Hansol bersuara memecahkan suasana sepi, " Kau tak ada kawan ke? Kalau macam tu, biar aku je lah jadi kawan kau. Boleh kan? "
" Suka hati kau lah. " Aku melajukan langkah ku.
" Haeyeon, janganlah laju sangat! "
***
Kringggg~
Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Semua murid mengemas beg masing-masing.
Aku pulang ke sekolah dengan berjalan kaki kerana rumahku dengan sekolah tidak jauh.
" Kenapa kau ikut aku?! " Soal ku kepada seorang murid lelaki yang aku kenali, Hansol.
" Ye ke aku ikut kau? Jalan ni jalan balik ke rumah aku jugak lah. " Katanya sambil membuat muka selamber.
Lima minit kemudian, " Rumah kau jauh lagi ke? " Tanya ku dengan nada yang lembut.
" Sikit je lagi. Depan tu je. " Dia menunding jarinya ke satu rumah. Rumah yang berada di sebelahnya sangat aku kenali. ITU RUMAH AKU!
" Ki- kita berdua ni jiran?! " Aku membuat muka terkejut.
" Jiran? Oh, jadi sebelah rumah aku tu rumah kau lah? Wah, baguslah tu! "
' Bagus kau kata? Huh, bagus sangat. Ughh. ' Sekali lagi, aku mengeluh.
***
Aku duduk di meja belajar membuat kerja rumah yang diberi oleh guru.
Tok. Tok. Tok.
Bunyi batu-batu kecil yang dibaling ke pintu kaca balkoni ku mengganggu kententeraman ku. Aku segera bangun dan membuka pintu kaca balkoni dengan perlahan-lahan.
" Kau lagi? Apa kau nak? "
" Jom keluar? Aku bosanlah. " Ajak Hansol. Dia kelihatan sudah bersiap-siap dengan memakai hoodie serta seluar jeans.
" Tak nak lah. Aku ada kerja rumah. Kerja rumah kau dah siap belum? " Aku menolak ajakannya dan menanyakan tentang kerja sekolah.
" Ala, jomlah keluar. Pergi kafe je. Bawa je homework tu sekali. Nanti boleh buat kat sana sama-sama. Lagipun ada beberapa soalan Matematik ni aku tak tau. " Dia cuba sedaya upaya mengajak aku keluar.
" Bila masa ada kerja Matematik, pabo? "
" Oh, tak ada eh? " Dia tersenyum kekok.
" Ok lah aku keluar. Kau belanja. " Aku menutup pintu balkoni untuk bersiap-siap.
Setelah bersiap, aku menekan suis loceng rumahnya. Dia pun keluar rumah.
Kami berdua berjalan kaki bersama-sama ke kafe yang berdekatan.
" Mana kau tahu kat sini ada kafe yang dekat? " Tanyaku.
" Dari semalam aku pindah sini, aku pun jalan-jalan kat sekitar sini. "
" Tahu pun jalan sendiri. Lain kali, jalan-jalan lah sendiri kat sekolah tu. Sekolah bukan besar sangat, tak sesat pun. " Aku menjelingnya.
" Hehe. Jom minum kat kafe ni. Semalam aku dah pergi, air dia sedap! " Dia membuat thumbs up.
To be continued...
YOU ARE READING
[✔️] Flower (꽃)
Fanfiction" Aku suka bunga. " " Huh? So, apa kena mengena dengan aku? " " Yang kena mengenanya, kau macam bunga. " " Bo? Wae? " " Sebab aku suka bunga. " " Straight to the point boleh tak? Aku tak faham apa kau cakap. "