12

109 19 1
                                    

" Haeyeon, balik nanti jangan cuba nak lari dari aku tau. " ujar Hansol, menukar topik.

" Nak lari juga. "

" Kau kena naik motor juga. "

" Aku tak suka naik motor kau. "

" Naik motor. "

" Tak nak. "

Hansol tidak mudah mengalah, dia cuba untuk mengugut Haeyeon dengan lembut, " Kalau tak nak naik, aku cakap dengan eomma aku, tak payah bagi kek beras lagi. "

Apabila dengar pasal kek beras, Haeyeon terus kaku. Tapi, dia cuba untuk berlagak tenang, " Kek beras je. Aku boleh beli kat kedai. "

" Uh, Haeyeon, tolong lah! Banyak benda boleh terjadi kat luar tu. Aku risaukan kau. " Hansol memujuk Haeyeon dengan penuh harapan.

" Sebelum kau tak sekolah kat sini, ok je. " Haeyeon masih tidak mengalah.

Huh, makin gila Hansol dibuatnya. Susah betul nak cakap dengan orang tak reti bahasa.

" Sebelum dengan selepas kan lain. " pujuk Hansol.

" Sama je. " Haeyeon menarik tangannya dari dipegang Hansol.

" Aku datang sini untuk jadi pelindung kau tau. " kata Hansol.

Haeyeon memandang Hansol, " Pelindung? HAHAHA " dia ketawa tidak henti.

" Kau ingat ni filem fantasi ke? " Haeyeon masih ketawa sambil memukul-mukul lengan Hansol dengan perlahan.

" Dah, dah. Kata nak pergi tandas. " Hansol menukar topik. Rasa menyesal pula kata begitu.

" Haha, ok balik ni aku naik motor dengan kau. Mana tahu boleh dengar lawak pabo kau lagi? " ujar Haeyeon. Akhirnya, dia berhenti ketawa.

Hansol membulatkan matanya, " Wah, tak sia-sia aku pujuk kau. "

***

Hansol dan Haeyeon berjalan ke tempat parkir motor.

" Hansol, hari ini je tau naik motor. Esok aku nak jalan kaki. " kata Haeyeon sambil memakai helmet.

" Hm, ye lah. " Hansol turut memakai helmet.

" Haeyeon! " kedengaran suara murid perempuan dari belakang Hansol dan Haeyeon. Mereka berdua memandang ke belakang.

" Oh, Emma. Wae? " tanya Haeyeon.

" Saya baru nak ajak awak jalan kaki sama-sama tapi, tak apa lah. " Emma mengorak langkah untuk beredar dari situ.

" Emma, tunggu! " Haeyeon turun dari motor dan membuka helmet.

" Haeyeon, apa kau buat ni? " soal Hansol. Dia menarik tangan Haeyeon.

" Lepaskan aku. Biar lah aku nak jalan kaki dengan dia. Kesian dia jalan kaki sorang. " Haeyeon menarik tangannya menyebabkan tangannya terlepas dari genggaman Hansol.

" Emma, jom kita jalan kaki sama-sama. " baru sahaja Haeyeon hendak melangkah, tangannya ditarik oleh Hansol sekali lagi.

" Aku tak rasa dia perempuan yang baik. " kata Hansol dengan perlahan. Dia tidak mahu Emma mendengar perbualannya.

[✔️] Flower (꽃)Where stories live. Discover now