07

156 25 0
                                    

" Minghao? Chan? "

" Haeyeon pun ada? "

Aku bangun dari tempat duduk, " Aku nak pergi tandas sekejap. " kata ku kepada Hansol.

Di tandas, ' Hansol. Walaupun dia baru sekolah kat sini, dia dah ada kawan. Aku? Hmm. '

' Minghao, Chan. Rakan sekelas sendiri, memang patutlah diorang berkawan. Bukan macam aku. '

Aku membuka paip, tangan ku dibasuh. Aku menarik dan menghembus nafas agar aku tidak gemuruh.

[ End Haeyeon P.O.V ]

Sementara itu, Hansol, Minghao dan Chan,

" Minghao, Chan, duduklah. " Hansol mempelawa Minghao dan Chan untuk duduk.

" Weh, Hansol. Kau dengan Haeyeon ada apa-apa ke? Rapat semacam je. " soal Minghao dengan perlahan.

" Aku dengan dia berkawan je lah. Lagipun, kitorang jiran. Mungkin sebab tu korang nampak aku dengan dia rapat. " jelas Hansol. Minghao dan Chan mengangguk.

Haeyeon kembali semula selepas pergi ke tandas. Dia duduk bersebelahan dengan Hansol.

" Err, korang berdua tak pesan apa-apa? Tak kan nak tengok aku dengan Haeyeon makan je? " Hansol bersuara memecahkan suasana sepi.

" Takpelah. Kitorang dah makan kat PizzaHot tadi. " kata Chan. Minghao mengangguk. Suasana mereka berempat kembali sepi.

" Lepas makan, jom pergi arcade. " cadang Minghao. Chan dan Hansol mengangguk tanda setuju.

Hansol dan Haeyeon menghabiskan makanan dan minuman yang dipesan.

" Ok, kajja! " mereka semua meninggalkan tempat tersebut. Mereka mula menuju ke arcade.

Haeyeon berjalan di belakang Hansol, Minghao dan Chan.

Sementara Haeyeon tidak ada di sebelah Hansol, Chan mengambil peluang untuk bercakap tentang sesuatu.

" Psst, Hansol. Haeyeon tu kenapa? Diam je. Dekat kelas pun sama. Tapi, kalau dengan kau bercakap pula. " bisik Chan dengan perlahan.

" Kau jangan salah faham. Dia tu pemalu, bukannya sombong. Aku dengan dia boleh rapat pun mungkin sebab dia kan jiran aku dan kitorang berdua kan duduk sebelah-sebelah je. " terang Hansol.

Akhirnya mereka sampai di arcade. Mereka pergi ke kaunter untuk membeli token.

" Haeyeon, kau tak beli token? " soal Chan, cuba untuk menjadi peramah.

" Err, k- korang main lah. " Haeyeon tersenyum janggal.

" Emm, aku- aku nak pergi tempat lain kejap boleh? " Haeyeon meminta izin daripada mereka semua.

" Ok, pergilah. Lepastu datang sini balik. Jangan lari mana-mana tau. " balas Hansol. Haeyeon pun beredar dari situ.

Dia hendak pergi ke kedai buku yang terletak tidak jauh dari arcade tersebut. Hasratnya hendak membeli buku latihan yang baru.

Sesampai di kedai buku itu, dia terus pergi ke rak yang menempatkan buku latihan. Dicarinya buku latihan untuk form 4.

Dia mengambil sebuah buku untuk setiap subjek. Matematik, English dan pelbagai lagi.

[✔️] Flower (꽃)Where stories live. Discover now