' Jumpa dengan Emma? Nak jumpa ke tak? ' Haeyeon berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
' Aku rasa, aku kena pergi. '
haeyeon
bila?emma
sekarang?banyak masa lagi sebelum
nak masuk kelasbelakang sekolah
jumpa kau kat sana. bye
Telefon dimasukkan ke dalam poket skirt sebelum bergerak ke belakang sekolah.
Sampai di belakang sekolah, Haeyeon mencari-cari kelibat Emma tapi, tiada.
" Dah lama tunggu? " suara murid perempuan mengejutkan Haeyeon. Terus dia pandang ke belakang.
" Emma? Um, baru je sampai. " balas Haeyeon menunduk.
" Sebenarnya, aku nak bawa kau pergi tempat lain. Sini macam tak private lah. " ujar Emma sambil mengibaskan rambutnya.
" Mana? "
" Just follow me. " Haeyeon hanya mengikuti Emma dari belakang.
Dalam perjalanan ke tempat itu, Haeyeon ternampak seseorang yang dikenalinya dari jauh.
" Luna? "
" Emma, kenapa kita nak pergi stor? " soal Haeyeon yang hairan.
" Kan aku dah cakap, aku akan berhenti kacau kau. " ujar Emma sambil tersenyum sinis.
" Apー Apa maksud kau? " Haeyeon mengundur ke belakang dengan perlahan-lahan.
Luna yang berada di hadapan bilik stor membuka pintu bilik stor itu manakala, Emma menghampiri Haeyeon.
" Itu yang kau nak kan? " Emma melajukan langkahnya dan menarik Haeyeon masuk ke dalam stor.
" Tolong! " jerit Haeyeon.
" Kau minta tolong, tak ada siapa nak dengar lah. " ujar Luna lalu, menampar Haeyeon.
" Luna, sekarang. " arah Emma kepada Luna. Luna mengangguk tanda akur.
" Apー Apa korang nak buat ni? " Haeyeon mengundur ke belakang perlahan-lahan sehingga belakang badannya mencium dinding.
Luna pula makin menghampirinya. Dia memaksa Haeyeon memasukkan kepala ke dalam beg plastik.
Haeyeon degil. Dia menyepak kaki Luna, " Perempuan, dah tahu nak mati tu, diam-diam lah! " Emma menolak kepala Haeyeon masuk ke dalam beg plastik.
' Ini ke pengakhiran hidup aku? Eomma, appa, bogoshipeo. ' desis hati Haeyeon. Badannya terasa lemah.
Tiba-tiba, pintu terbuka, " Haeyeon! "
" Emma, Luna, kamu kena ikut saya! " ujar Cikgu Seunghcheol selaku guru disiplin sekolah.
" Cikー Cikgu, cikgu dah salah faham! " kata Emma untuk mempertahankan dirinya.
" Cikgu, ini salah Emma cikgu! Saya tak terlibat! " kini Luna pula bersuara.
" Kamu berdua ikut saya! " Cikgu Seungcheol menarik Luna dan Emma keluar dari bilik stor itu.
" Urgh, cikgu, lepaskan! Sakitlah! "
" Haeyeon, bertahanlah! Cikgu dah call pihak hospital. " ujar seorang murid perempuan.
***
" Haeyeon! " Hansol masuk ke dalam wad hospital secepat mungkin.
" Doktor, macam mana dengan keadaan Haeyeon? " soal Hansol dengan cemas. Dia betul-betul risau dengan Haeyeon.
" Dia baik-baik sahaja. Syukur pihak sekolah bertindak dengan cepat. " kata doktor itu.
" Saya minta diri dulu. " kata doktor itu sebelum keluar dari wad Haeyeon.
" Haeyeon, bangunlah. Aku nak minta maaf. " Hansol menggoncang lengan Haeyeon perlahan-lahan.
" Haeyeon, aku minta maaf. Aku tak jaga kau dengan baik. Haritu bukan main aku cakap yang aku ni pelindung kau. Tapiㅡ masa kau perlukan aku. Aku tak ada. " Hansol menunduk sambil memegang tangan Haeyeon dengan erat.
" Hanー Hansol " suara Haeyeon serak-serak memanggil Hansol.
" Kau dah sedar? Jangan banyak bergerak. Kau kena banyak berehat. " pesan Hansol. Haeyeon yang pada mulanya ingin duduk, baring semula.
Hansol bangun dari tempat duduknya, " Aku nak pergi panggil doktor sekejap. " ujar Hansol. Haeyeon mengangguk.
***
" Hansol, siapa selamatkan aku? Kau ke? " tanya Haeyeon. Hansol menggeleng.
" Dah tu? Minghao? Chan? " tanya Haeyeon lagi. Dan sekali lagi, Hansol menggeleng.
" Emma tak nak tanya? " ujar Hansol. Haeyeon terdiam.
" Rupa-rupanya Emma yang buat kau macam ni. Kau tak bagitahu aku pun. " Haeyeon tidak membalas apa-apa. Dia kehilangan kata-kata.
" Jawaplah. " kata Hansol.
" Kau tak jawap lagi soalan aku. " balas Haeyeon.
" Hm, Seulkwan yang tolong kau tadi. " jawap Hansol lalu, mengambil minuman di atas meja kecil di sebelah katil wad.
" Seulkwan? Boo Seulkwan? "
" Dia ada kat sini tak? Aku nak jumpa dia. "
To be continued...
YOU ARE READING
[✔️] Flower (꽃)
Fanfiction" Aku suka bunga. " " Huh? So, apa kena mengena dengan aku? " " Yang kena mengenanya, kau macam bunga. " " Bo? Wae? " " Sebab aku suka bunga. " " Straight to the point boleh tak? Aku tak faham apa kau cakap. "