00

407 36 8
                                    

Nama aku Lee Haeyeon.

Aku jalan masuk ke kelas keseorangan. Aku memang selalu seorang.

Aku bukan sombong tapi, aku pemalu.

Aku harap sangat suatu hari aku ada kawan.

***

" Bangun! Selamat pagi, cikgu. "

" Selamat pagi, cikgu. "

" Selamat pagi, murid-murid. Sila duduk. " ujar Cikgu Joshua.

" Hari ini kamu semua akan ada kawan baru. Kamu, sila masuk ke kelas. Kemudian, perkenalkan diri kamu. " Cikgu Joshua menunding jarinya ke arah murid lelaki yang berada di luar kelas.

Murid lelaki itu masuk ke dalam kelas dan perkenalkan diri, " Annyeong! Jeoneun Chwe Hansol ibnida. "

" Ok, Hansol. Kamu boleh duduk di sebelah Haeyeon. Haeyeon, sila berdiri. " Aku berdiri apabila cikgu memanggil nama ku.

Hansol melangkah ke arah meja di sebelahku. " Hi! Saya Hansol. Nice to meet you! " Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam.

" H-hi. Saya Haeyeon. " Jawap ku dengan nada perlahan. Aku menghulurkan tangan ku dan bersalaman dengannya.

" Masa rehat nanti awak tunjukkan kawasan-kawasan kat sekolah ni boleh? " Soal Hansol. Aku tidak membalas persoalannya.

" Ok, maksudnya boleh lah tu. " Katanya. Aku terus memandang mukanya.

" Hey, saya tak cakap apa- " Belum sempat aku menghabiskan ayat, " Kamsahabnida, tak sabarnya nak travel sekolah. "

Aku hanya mampu mengeluh di dalam hati, ' Ughh.. '

***

Waktu Rehat

Sepanjang perjalanan aku lebih banyak berdiam diri.

" Haeyeon? Kenapa diam je? Cakaplah sesuatu. " Tegur Hansol.

" Sesuatu. "

" Hmm, okay. "

Selepas kami berdua selesai meronda sekolah, kami pergi ke kantin.

" Haeyeon, awak tunggu sini sekejap. " Hansol pergi ke meja yang mempunyai pelbagai jenis air dan mengambil dua tin air buah-buahan lalu membayar di kaunter.

" Nah. " Dia memberi satu tin air kepada ku.

" Takpelah. Saya boleh beli air sendiri. " Aku mahu beredar dari situ tetapi ditahan olehnya.

" Aku dah belikan air ni ambil je lah. " Katanya dengan nada yang agak kasar. " Oops, mianhae mianhae. Tercakap aku pulak. "

" Tak kisahlah 'aku kau' pun. Rasanya lagi elok. " Aku terus mengambil air dari tangannya dan beredar.

" Hey, tunggulah! "

Dalam perjalanan ke kelas, " Haeyeon, kau sorang je ke? Mana kawan kau? " Aku diam.

" Aku tanya ni, jawaplah. "

" Kau nampak aku ada dengan orang lain ke selain kau?! " Jawapku dengan kasar.

" Hm, mana tahu kawan kau cuti ke? Relaks la, aku tanya je. " Suasana kembali sepi.

Hansol bersuara memecahkan suasana sepi, " Kau tak ada kawan ke? Kalau macam tu, biar aku je lah jadi kawan kau. Boleh kan? "

To be continued...

[✔️] Flower (꽃)Where stories live. Discover now