Chapter 1 ; Prolouge

50 3 0
                                    

Adam mengetuk ngetuk pennya ke meja, menghasilkan bunyi yang mungkin mengganggu rakan sekelas.

"Kau ni apahal ? Muram je ?"

"Ranking Versus aku jatuh no. 2"

Syah mengangguk perlahan kepalanya, tanda faham. Ranking Adam jatuh no. 2 telah tersebar di serata sekolah. Sejak kemasukan pelajar baru, ranking Versus kian berubah. Tetapi hal ini agak mengejutkan bagi Adam.

Versus wajib disertai oleh seluruh pelajar Victoria Highschool College, ianya game berdaftar di bawah maklumat peribadi Victoria. Pelajar dibenarkan memilih untuk menggunakan nama sendiri atau nama lain. Kerana maklumat peribadi terletak di tangan masing masing. Hanya Pengetua Victoria sahaja yang mempunyai data setiap pelajar.

Pelajar dibenarkan untuk merahsiakan identiti mereka dengan menggunakan nama palsu sebagai username.

Dan masalahnya disini, pelajar yang mendapat ranking pertama memilih untuk merahsiakan identitinya dengan menggunakan nama 'Alpha' sebagai username.

"Siapa Alpha ni ? First time lah ada orang boleh kalahkan Adam"

Panas sungguh telinga Adam mendengarnya. Kalau ya pun kagum, perlu kah mereka berkata kata demikian dihadapan Adam ?

Versus sangat penting untuk Adam melanjutkan pelajaran ke IUCC. Itu sahajalah caranya untuk ke sana. IUCC adalah University College yang sangat terkenal. Pelajar ranking pertama Versus ditawarkan untuk ke sana kerana permainannya yang mempunyai kaitan dengan dunia siber. Versus amat mementingkan skill dan kemampuan tentang Teknologi.

Siapa Alpha ini. Tiada seorang pun yang tahu.

Adam membawa dulang makanannya sambil mencari tempat duduk sementara menunggu Syah yang belum keluar kelas. Ada satu meja yang nampak kosong, tapi belum dapat dikategorikan sebagai kosong kerana ada seorang remaja lelaki yang nampak kacak, tetapi bercermin mata. Tanda namanya tertulis Rayqal.

Tanpa segan silu, Adam duduk di sana.

"Kau tak ada member kan ? Kalau aku dengan member aku duduk sini, boleh ?"

Rayqal mendongak, lalu mengangguk.

Adam mencucuk sebiji sosej dengan garfu dan menyuap ke dalam mulutnya. Mata masih melilau mencari Syah.

Mana budak Syah ni.. Takkan tak keluar rehat kot ?

Dia yang bosan, mula mengajak Rayqal berbual.

"Weh, kau kelas apa ? Budak baru ke ?"

"5A-1. Ya budak baru.."

"Ohh, kelas pandai. Ranking Versus kau nombor berapa ?"

Sekali lagi Rayqal mendongak.

"Kenapa semua orang cakap pasal Versus ? Penting sangat ke ?"

"Wehhhh kau biar betul ? Penting kot ! Aku nak masuk IUCC. Kau ?"

"Aku nak masuk SUCBA"

"Menda tu ?"

Rayqal menggeleng perlahan.

"Southern University College of Biological Academic."

Adam ternganga.

"Noob gila kau ?"

Ya, bagi sesetengah pelajar, Versus tidak penting. Lebih lebih lagi pelajar yang cemerlang dan pelajar yang tidak mahu belajar. Bagi Adam, dia cukup cemerlang dalam bidangnya, Science Cyber. Dan Versus adalah ticket percuma baginya untuk terus ke IUCC.

"Jadi.. Ranking Versus kau ?"

"456"

"Ehh kira ok lah tu top 500. Aku ingatkan orang orang macam kau tak lepas top 1000 pun. Rupanya ada masa juga kau nak main Versus"

Masquerade ; NerdWhere stories live. Discover now