaki tangga ke bilik.

Aku tersenyum sambil mengeleng gelengkan kepala. Macam budak budak suami aku ni.

Kaki aku melangkah kedapur untuk menyediakan makanan. Sempat aku menjeling jam di dinding 4.46 p.m.

Lunch tadi dia tak makan ke? Aku pun tak makan juga sebab tunggu dia balik. Lapar!

                                 +++

Aku pandang taehyung yang makan dengan selera sekali. Macam orang tak makan setahun pun ada. Haha terkutuk suami sendiri pulak.

"Oppa makan la perlahan sikit. Tercekik kang susah. Awak ni tak makan ke lunch tadi huh?" Aku menolak segelas air oren kepadanya.

Dia meminum seteguk dan memandang aku.

"Hehehe... saya tak nak makan kat kantin tu. Tak sedap! Saya sanggup tunggu makanan awak walaupun balik lewat macam ni." Dia tersengih kearah aku dan menyambung makan.

"Esok saya buatkan awak bekal makanan ya. Jangan tak makan lagi nanti awak sakit siapa yang susah?" Aku mengepit isi ikan dan letak di atas sudu taehyung.

"Gomawo. Yelah sayang." Dia menyuap dengan selera ke dalam mulut.

"Saya dah hantar surat letak jawatan dekat syarikat penerbangan. Cuma tunggu pengesahan ja." Aku pandang muka dia.

"Baguslah kalau macam tu. Nanti kerja awak cuma layan suami awak yang kacak ni je. Okay!" Dia tersengih gatal ke arah aku .

"Ish cubit kang." Aku menjelingnya dan meneguk air oren.

                                 +++

Kring kring!!

Bunyi jam loceng mengejutkan aku dari tidur yang nyeyak. Aku pandang muka jam menunjukkan puluk 7.00 a.m.

Hari ni aku nak masak untuk taehyung bawa pergi sekolah. Kang sakit pulak tak makan suami aku tu.

Aku bangun dan memakai kasut berbuku berwarna merah ada corak mata dan mulut yang berwarna kuning. Comel je! Taehyung belikan, dia cakap nama katun kat kasut ni TaTa. Comel macam taehyung! Haha .

Taehyung aku pandang dan menyelimutnya kembali. Tak nak kejutkan dia awal macam ni. Biar dia berehat .

Sesudah membasuh muka dan berkumur. Aku mengambil sayur di dalam peti sejuk dan potong.

Hari ni aku nak buat bekal makanan yang comel  dekat taehyung.

Selepas beberapa minit menghias. Aku pandang bekas makanan taehyung. Ada telur gulung yang dihias macam anak ayam. Ada kimbab berbentuk panda dan banyak lagi lah. Aku harap taehyung suka.

7.30 am.

Aku menutup bekal dan letak di atas meja makan bersama sandwich tuna gulung dan coffee panas buat taehyung.

Kaki aku hala kebilik untuk kejutkan taehyung yang sedang asyik diulit mimpi indah. Ewahh!

"Sayang~ bangun. Dah pagi, bangun cepat nanti awak lambat ke sekolah." Aku goncang goncangkan tubuh taehyung.

Dia mula merenggangkan badan dengan mata yang terpejam. Sambil baring.

"Huawahh!! Angkat saya. Sayang~ ". Dia hulur kedua dua tangannya. Aku dengan redo serta tabah menarik tangannya untuk bangun.

"Ish beratttt nyaaaa... awakk.. makan batu ke apa?" Aku terduduk di atas katil kepenatan selepas mengangkat taehyung.

"Berat pun handsome kan. Awak sayang jugak. Dah jom teman saya mandi." Dia menarik tangan aku ke tandas.

                                 +++

Selepas taehyung bertolak ke sekolah aku mengemas rumah dengan senyuman. Taehyung suka dengan bekal makanan yang aku sediakan.

Walaupun macam budak budak! Janji dia dapat makan makanan yang aku masak dan tak kelaparan sudah.

Setelah mengemas aku membawa sebakul pakaian untuk di jemur di luar.

"Cuaca cantik hari ni. Sesuai kalau nak jemur pakaian." Aku menyangkut beberapa pakaian kerja taehyung dan menjemur biasa pakaian yang lain.

"Cik boleh tanya kejap?" Kata seorang lelaki yang lalu di tepi pagar rumah ku.

Aku menghampirinya.

"Ada apa?" Kata ku. Eh macam pernah tengok ja muka namja ni.

"Eh cik pramugari kat tembok besar china. Kan?" Dia dengan teruja menyoal.

"Ouhh ni yang tolong ambik gambar saya kan. Apa erh baekon? Baek.. ermm".  Aku meletak jari didagu tanda berfikir.

"Byun baekhyun." Kata nya.

"Haah baekhyun. Mianhae saya lupa nama awak. Awak cari apa datang sini?" Soal aku selepas memohon maaf.

"Saya nak cari rumah encik gong yoo. Awak kenal tak?" Dia pandang aku dengan mata yang berkedip kedip.

"Maaf lah saya pun baru duduk sini. Tak kenal lagi dengan jiran." Kata ku .

"Bukan rumah ni memang dah lama ada orang ke. Pengguni dia namja kan? Bila cik minji pindah? Dan bila dia keluar?" Soal nya lagi . Aishb sesi soal jawap ke ape?.

"Memang rumah ni ada namja duduk. Ermm macam mana nak cakap erhh. Saya ni isteri namja yang awak maksudkan. Tuan rumah ni." Balas ku. Bangga jap husband handsome.

"Ouhh tak cakap awak dah kawin. Jadi saya kena panggil puan minji la kan? Ouh btw awak nak terima tak jadi ulzzang yang saya cakap hari tu?" Dia pandang aku. Comel jugak, muka ada iras iras suami aku lah. Haihh pelik betul.

"Nanti saya tanya suami saya dulu. Lagi pun saya dah berhenti jadi pramugari." Cerita ku ringkas.

"Wae? Ruginyaaa." Dia membulatkan mata. Terkejut mungkin.

"Suami awak tak nak berjauhan dengan awak kot. Nak kad saya nanti bila dapat jawapan dari suami awak call saya tau." Tambah nya lagi sebelum pergi meninggalkan aku dengan ucapan selamat tinggal.

"Teringin nak jadi ulzzang."

Tbc

Tangan kebas x bleh type banyak hahaahah lol .
Bye!

Accept Me Teacher ●Taehyung FF●Where stories live. Discover now