17

97 19 0
                                    

Cerita melayu, watak korea, lagu jepun. okay Σ( ̄。 ̄ノ)
play lagu diatas kalau mahu menambah feel ♪('ε )

***

Ting~

Telefon Haeyeon berdering. Haeyeon cepat-cepat membuka notifikasi itu.

unknown number
aku ada dihadapan kau

Raut wajah Haeyeon terus berubah. Dia mendongak perlahan-lahan untuk melihat Emma.

Emma yang tadi tersenyum manis kini sudah tersenyum sinis, " Huh, sekarang kau dah tahu siapa aku kan? "

" Emma- awak- " kata-kata yang keluar dari mulut Haeyeon menjadi gagap.

" Tak perlu lah nak ber-awak saya sangat. Susah betul berlakon jadi orang baik ni. " ujar Emma sambil mengasah kukunya.

" Emma, ini cuma prank je kan? Kata kan lah yang ini semua prank. " Haeyeon memegang kedua bahu Emma.

" Aish, jauhkan tangan kau dari badan aku. Jijik. " kata Emma dengan kasar. Ditolak badan Haeyeon membuatkan Haeyeon jatuh tersembam di atas lantai.

" Emma, kenapa awak buat macam ni? " soal Haeyeon bersama esakkannya.

" Tch, perempuan, kau tak faham bahasa ke? Kan aku dah cakap jangan nak awak saya! " Emma mencengkam kolar baju Haeyeon dengan kuat dan kasar.

" Emma, wae? " air mata yang ditahan akhirnya, bergelinang jua.

" Kau tanya aku kenapa?! Semuanya sebab kau! " Emma melepaskan kolar baju Haeyeon dan sekali lagi, Haeyeon terjatuh.

" Emma, sedar lah. Kita ni kan kawan. " Haeyeon cuba memujuk Emma. Dia tahu Emma tak akan mendengar pujukannya tetapi, dia mesti mencuba.

" Kawan? Aku tak anggap kau kawan langsung, Haeyeon! " kali ini, Emma menyepak perut Haeyeon.

" Uhuk- Emma " mulut Haeyeon mengeluarkan darah.

" Ini baru sikit, Haeyeon. JANGAN DEKAT DENGAN HANSOL. " ayat ' jangan dekat dengan Hansol ' ditekankan.

***

" Hansol, mana Haeyeon? " tanya Minghao yang baru sahaja selesai membeli minuman di kantin.

" Dia pergi kelas nak ambil barang. Tapi, sampai sekarang tak sampai-sampai sini. " jelas Hansol.

" Jom, kita pergi cari dia. Mana tahu ada sesuatu tak kena ke? " cadang Chan. Hansol dan Minghao mengangguk tanda setuju.

" Betul juga kata kau tu. Aku pun risau ni. "

Mereka bertiga berjalan ke kelas untuk mencari Haeyeon.

" Weh, Haeyeon tak ada lah! " laung Chan yang mula-mula sampai di kelas.

" Kau biar betul?! " Hansol mempercepatkan langkahnya ke kelas.

Ya, benar. Haeyeon tiada di kelas.

" Dia dah turun ke? " soal Chan dengan berfikiran positif.

" Kita kena cari, Haeyeon! " ujar Minghao.

" Sama-sama atau berpecah? " tanya Chan untuk memastikan kepastian.

" Aku rasa, lebih baik kita berpecah. Kalau kita berpecah, lebih cepat kita dapat cari Haeyeon. " cadang Hansol. Chan dan Minghao mengangguk.

" Kajja! "

Hansol ditugaskan untuk mencari Haeyeon di blok B dan rooftop. Minghao pula perlu mencari Haeyeon di blok A dan kawasan kantin. Manakala, Chan mencari Haeyeon di blok C.

Hansol sudah berpusing-pusing di blok B tapi, kelibat Haeyeon masih tidak dijumpai.

" Ah, mana Haeyeon ni? " Hansol menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

" Satu je tempat aku tak pergi lagi, rooftop! Aku harap dia ada kat situ. " Hansol terus berlari untuk pergi ke rooftop.

" Aku harap dia ada kat sini. " Hansol membuat permintaan sebelum dia membuka pintu rooftop.

Sedang dia berjalan-jalan di rooftop, dia ternampak seorang murid perempuan terbaring di tengah-tengah rooftop.

" Siapa pulak yang baring kat rooftop ni. " Hansol memutuskan untuk menghampiri gadis itu kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

Kring~

Telefon milik Hansol berdering. Dia mengambil telefonnya dari poket seluar. Nampaknya, ada panggilan dari Minghao.

" Kau dah jumpa Haeyeon
ke belum? "
- Minghao

" Belum lagi. Kau dah
jumpa ke? "
- Hansol

" Aku dah habis ronda dah.
Tak jumpa dia lagi. "
- Minghao

" Kau dah habis ronda dah?
Chan macam mana? "
- Hansol

" Aku dengan Chan sekarang. "
- Minghao

" Ok. Kalau korang jumpa
Haeyeon, cepat-cepat call
aku. Kalau tak jumpa,
datang rooftop. "
- Hansol

Itu lah kata terakhir dari Hansol sebelum panggilan ditamatkan.

Hansol kembali ke alam realitinya. Dia menghampiri gadis itu untuk mengetahui siapakah gadis itu.

" Haeyeon?! "

To be continued...

[✔️] Flower (꽃)Where stories live. Discover now