18

113 19 0
                                    

" Haeyeon?! " alangkah terkejutnya Hansol apabila mengetahui bahawa murid perempuan yang terbaring itu ialah rakannya sendiri.

" Haeyeon? Haeyeon? " Hansol menampar pipi Haeyeon yang putih dengan perlahan.

Cepat-cepat Hansol mengeluarkan telefon dari poketnya. Nombor telefon Minghao dicari kemudian, dia membuat panggilan.

" Minghao, Chan. Datang
rooftop sekarang! "
- Hansol

Setelah membuat panggilan, dia terus menamatkan panggilan tersebut.

" Ah, aku nak buat apa sekarang ni? " Hansol berjalan ke kiri dan ke kanan.

" Haeyeon " dia duduk di sebelah badan Haeyeon. Kepala Haeyeon dipangku.

Sapu tangan di kocek sebelah kirinya diambil. Mulut Haeyeon yang berdarah dilap menggunakan tuala itu.

" Sorry, Haeyeon sebab tak jaga kau dengan baik. "

" Hansol! " laung Chan dan Minghao dari jauh. Mereka berdua berlari sepantas mungkin.

" Hae- Haeyeon " Minghao dan Chan terkejut melihat Haeyeon yang tidak menyedarkan diri.

" Apa yang terjadi sebenarnya ni? " soal Minghao.

" Aku tak tahu. Tolong aku angkat dia ni. Kita bawa dia pergi bilik rawatan. " arah Hansol. Minghao dan Chan akur.

***

" Eo? Aku kat mana ni? " Haeyeon akhirnya sedar. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Tempat ini dia tak pernah nampak.

" Haeyeon, kau dah sedar? " soal Hansol yang baru sahaja membuka pintu untuk masuk dengan membawa dulang makanan.

" Hansol, aku kat mana? "

" Rumah aku. "

" Rumah kau? Kenapa aku ada kat sini? " soal Haeyeon lagi.

" Kau tak ingat ke? Kau kan pengsan tadi. "

Selepas Hansol kata begitu, baru lah dia teringat tentang dia dibuli oleh Emma.

" Apa yang terjadi dengan kau? Macam mana kau boleh pengsan? " tanya Hansol apabila Haeyeon tidak membalas apa-apa.

" Cuaca panas kot. " Haeyeon menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Kau kan nak pergi kelas, macam mana boleh ada kat rooftop? "

" Lagipun, tadi cuaca mendung, mana ada panas. " sambung Hansol lagi.

" Kau tipu aku kan? " Hansol mendekatkan mukanya ke arah Haeyeon.

Haeyeon menunduk kerana jarak mereka berdua sangat rapat.

" Haeyeon, kau tak nak cerita kat aku ke? " Hansol menjauhkan dirinya semula. Haeyeon tidak membalas apa-apa.

" Kalau kau tak nak cerita kat aku, tak apa lah. Aku tak nak paksa kau. Em, makan lah bubur tu. " kata Hansol sebelum dia keluar dari bilik itu.

[✔️] Flower (꽃)Where stories live. Discover now